22

17.6K 886 14
                                    

"Macam mana nak tahu Ayam ni segar ke tak?"

Soal Haura pada seorang pekerja perempuan yang sedikit berusia di situ.

Mak Cik itu tersenyum manis. Jarang ada anak muda yang bertanya seperti itu padanya.

"Kalau nak tahu Ayam ni segar atau tak, perhatikan warna daging ayam. Kalau ayam yang segar akan mempunyai warna daging yang kemerah-merahan. Tapi kalau ayam yang lama warna dia kuning-kuning atau pucat."

Haura mengangguk perlahan sebelum menjawab.

"Contohnya Ayam yang ni kan?" Sambil tangannya memegang Ayam mentah itu.

Mak Cik itu tersenyum sebelum menjawab.

"Ya contohnya yang ni. Ada satu lagi iaitu Ayam yang segar tidak mempunyai darah yang banyak pada bahagian tulang."

"Kalau Ayam ni ada banyak darah di bahagian tulang Maksudnya Ayam tu tak segar. Sebab banyak kali sudah dibekukan dan dinyahbekukan."

Mak Cik itu menerangkan cara mengetahui Ayam itu segar atau tidak sangat terperinci. Selepas ini Senanglah kalau dia nak beli ayam.

Selesai sahaja memilih Ayam. Haura meletakkan Ayam di dalam troli. Sempat Haura mengucapkan Terima Kasih pada Mak Cik itu yang sudah membantunya memilih Ayam.

Troli ditolak menghampiri Suaminya Farel yang sedang fokus mencari Sos Prego. Haihlah cari sos prego pun lama.

"Lambat lagi ke husband?"  Sambil bercekak pinggang tidak lupa.

"Ni...dah jumpa dah."

Haura melihat orang yang lalu-lalang di situ. Dah kenapa semua pandang dekat dia?

Ada apa-apa yang Pelik ke?

Lebih-lebih lagi kaum wanita kenapa semua pandang dia?

"Abang, ada apa-apa ke dekat muka Haura?" Dengan kening yang berkerut Haura tanya pada Farel.

Farel menggelengkan kepalanya.

"Lepastu kenapa semua pandang Haura macam tu." Sambungnya lagi.

Farel memandang ke arah yang Haura beritahu.

"Precious cantik sangat kut harini."

Haura sudah tersenyum. Sampailah....ada sekumpulan wanita datang menghampiri mereka berdua..

"Hai, sorry kacau. Boleh tak you tolong I nak bergambar dengan Abang you?" Soal salah satu dari kumpulan itu.

"Abang?"

Pelik siapa Abang dia? Bila masa dia ada Abang?

Sampailah Haura melihat mata wanita itu tertumpu di wajah kacak suaminya. Ooo Patutlah semua pandang sini, tengah intai laki orang rupanya!

Haura sudah menarik wajah masam. Manakala Farel masih lagi beriak datar.

"Erm...boleh tak I nak bergambar dengan Abang you? You adik dia kan?"

Tangan dikepal sampai keluar urat-urat hijau di tangannya. Acik dia Abang! Dia ini kelihatan seperti Adik Farel ke?

"I'm sorry but I can't."

Farel menarik Haura pergi dari situ. Tangan kirinya memegang Tangan Haura. Manakala tangan kananya menolak troli untuk dibawa ke Kaunter pembayaran.

Keluar sahaja dari pusat membeli-belah Haura dan Farel terus pulang ke rumah.

Senyap sahaja keadaan di dalam kereta mewah itu. Tiada perbualan antara dua mahkluk itu.

Farel memanjangkan tangannya menyentuh tangan Haura. Haura dengan cepat menepis tangan kasar Farel.

Bibir Haura dimuncungkan kedepan menunjukkan yang dia sedang merajuk.

Farel berhentikan keretanya di tepi jalan. Haura terpinga-pinga dah kenapa berhenti dekat sini? Tapi reaksi wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin.

"Janganlah macam tu. Abang tak suka dia pun." 

Haura senyap. Tidak mahu menjawab.

"My Precious....forgive me please."

Dalam perut Haura rama-rama sudah berterbangan. Tapi reaksi wajahnya cuba dikawal. Saja nak kacau Farel. Selalunya Farel suka sangat kacau dia kan.

jadi kalini giliran dia pula akan kacau Farel!

"Saya nak balik." Tegas. Reaksi wajahnya dingin. Tangannya disilangkan ke dada.

Farel menghembus nafas pasrah.

Nasib kau lah Farel

His Precious WifeWhere stories live. Discover now