Special Chapter II ( last )

27.8K 923 103
                                    

Play the song🎶

"Umi!" Haura yang sedang bermain telefon ditegurnya gembira.

"Ya?" Telefon ditangannya diletak di tepi.

"Umi gaduh dengan Abi ke?"

"Eh mana ada." Dengan wajah biasa Haura membalas. Memang tak lah nak mengaku.

"Ye lah tu. Tak baik tipu. Kalau Umi tak gaduh dengan Abi, kenapa tak teman Abi duk buat kerja kat atas nuh?"

Membulat mata Haura mendengar kata-kata Hasya. Budak ni makin membesar, makin menjadi-jadi perangainya. Semua benda dia perhati.

"Ye lah!" Haura bangun dari duduk lalu menaiki satu persatu anak tangga.

Hasya senyum. Bolehlah dia tengok tv!

Sampai sahaja di tingkat atas, bilik kerja Farel dituju. Tanpa sebarang ketukan Haura masuk ke dalam bilik itu.

Kelihatan Farel sedang memandang cinta pertamanya bersama kening yang berkerut-kerut. Fokus sangat buat kerjanya. Hari cuti pun kerja.

Bau wangian yang amat dia kenali memasuki rongga hidung Farel. Dan badannya mengeras.

Panggung kepala, wajah bersih Haura yang menyapanya. Farel senyum. Bangun dari kerusi mahu menghampiri Haura.

Haura memeluk tubuhnya. Masih marah dengan Farel tahu tak?! Ish.

"Sorry." Hanya itu yang keluar dari bibirnya.

"Please...sorry my precious." Tangan naik memegang lengan Haura dan menarik mendekatinya.

Hujung hidung bertembung dengan dada bidang Farel. Dan bau tubuh Farel menyapa rongga hidungnya. Wangi. Hmmm.

"Yelah." Sejurus itu Haura memeluk Farek kemas.

Farel angkat Haura lalu Haura diletakkan di atas meja kerjanya. Wajah Haura dipandang.

"Abang....."

"Hm?"

"Kalau suruh dipilih, abang nak atau tak ada Haura dalam hidup abang walaupun abang tahu semuanya akan berakhir macam ni?"

"Kalau suruh dipilih, mestilah ada Haura yang akan abang pilih walaupun abang tahu ia akan berakhir sesakit ini."

"Kenapa? Kenapa kena pilih jalan yang sakit macam ni? Padahal boleh je abang pilih jalan lain. Tengok sekarang abang terseksa sendiri."

"Sebab hanya wanita bernama Haura Iryana yang akan jadi Isteri Farel sampai bila-bila. Indeed, there will be no other woman who can take Haura's place. From the beginning we were both created, Allah has determined that our story will end like this."

"Tak menyesal?" Soal Haura. Matanya tepat memandang Farel.

"Tak...tak akan menyesal walaupun abang tahu pengakhirannya, Haura akan tinggalkan abang. Dekat sini."

"Aku..rindu kau." Tangan kasarnya naik mengelus rambut Haura.

"Kau jahat tinggalkan aku macam tu."

Mutiara jernih mulai keluar dari tubir mata. Mata Farel sudah merah menahan rasa sedihnya.

"Aku tak sangka akan beri impak sebesar ini bila kau pergi dari aku."

"Haura akan sentiasa tunggu abang. Janji dengan Haura yang abang akan bahagia."

"Macam mana aku nak bahagia kalau kau kebahagiaan aku?" Dan selepas itu bahunya terhinjut-hinjut merindukan sosok Isterinya.

Dia rindukan semua yang ada pada Haura. Tingkah laku Haura, semuanya masih segar dalam kotak ingatan.

"Abang! Rindu kita tak?" Haura datang duduk di atas paha Farel bersama senyuman manis.

"Rindu...."

"Abang......nak dukung." Mintanya manja pada Farel. Dia suka bila Farel memberi perhatian sepenuhnya padanya.

"So this is love. Very painful ending. Even though it hurts in the end, but I'm happy with you. I am happy to be responsible as your husband."

"Thank you for everything precious."

"Mungkin aku kena ikut cakap kau. Teruskan hidup tanpa kau."

"Tak apa, aku cuba."

1 Tahun Berlalu.....

"Abi!!! Papa Heinz datang bawa awek dia!" Jerit Hasya kuat.

Berkerut kening Farel mendengar kata-kata Hasya. Awek? Sejak bila Heinz ada awek?

"Mana awek dia?"

"Tuuu." Farel panggung kepala. Dan matanya disapa dengan wajah bersih Melissa yang berada di belakang Heinz.

"Betul ke Heinz?" Alisnya diangkat menyoal Heinz yang tampak tidak tersinggung dengan kata-kata Hasya.

"Entah. Nanti kau tahu juga."

"Aku naik atas jap. Tukar baju."

"Okay."

Baju t-shirt berwarna khaki itu diambil lalu disarungkan di tubuh tegapnya. Rambutnya yang berserabai dikemaskan.

Kaki menghampiri balkoni bilik tidurnya. Tempat kesukaan Haura. Di setiap sudut bilik tidurnya ini, penuh dengan bayang-bayang Haura yang tidak akan pernah menghilang.

1 tahun sudah berlalu masih lagi susah untuk dia menyesuaikan diri tanpa Haura yang sentiasa menjadi penguatnya.

Dia, hilang separuh hatinya.

"Yes, let's meet again at another dimension." Langit itu dipandang lama. Membayangkan yang Haura ada di hadapannya. Melihatnya dan bercakap dengannya.

"I will always imagine that you are always with me. even if the truth is not." Binirnya dipaksa untuk senyum walaupun hatinya sangat sakit sekarang.

Sakit yang tiada ubatnya.

not all endings will have a happy ending. life will not always be happy.

And until the end there will only be yourself in the epilogue of his life story. only yourself.

The precious woman is gone now. But he still tries to fulfill His precious woman's request to continue living without the girl.

It was difficult for him to do it because all this time, his life was accompanied by that precious girl. But now, the girl left him. make forever.

Hopefully one day, the destiny of meeting the two of them will return with a happy ending.

✧ THE END OF THE SPECIAL CHAPTER HAURAREL FAMILY ✧

⇥𓂂 THANK YOU, LUVS 𓂂⇥

nak review, datang sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

nak review, datang sini.
instagram; @/starlenenyx

kalau malu, sini pun boleh. https://ngl.link/thestarlene

segala keritikan, kata-kata kasar, kata-kata sopan dan review jujur akan saya terima dengan hati yang terbuka. sama-sama.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now