38

18.2K 904 58
                                    

Turun di tingkat bawah, matanya disapa dengan kehadiran tetamu yang memang tidak diundang.

Wajah-wajah manusia keji yang menyakiti isterinya. Farel meneruskan langkah kakinya. Baru sahaja satu langkah lagi dia mahu keluar dari rumah itu, seseorang memanggilnya

"Farel, marilah jumpa dengan Melissa ni. Bakal Isteri Rel."

Datin Zehra dengan tidak ada rasa bersalahnya berkata sebegitu menarik baran Farel yang masih lagi tidak hilang.

Barannya ini masih segar. Sudah lama dia tidak menunjukkan sisi keduanya. Rasanya masa dia bertukar personaliti sudah tiba

"Korang nak blah ke tak nak?"

Nadanya dingin. Wajahnya juga bertukar bengis.

"Farel, apa cakap macam tu. Mari sini duduk makan sekali. Melissa ada bawa makanan untuk Farel."

Ya, Datin Zehra tidak menyerah begitu saja. Dia masih mahu menjadikan Melissa sebagai menantunya.

Amarah Farel makin membuak-buak makin dilayan makin naik tanduknya. Pasu yang berhampiran dengannya dia ambil lalu membalingnya sampai habis pecah berkeping-keping.

Mereka terkejut, kaca itu terkena sedikit di betis Melissa. Keluar cecair merah itu.

Tidak cukup dengan itu, giliran Melissa pula Farel tarik rambut Melissa kuat dan dicampaknya Melissa jatuh menyembah bumi.

Masih lagi tidak puas, dia mencekik Melissa kuat sampai mahu biru wajah gadis itu mengatur pernafasan. Manakala Datin Zehra dan Mak Ngah terkedu.

Langsung tidak menghalang. Mereka sendiri juga takut dengan perubahan Farel yang mendadak.

"A-abang r-rel. S-sakit..."

"Haha, baru permulaan Melissa."

Melihat Melissa yang sudah nyawa-nyawa ikan, dia lepaskan tangannya dari leher Melissa.

Rambut Melissa dia tarik menyampak Melissa lagi dalam stor rumah agamnya.
Selepas campak Melissa dalam stor, pintu stor itu dia kunci.

Dia, sudah tahu semuanya.

Farel berpaling. Melihat wajah Mama dan Mak Ngah. Wajah takut jelas terpancar di wajah mereka.

"Nanti kemas eh kaca ni. Kalau aku balik masih ada kaca ni, korang pun kena macam betina tu."

"Tapi, kalau aku buat dekat korang pun tak salah kan. Sebab kau pun pukul bini aku kan?"

Tanpa menunggu jawapan mereka, Farel pergi tinggalkan manusia bertopengkan syaitan itu.

Dia, sudah tahu kebenaran yang sebenar.

"Cari Isteri aku." Arah Farel pada anak bawahannya. Lelaki itu saat mendengar sahaja arahan Tuannya, dia mengangguk faham.

Farel bermain-main dengan pennya. Mata menatap kosong ruangan bilik kerjanya. Semuanya nampak

Sunyi.

Bilik kerja yang dia sediakan di rumahnya ini sunyi. Tak seperti selalu. Selalunya, Haura akan datang menemaninya membuat kerja.

Dan sekarang, bilik kerjanya ini sunyi disaat tiada gadis itu yang memaparkan cahaya.

Baru dia tahu, separuh hatinya hilang dibawa Haura.

Teringat tentang apa yang dia lihat di cctv rumah agam ibu bapanya. Laptop mewahnya dibuka. Mencari rakaman itu.

Haura ditampar dan dikurung di dalam bilik stor. Dan baru dia ingat, Melissa ada dalam stor rumahnya, Farel bangun dari duduk.

Sekarang, giliran perempuan tu pula.

Pintu dibuka dari luar. Kelihatan Melissa terbaring lemah di atas lantai. Farel naik senyum sinis. Kaki menapak ke arah Melissa. Rambut Melissa yang serabai itu, dia tarik kuat sampai gadis itu bangun dari berbaring.

Melissa sudah terketar-ketar ketakutan. Dia takut dengan personaliti Farel yang berubah. Tak sangka, sampai begini sekali.

Tangannya masih utuh di rambut Melissa, kemudian Farel menghantukkan Melissa di dinding rumahnya kuat berkali-kali.

Farel menghantuknya tanpa ada rasa bersalah. Yang dia mahu hanya nak Melissa rasa apa yang isterinya rasa.

Tidak puas lagi dengan itu, dia tarik pula Melissa pergi ke dapur. Roti gardenia yang sudah dia sediakan semalam.

Melissa yang melihat roti gardenia berkulat itu, dia geleng banyak kali. Tidak mahu! Geli

Roti gardenia itu Farel ambil. Baru sahaja dia mahu menyumbatnya di dalam mulut Melissa, ada satu suara garau mengahalangnya.

"Bawa mengucap Farel." Lelaki bertubuh tegap itu menghalang Farel.

Lelaki itu segak dengan baju kemeja dilipat hingga ke siku bersama rambut bergaya messy.

Farel melepaskan Melissa. Melissa jatuh menyembah bumi. Kepalanya juga sudah berdarah. Dapat dia rasa kepalanya sudah berdarah.

"Heinz." Dia kenal lelaki itu. Anak jutawan dekat Amerika.

Heinz naik senyum senget pada Melissa. Melissa sudah menayangkan wajah cemberut tidak suka dengan kehadiran jejaka ini.

Menyampah

"Hai Farel. Apa cerita ni?"

"Betina ni, seksa bini aku."

Heinz datang menghampiri Melissa. Senyum senget tidak lekang dari bibirnya.

"Salah orang kau kacau ni sayang."
Rambut Melissa dipusing-pusingnya berkali-kali.

"Rambut Melissa dipusing-pusingnya berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now