28

14.8K 773 10
                                    

"Lamanya tak jumpa! Rindu." Ain memeluk Haura tidak mahu lepas.

"Eh you.... seorang?" Ain menyoal saat rasa yang Haura hanya seorang diri. Di mana suami Haura?

"Farel pergi oustation."

"Oh ya. Baru ingat."

"Jom shopping." Ajak Haura. Dia mahu belikan baju untuk Farel.

Suaminya itu handsome kalau pakai apapun mesti sesuai. Rasanya kalau pakai baju pinky pinky pun tetap  kacak.

Haha

"Jadi you duduk seorang diri?"

"Ha'ah." Mata Haura melilar mencari kedai pakaian lelaki. Kebetulan dia dah dapat gaji upah kuis kasih sayang.

Awalnya dia sudah menolak, tapi Farel tetap bersikeras untuk dia menerimanya. Siap ugut lagi. Dah lah sekali bagi beribu-ribu.

Boleh beli novel sekali. Dia masih ingat lagi haritu dia tengok dekat instagram ada novel baru keluar.

"Ain, jom pergi sana!" Haura tarik tangan Ain. Teruja apabila nampak kedai yang dicari-cari dari tadi.


Ikon hijau Haura gesel, dan kelihatan wajah suaminya di skrin telefon.

"Abang!"

"Ya precious. Miss me?"

"Kita rindu. Abang dah makan?" Soal Haura pada Farel melalui telefon. Mereka sekarang sedang membuat panggilan video.

"Allhamdulillah dah. Precious dah makan?"

Haura menggeleng tanda tidak.

"Kenapa tak makan sayang?"

"Tak lapar lagi." Farel mendengus. Ni kalau depan dia, memang dah suap dah Haura ni.

"Lepasni precious kena makan." Pesan Farel. Dia jauh dari Haura. Kalau dia oustation dekat, dah lama dia balik.

"Okay!" Jawab Haura. Tak sabar nak tunggu suaminya balik. Mahu memberitahu berita gembira ini pada suaminya.

Jika Farel tahu, mesti Farel gembira kan?

"Dah Al Mulk?"

"Belum."

"Kita baca sama-sama nak?" Laju Haura mengangguk.

"BismiLLahir-Rahmanir-Rahim

Tabarakallazi Bi-Yadihil-Mulk; Wa Huwa ‘Ala Kulli Syay-'In-Qadir ۝

'Allazi Khalaqal-Mawta Wal-Ĥayata Li-Yabluwakum 'Ayyukum 'Aĥsanu ‘Amalâ; Wa Huwal-‘Azizul-Ġafur۝

Masing membacanya sehingga habis. Walaupun jarak antara Farel dan Haura sangatlah jauh, tapi terasa dekat di hati.

Bacaan surah Al Mulk itu berterusan sehingga

"Qul 'Ara-'Aytum'In 'AşbahaMa-'Ukum Ġaw-Ran-Faman-Ya'-Tikum Faman-Ya'-Tikum Bi-Ma-'Imma-‘In ۝

"Soqollah hul adzim."

Sesudah itu senyum diukir untuk orang dalam panggilan.

"Sekarang pergi tidur."

"Abang teman Haura boleh?"

"Sure." Haura naik atas katil dia kemudiannya berbaring. Telefon masih digengamnya kemas.

"Good night sayang. Walaupun abang tak boleh nak peluk Haura macam selalu, tapi anggaplah yang abang ada dekat dengan Haura. Always."

"Kita....akan kekal macam ni kan?" Farel angguk. Seraya itu dia senyum menampakkan lesung pipitnya.

"Eh, abang ada lesung pipit! Eee comelnya." Sumpah dia tak tahu pun yang Farel ada lesung pipit.

"Abang ni tak bagitahu Haura pun. Kita nak sentuh." Farel melepaskan  tawanya terhibur dengan perangai Haura.

"Nanti abang balik precious sentuh lah puas-puas."

Haura berdecit perlahan. Tidak puas hati.

"Eee kalau abang balik nanti kita nak cubit-cubit pipi abang!"

"Boleh, nak cium pun boleh."

Haura memincing matanya tajam ke arah Farel. Mula dah tu keluar miangnya!

 Mula dah tu keluar miangnya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now