13

23.6K 1.2K 74
                                    

Haura tersedar dari tidur lenanya, kelihatan Farel sedang tidur sambil tangan memeluk pinggang kemas.

Wajah kacak suami menjadi santapan matanya pagi ini. Handsome!

Dengan rambutnya masih lagi bergaya messy.

Farel  tersedar dari tidur lenanya, Haura yang melihat Farel mahu membuka  mata terus pura-pura tidur.

Farel bangun melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 5:50 pagi. Dia membetulkan posisi tidur Haura.

Bangun dari pembaringan, kemudian Farel pergi memgambil Air Wudhuk untuk solat subuh.

Selesai sahaja Farel mengambil Air Wudhuk, Farel membangunkan Haura untuk solat subuh bersama-sama.

Haura segera bangun dari tidur menonong pergi ambil air wudhuk.

Farel mengiimamkan Haura menunaikan solat fardu Subuh. Setelah selesai menunaikan solat fardhu subuh, Farel mengajak Haura membaca surah Al-Waqiah.

Mereka berdua membaca surah Al-Waqiah bersama-sama.

Kagum dengan suaminya, bacaan Al-Quran yang dibaca Oleh Farel sangat lancar. Lain pula dengannya yang masih tersekat-sekat.

Farel yang terasa dirinya diperhatikan menoleh ke arah Haura yang sedang melihatnya dengan mata yang berkelip-kelip.

Allah, isteri siapa comel sangat ni?

Al Quran ditutup dan diletakkan di atas meja bulat bersebelahan katil.

"Eh dah habis eh?" Bukankah tadi baru mula.

"Dari tadi lagi dah habis."
Farel memandang Haura datar.

Haura melihat pandangan Farel menundukkan pandangannya malu.

"Look at me."

Haura mengambil bantal yang ada di sebelahnya menekup wajahnya dengan bantal itu.

Tak nak

Dia tak nak tengok muka Farel

Malu lah

"Kenapa tutup?"

"Malu."

"Kita kan dah kahwin. Kenapa nak malu-malu. Haritu peluk tu boleh je." Farel mengungkit sambil senyum senget.

Haura terus mengalihkan bantal itu dari wajahnya.

"Ish! Itu lainlah! Tu tak sengaja. Bukan saja-saja!"

"Ye ke? Macam saja je." Farel menyandarkan tubuhnya di dinding. Tangan dilipat di dada. Mata masih memandang Haura.

"Mana ada saja-saja. Betul-betul!"

"Ye ke?" Makin galak dia mengusik Haura. Suka dia melihat wajah membahang Haura.

Comel!

"Yelaa. Meh sini nak cakap."

Haura menurut. Bersila di hadapan Farel.

"Mulai esok, abang nak precious baca  Al Quran setiap pagi. Boleh?"

Haura mengangguk. Suka dia saat Farel bahasakan dirinya sebagai Abang.

"Rasulullah saw bersabda: (Firman Ar-Rabb (Allah SWT ) "Azawajalla": Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Al-Quran kerana mengingatiku, nescaya aku akan memberikan selebih-lebih baik daripada semua orang yang meminta padaku, Dan kelebihan kalam Allah itu ke atas semua kalam seperti kelebihan Allah kepada MahklukNya. Riwayat Imam At-Tarmizi dari Abi Sa'id Al-Khudri. Faham?"

"Faham faham."

"Lagi lagi."

"Apa lagi?"

"Nak dengar lagi."

"Ada satu lagi hadith, "Hendaklah kamu semua membaca Al-Quran Sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.
Hadith Riwayat Bukhari dan muslim."

"Maksudnya, dekat akhirat nanti Al Quran boleh bagi syafaat dekat orang yang selalu baca Al Quran?"

Meminta kepastian.

"Pandai." Farel mencuit hidung mancung isterinya.

"Dah pergi mandi."

Haura menyentuh hidungnya yang dicuit Farel tadi. Bibir naik ukir senyum.

Kita suka kita suka!

"Bangun pun pengantin baru ni." Puan Halimah menegur cucunya yang baru saja turun mahu sarapan.

Haura senyum manis.

"Nenek masak apa?"

"Bihun goreng. Meh lah duduk makan. Nenek nak pergi jumpa kawan sekejap ya." Puan Halimah terus meninggalkan Haura dan Farel di dapur.

Haura menghidangkan bihun untuk Farel.

"Eh, kenapa tak makan?"

"Nak abang suap." Haura memandang Farel bersama mata bulatnya. Farel menggeleng.

"Sure."

His Precious WifeWhere stories live. Discover now