08

21.6K 1.1K 10
                                    

Tangan kanan Farel selamat mendarat di bahagian pinggang langsing gadis itu. Manakala kedua-dua tangan Haura memeluk kemas leher Farel untuk kali yang kedua!

Haura menoleh ke arah belakangnya, hampir-hampir terkena bucu meja! Nasib baik mamat sombong ni tolong

"Memang tak nak lepas ke?"

Tersedar dari lamunanya, Haura terus melepaskan leher Farel. Dan Farel juga terus mengalihkan tangannya pada pinggang langsing Haura.

Jika dia lambat sesaat, Haura mesti akan dibawa ke hospital terus.

"Haura!"

Jerit Ain dengan suara yang cemas. Baru Ain perasan rupanya kawan baiknya yang hampir masuk hospital.

Badan Haura dipeluk olehnya. Dan dibeleknya berkali-kali.

"You okay?"

Haura mencengkam lengan Ain lembut

"I okay. Don't worry."

Pandangan dikalihkan melihat Farel. Dahinya berpeluh. Manakala mata Hazelnya memandang ke arah bertentang dengannya, jejaka ini memang tidak memandang wanita ya

Apa dia menjaga pandangan?

"Err...terima kasih tolong saya." Ikhlas. Senyuman diukir walaupun dia tahu yang Farel tidak melihatnya.

Tapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya dia mengucapkan terima kasih.

"Pergi klinik. Cek kalau ada luka." Pesan Farel tanpa memandang raut wajah gadis itu.

"Jom Haura. I bawa you pergi klinik." Dia juga risau jika ada luka-luka yang datang singgah.

Haura mengangguk. Lalu membuntuti Ain sempat dia beri senyuman tipis pada rakan kerjanya.

"You jangan selalu skip makan ya. Salah satu punca you jadi macam tu because you always skip makan. Bila dah masuk waktu makan, terus makan. Jangan lengah-lengah. Faham?"

Haura mengangguk faham.

"And untuk beberapa hari ni, tolong rehat dekat rumah ya. Jangan pergi kerja. Ni suratnya, nanti bagi dekat boss you." Sambungnya lagi.

"Okay doctor, Thank you." Haura bangun dari duduk senyuman dilempar untuk doctor wanita itu, kemudian Haura keluar

Ain terus menghampiri Haura yang baru sahaja keluar dari bilik doctor tersebut.

"Doctor cakap apa?"

"Jangan skip makan. Dan I kena cuti untuk beberapa hari ni." Surat doctor dia beri pada Ain. Ain menyambutnya

"Nanti I bagitahu dia."

Farel masuk ke dalam bilik tidurnya, dia terus membersihkan diri terlebih dahulu.

Selepas mandi, dia menunaikan solat fardhu Maghrib memandangkan masuk sudah waktunya.

Setelah selesai memberi salam Farel mengangkat kedua-dua tanganya dan berdoa pada Sang Pencipta.

Tidak mengapa bukan tentang kejadian tadi? Kerana jika dia tidak menolong, Haura pasti akan

Dalam bahaya

Dia sedar yang dirinya itu salah kerana menyentuh perempuan yang bukan halal untuknya itu

Haram

Mereka akhirnya sampai di rumah sewa. Sampai di rumah, Haura terlebih dahulu meminta untuk naik ke bilik tidurnya. Penat mula datang. Badannya juga sudah melekit.

Setelah selesai membersihkan dirinya, Haura menyarungkan baju t-shirt dan seluar trek kegemaranya. Haura duduk di hadapan cermin besar yang terpapar jelas wajahnya yang mengantuk

Hari Pertama kerja dah ada ujian yang datang. Di mana dia bersentuhan dengan lelaki walaupun berlapik tapi Haura menundukkan wajahnya memandang kaki sendiri

Malu. Macam manalah dia nak berhadapan dengan Farel lepas ni? Haish

Dia berkerja bukannya untuk sehari ya, tapi untuk tempoh yang lama. Kalau sehari dah laguni, setahun nanti macam mana pula?

 Kalau sehari dah laguni, setahun nanti macam mana pula?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now