14

23.5K 1K 23
                                    

Tepat pada pukul 12 tengah hari Farel membawa Haura ke pekan. Hanya memakan masa beberapa minit sahaja dari kampung nak ke pekan.

ZehraCollections

"Kita nak buat apa dekat sini?"

"Beli baju." Jawab Farel ringkas sambil mematikan enjen kereta dan tanggalkan tali keledar.

Setelah itu  Farel keluar dari perut kereta dan membukakan pintu untuk isterinya.

"Tapi untuk siapa?" Tanya Haura lagi.

Farel hanya diam kemudian memegang tangan Haura kemas dan menarik Haura masuk ke dalam Butik Pakaian itu.

Masuk sahaja mereka berdua di dalam butik, mereka berdua di sapa oleh pekerja di situ. Pekerja itu tersenyum manis melihat wajah cantik Haura.

"Selamat datang."
Sapa pekerja itu ramah bersama senyuman manis.

"Leave us." Nada suaranya memberu arahan.

Farel kemudiannya menarik tangan Haura. Pekerja itu meninggal Haura dan Farel untuk memberi ruang pada mereka berdua.

"Kita buat apa dekat sini?"  Tanya Haura sudah kali ke berapa.

"Nak beli bajulah precious. Sekarang pilih nak baju yang mana?"

"Tapi, saya dah ada banyak baju dekat rumah."

"Abang nak, Haura pakai baju yang labuh macam jubah. Kalau tak nak pakai jubah pun tak apa, asalkan menutup aurat."

"Okay." Haura menurut. Arahan suami perlu diikuti. Lagipun dia sudah tekat mahu berubah lebih baik.

"Abang, hitam atau kuning?"
Sedar tak sedar dah Hampir 1 jam mereka berdua berada di butik itu.

"Black is more appropriate." Balas Farel lembut. Setia menemani isterinya membeli.

"Hmm...good choice." Kali ini giliran Haura pula mencuit hidung mancung suaminya.

Eleh, dia pun boleh lah

Haura menoleh ke arah Farel mahu melihat reaksinya dan kelihatan telinga Farel merah.

Kita suka!

Masuk sahaja mereka berdua di dalam kereta, Farel menghidupkan enjen kereta.

"Lepas ni, nak pergi mana?"

Memandangkan sekarang dia sedang cuti jadi Farel memutuskan untuk meluangkan masanya untuk Haura.

"Pusing-pusing lah!"

"Anything for my wife."

Kereta mewahnya meluncur laju ke arah  jalan raya.

Puas meneroka pekan di kampungnya, mereka berdua kembali.

"Ha balik pun. Meh duduk sini makan keropok lekor." Puan Halimah mempelawa.


Haura dan Farel yang baru balik dari pekan itu, menghampiri Puan Halimah duduk di atas kerusi batu itu.

Keropok lekor diambil dan dimasukkan dalam mulut. Sedap!

"Atuk mana nek?"

"Biasalah dia, ada mesyuarat."
Haura mengangguk faham sangat dengan atuk yang merupakan Imam dia kampung ni.

"Malam ni ada pasar malam. Haura, bawalah suami kamu tu pergi."

Haura memandang Farel.

Tetiba ter eye contact pula dengan cik suami.

"Abang nak pergi ke?"

Puan Halimah senyum melihat hubungan Haura dengan suaminya. Biasalah baru kahwin.

Puan Halimah kemudiannya bangun. Baik dia pergi basuh pinggan lagi bagus. Tak mau kacau pengantin baru.

"Kalau sayang nak pergi, abang okay je."

"Kalau macam tu kita pergi! Tapi, abang lanje."

Haura senyum menampakkan barisan gigi putihnya. Mata pula dikelipkan banyak kali.

"Memang Abang nak bayar pun."

Dahi Haura dijentiknya.

Haura mencebik sedepa. Bukan sakit pun. Tapi saja nak perhatian.

Hehe

Biarlah nak gedik-gedik pun. Tu kan suami kita

Ish

"Abang abang....." Meleret nada suara Haura. Tangan Farel dia gerakkan ke udara.

"Hmm?"

"Abang sayang kita tak?" Kelip-kelip matanya menunggu jawapan.

Farel naik senyum senget.

Dia mahu mengusik Haura.

"Rasa-rasanya?" Haura menjeling. Dia main tarik tali lah pula

"Alah jawablah sayang Haura tak?"

"Sayang kut." Nada suaranya perlahan. Sengaja tak nak bagi Haura dengar.

"Apa abang? Tak dengar lah." Dia hanya dengar ayat last tu je. Iaitu 'kut'

"Adalah." Farel bangun masuk ke dalam rumah meninggalkan Haura seorang diri di luar.

"Abang!"

"Abang!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now