06

22.8K 1.3K 113
                                    

Telefon bimbit Haura berdering sekali lagi. Dia yang sedang fokus pada televisyen itu terpaksa menangguhnya.  Dah lah harini hari jumaat. Esok dah tak ada dah cerita naagin ni.

Telefon diambil. Jika tidak penting, takkanlah dia call banyak kali kan?

Telefon diletakkan di telinganya.

"Hai, ni siapa?" Haura menyoal ringkas.

"Hai saya Yasmin."

"Kenapa call saya ya?"

"Saya Yasmin yang bawa cik Haura pergi jumpa Eliani tu." Dia memperkenalkan diri sekali lagi. Haura menggangguk dia sudah ingat.

"Cik haura diterima."

"Allhamdulillah." Dan yasmin terus menjawab semua soalan yang Haura lontarkan padanya.

Selesai berbual, ikon berwarna merah ditekannya dan diletakkan di atas sofa.
Dalam hati tidak berhenti mengucapkan syukur.

"Dan dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(65:3)

"Tuan." Ain datang menghampiri Farel.

Farel tidak menjawab malah hanya senyap. Menunggu bicara Ain yang seterusnya.

"Harini Tuan tak ada apa-apa meeting. Esok Tuan akan ada meeting."

Ain menyerahkan Fail tersebut pada Farel untuk melihat. Farel menyambutnya, lantas membelek-belek fail itu ringkas.

"

Bagi Nazryl urus." Fail diserahkan kembali pada Ain.

Ain mengangguk faham dan terus menapak keluar.

Farel terus sambung membuat kerjanya yang tertangguh. Perbuatannya terhenti sekali lagi apabila Bunyi telefon miliknya berbunyi nyaring.

Ikon hijau ditekan.

"Assalamualaikum Farel."

"Waalaikumussalam Mama."

"Farel macam mana dekat sana? Everything good?"

"Okay je. Mama?"

"Mama pun sihat Allhamdulillah. Mama call ni nak tanya, mana menantu Mama?"


"Menantu Mama tak jumpa lagi dengan Farel."

"Kamu ni. Mama teringin nak ada menantu." Datin Zehra mencebik dalam talian.

Anak sulungnya yang sorang ni, memang susah nak rapat dengan perempuan. Macam mana nak rapat dengan perempuan kalau diri sendiri tu suka menjauhkan diri dari Perempuan yang mana-mana datang dekat dia.

"Mama dah agak dah. Dengan Melissa tak berkenan ke?" Bukannya dia tak tahu yang Melissa itu sukakan Farel.

"Tak nak." Farel meraup rambutnya. Mana mungkin dia dengan Melissa.

Waktu rehat sudah hampir habis. Manakala Farel masih lagi membuat kerjanya. Tidak berniat mahu makan tengah hari.

Tanpa mengetuk pintu, Nazryl dengan selambanya masuk ke dalam Office Farel tanpa minta izin.

Paper bag yang ada didalam genggamannya diletakkan  di atas meja kerja Farel. Farel mengangkat mukanya dan melihat Nazryl dengan kening yang berkerut.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now