11

22.4K 1.1K 24
                                    

5 hari sudah berlalu, dan harini dia tekad mahu memberi jawapan tentang pinangan tersebut.

Walaupun dia ragu-ragu, tapi tidak salah jika mencuba. Kan?

"Assalamualaikum nenek."

"Waalaikumussalam Haura. Kenapa telefon nenek ni?"

"Haura nak cakap pasal pinangan tu." Beritahunya tujuan sebenar dia menelefon puan Halimah.

Haura diam seketika sebelum menyambung

"Haura terima pinangan tu." Cukup 4 patah perkataan. Nafas dihembus lega lepas memberitahunya.

"Allhamdulillah."

Puan Halimah tersenyum. Puas dengan jawapan Haura. Haura sudah berjumpa dengan seseorang yang akan jadi peneman hidupnya.

"Sekarang boleh Haura tahu siapa bakal suami Haura?"

"Dia kata, dia sendiri yang akan jumpa Haura."

Haura menggigit bibir bawahnya.

"Alah, nenek tahu tak apa nama dia?"

"Oh, nama dia Farel."

Haura angguk puas hati. Tak dapat tengok muka, nama pun jadilah!

"Ooo kalau macam tu, Haura tutup dulu eh. Haura dekat tempat kerja lagi ni. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."
Puan Halimah menekan ikon yang berwarna merah di telefon bimbitnya.

Lalu Puan Halimah membuat satu panggilan lagi yang tertulis nama Datin Zehra di situ.

Setelah itu Panggilan antara Puan Halimah dan Datin Zehra bersambung.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

"Saya telefon ni nak bagitahu yang Haura setuju."

"Allhamdulillah, nanti saya pergi rumah awak ya. Kita bincang pasal ni. Suruh Haura balik sekali." Tak sabar nak kenal dengan Haura.

"In shaa allah."


Haura mengetuk pintu office Farel untuk menghantar fail yang sudah dia siapkan.

"Come in."

Haura menolak pintu kaca dan terlihat wajah kacak Farel yang sedang memandang laptop tidak lepas.

Laptop kan first love Farel. Sebabtulah dia selalu pandang.

"Nah ni failnya."

Sepatutnya Eliani yang perlu beri Fail ini pada Farel tetapi disebabkan Eliani perlu menghadiri meeting bersama dengan klient.

Dia terpaksa meminta tolong Haura untuk memberikan Fail ini pada Farel. Haih

"Okay." Balas Farel ringkas.

Haura segera meletakkan Fail itu di atas meja Kerja Farel.

Lepas letak fail terus dia keluar. Yelah buat apa lama-lama dalam tu. Nanti apa pula orang kata.

Setelah keluar dari office Farel, Haura berehat di meja kerjanya. Peningnya datang lagi.

"Haura, kenapa ni?"  Tanya Ain lembut.

"Pening."

"Dekat mana? Meh I urut." Ain sudah bersedia mahu menghulurkan bantuan.

"Tak payahlah. Sekejap je ni."

"Are you sure?"

Haura mengangguk. Dia yakin ini hanya sekejap. Lepasni hilang lah tu.

"Baby!!!"

Farel yang baru keluar dari officenya juga terkejut dengan nada suara seseorang yang bergema di ruangan ni.

Melissa datang bersama heels tingginya berlari mendekati tubuh tegap Farel dan menyebamkan wajahnya di dada jejaka itu.

Staff yang melihatnya memandang menyampah ke arah Melissa. Minah pick me ni dah datang dah

Farel menjauhkan tubuh Melissa darinya.

"Berapa kali abang nak kena cakap dekat Mel yang jangan sentuh abang?"

Perempuan ni degil. Makin dilarang, makin dibuat.

Haura memandang ke arah staff yang lainnya. Nampak sangat yang mereka pun tak sukakan minah senget ni.


Waktu makan tengah hari, Melissa mengajak Semua staff-staff di office itu makan bersama-sama. Katanya nak mengeratkan silaturrahim.

Dan dia juga kata, yang tak lama lagi dia akan menjadi isteri Farel. Tidak tahulah itu benar atau dusta semata-mata.

Sewaktu mereka sedang menikmati makanan, Bunyi telefon bimbit Haura membuatkan kawan-kawan Haura melihat kearahnya.

Haura hanya tersenyum. Dia mendapat panggilan dari bakal ibu mertuanya, dengan pantas dia menekan ikon yang berwarna hijau. Talian bersambung.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Haura sihat?" Datin Zehra menyoal bakal menantunya.

"Sihat Allhamdulillah. Mama?"

"Mama pun sihat."

"Siapa call you?" Melissa menyoal. Eh perempuan ni kenapa busybody sangat ni?

"Nothing with you."

"Eh I tanya elok-elok kan? Jawab lah elok-elok!"

"I ada jawab kasar-kasar ke? Tak kan." Orang dah jawab elok-elok.

"Stop Melissa. Jangan nak bising."
Farel bersuara.

"Farel bersuara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now