40

19.9K 819 45
                                    

"Arghhh sakitlah!" Jerit Melissa kesal.

Rambut Melissa ditariknya kasar dan dihantuk pula di meja makan rumahnya. Kepala Melissa sekarang ni dimandi darah pekat.

Dari semalam, Farel tidak henti memukulnya. Sakit sangat sakit. Jika tahu begini jadinya, sumpah dia takkan mengurung Haura di bilik stor itu.

Dan yang paling dia takutkan ialah personaliti yang dulunya soft spoken, jadi panas baran sebegitu.

Farel lepaskan rambut Melissa yang sudah berserabai tambah. Dia yakin, wajahnya mesti buruk.

"Tak rilek ya Farel." Tegur Heinz yang duduk santai di atas sofa. Lelaki itu, dari semalam duk tengok dia kena seksa.

Bukannya nak tolong!

"Tak nak join?" Ajak Farel. Heinz ni lagi kejam dari dia.

Melissa memandang tajam Heinz. Dia, tak sukakan jejaka itu. Bahkan benci melihat wajah jejaka itu.

"Jangan pandang aku macam tu sweetie." Matanya menembus tepat pada anak mata koko Melissa.

Melissa menggepal tangannya geram.

Setelah itu bibir Heinz naik senget. Suka melihat wajah marah Melissa.

Farel meneruskan kerjanya dengan menampar pipi Melissa hingga hujung bibirnya lebam. Pedih ya tuhan.

Dagu Melissa Farel cengkamnya keras

"Kau memang tak nak bagitahu perkara sebenar dekat Mama kan? Nak aku bunuh kau dulu ke macam mana?"

Cepat-cepat Melissa menggeleng takut. Tidak-tidak dia masih mahu hidup. Dia tidak mahu mati lagi.

"Apa? Tak nak bagitahu? Okay." Baru sahaja Farel mahu menghantukkan sekali lagi kepala Melissa, Melissa bersuara lantang.

"I akan bagitahu aunty. I akan bagitahu aunty." Tercungap-cungap nafas Melissa. Nasib baik Heinz sempat menahan tangan Farel.

"Kau akan bagitahu perkara sebenar?"
Mahu kepastian dari Melissa.

"Ya! Memang I upah orang untuk edit gambar tu. I'm sorry." Melissa meminta maaf ikhlas dalam lubuk hati terdalam.

"I tahu apa yang I buat ni takkan dapat kembalikan Haura. Tapi I boleh buat Aunty untuk hentikan buruk sangka pada Haura."

Farel diam. Layakkah Melissa mendapat peluang sekali lagi.

"Forgive her." Heinz yang disebelah Melissa pula bersuara.

"Fine. Tapi lepasni, aku tak nak tengok muka kau dalam hidup aku lepasni."

Farel memberi amaran pada Melissa. Jika dia datang lagi, Farel tak teragak-agak untuk hancurkan Melissa.

"O-okay I promise."

"Bye Farel." Seusai menghabiskan ayatnya, Heinz menarik Melissa paksa keluar dari rumah agam Farel.

"Eee you ni dah kenapa?! Janganlah tarik-tarik I."

"Janganlah tarik-tarik I!" Ajuk Heinz pada Melissa.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now