23

17.6K 808 29
                                    

"Abang abang...." Panggil Haura pada Farel yang tengah bermain laptop.

"Hmm?"

"Haura rindu Mama dengan Papa Haura."

Farel yang awalnya fokus terhadap laptop terus berhenti. Pandang wajah isterinya.

Dia sangat tahu yang Mama papa yang dimaksudkan ialah arwah ibu bapanya.

"Sayang tahu tak kubur Mama dan Papa dekat mana?"

Haura berfikir seketika. Kemudian dia mengangguk seraya senyum tipis.

"Nanti kita pergi ya." Lantas dia mengucup tangan Haura.

Haura mengangguk. Farel menjauhkan Haura dari tubuhnya lalu membetulkan kedudukan antara mereka berdua. Kepala Haura diletakkan di atas lengan sasa Farel.

"Now close your beatiful eyes."

Ubun-ubun Haura dikucup sayang.


Tersedar dari tidur. Mata secara sendirinya mencari susuk tubuh Farel.

Tiada

Tiada Farel

Di mana jejaka itu?

Kenapa tinggal dia?

Baru sahaja dia mahu menangis, bunyi sesuatu dari dapur berhentikan niatnya.
Bunyi seperti ada seseorang yang tengah memasak.

Tapi siapa?

Dengan perasaan ingin tahunya yang tinggi, Haura menghayun kaki ke arah dapur. Sampai di situ, dia senyap-senyap mengintai gerangan mana yang memasak.

Oh, Farel rupanya.

Suaminya itu sedang memasak bersama baju tidak tersarung di tubuhnya. Dia hanya memakai seluar trek sahaja.

Sudah biasa. Setiap kali berada di rumah, Farel memang akan pakai macam tu.

Terus dia menghampiri Farel yang langsung tidak perasan dengan kehadirannya.

Haura naik atas meja, dan melabuhkan duduknya di situ. Kaki digoyangkan banyak kali.

Tak sabarnya nak makan

Farel masak sedap


Lama dia menunggu Farel memasak tanpa Farel merasa kehadirannya di situ, sampailah Farel berbalik mahu ke peti ais, terpampang jelas wajah isterinya sedang senyum.

Batalkan niatnya. Kaki menapak ke arah Haura. Bibir dengan sendirinya mencium dahi licin isterinya.

"Feel better?"  Tangan Farel bermain-main dengan jari runcing Haura.

Haura mengangguk. Semangat!

"Abang masak untuk kita ke?"

"Yalah. Untuk siapa lagi?"

Haura senyum. Kemudian tangannya naik mencubit pipi Farel. Comel!

"Oh stop precious. Sakit tahu tak?"
Nadanya biasa. Langsung tidak kedengaran kasar.

"Tak apa. Haura memang tak sayang abang."

"Eh mana ada. Kita sayang lah." Leher Farel dipeluknya. Meminta Farel mendukung.

Tubuh Haura didukungnya menggunakan tangan kiri. Manakala tangan kanan dibuat untuk menumis bahan masakan.

Nasib baik dah potong semua tadi.

"Eh sedaplah. Pandainya abang masak."

Haura pandang Farel. Senyum diukir.

"Nanti abang ajarlah kita juga."

"Boleh."

Mereka sambung makan. Masing-masing senyap melayan perasaan sendiri.

"Mama, kita kena buat sesuatu supaya mereka berdua bercerai. I tak sukalah dia tu. Dah lah perempuan kampung!"

"Ya mama pun tak suka perempuan tu! Mama sendiri akan pastikan yang dia terima perbuatan dia tu!"

Tidak suka. Dia paling benci saat ada seseorang yang rampas bakal suami anaknya.

Sepatutnya Melissa perlu berkhawin dengan Farel. Tapi sangkaannya salah pula saat perempuan kampung tu datang!

"Tunggulah kau. Aku akan pastikan kau merana. Haura."

"

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
His Precious WifeDove le storie prendono vita. Scoprilo ora