45

22.8K 872 90
                                    

Play the song🎶

5 Tahun Berlalu.....

"Farel, Farel ooo Farel!" Jerit Heinz kuat di tepat telinga Farel.

"Bising lah kau ni!" Farel bangun badan disandarkan di kepala katil mewahnya.

"Kau ni kan tengoklah hidup kau ni, kalah orang bujang!" Selamba Heinz mengutuk depan-depan. Takut apa dia dengan Farel.

Farel senyap. Rambutnya kusut. Muka memang tak payah nak tanya, tak ada rupa ya. Dengan misainya dia langsung tak cukur.

Aduih. Heinz menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Penatlah jaga orang tua ni.

Heinz kemudiannya mengalihkan rambut Farel yang menutupi mata Hazel lelaki tu. Rupa-rupanya mamat ni tidur. Patutlah senyap.

Akibat geram yang teramat, Heinz menyimbah Air paip pada Farel membasahi badan Farel yang busuk.

"Kau ni!" Farel bangun mahu menumbuk Heinz, Heinz yang melihatnya pantas bertindak iaitu lari.

Malas dia mahu bertumbuk dengan Farel. Habis kotor nanti bajunya.

"Woi, nak lari mana?"

"Ha, kau berhenti dekat situ. Kalau kau tumbuk aku, aku tak nak bagitahu kau Haura dekat mana."

Ugut Heinz sambil tangannya disilangkan di dada bidangnya.

Farel berhenti mengejar. Tangan yang dikepal juga dia leraikan. Mukanya jangan tanya, memang nampak gembira.

"Tapi sebelum tu, kau kena pergi mandi dan ubah penampilan kau yang macam
.....hmm kau fahamkanlah sendiri."

Malas mahu sebut.

Farel terus berlari anak masuk bilik air mahu membersihkan diri.

Pakaian dikemaskan. Minyak wangi mahalnya diambil dan disembur. Minyak wangi yang mungkin sudah berbulan-bulam tidak diguna.

Turun di ruang tamu, kelihatan Heinz duduk di sofa bersama ipad di tangan.

"Dah. Bagitahu aku mana Haura?"

Langsung tak bagi salam. Dia terus tanya.

"Tak menyabar."

Ipad di tangannya Heinz lempar ke arah Farel tanpa ragu. Kalau pecah boleh beli baru.

Farel menyambutnya. Skrin Ipad itu Farel lihatnya. Ada lokasi seseorang. Dan dia yakin itu adalah lokasi Haura.

"Jom. Aku teman." Mereka pergi ke arah yang ditunjuk Heinz.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke tempat keberadaan Haura mengambil masa selama berjam-jam lamanya.

Sampai di hadapan rumah kayu itu. Kelihatan ada dua orang kanak-kanak perempuan sedang bermain masak-masak di bawah pokok rambutan.

Tapi yang menjadi perhatiannya bukanlah kanak-kanak itu tapi orang yang sedang duduk di kerusi batu itu memerhati kanak-kanak perempuan itu bermain.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now