07

21.9K 1.1K 19
                                    

Tepat pukul 8 pagi Haura sudah berada di depan tempat kerjanya.

"Jom masuk Haura!" Ajak Ain sambil menarik tangan Haura. Ain membawa Haura ke tingkat atas untuk memperkenalkan Haura pada staff-staff di sana.

Dalam perjalanan ke sana, Eliani juga turut serta memperkenalkan Haura dengan staff yang lain.

Sedang mereka sibuk memperkenalkan Haura.

"Ada apa ni?" Cukup dengan 3 patah perkataan yang meniti di bibir, semuanya terus senyap.

Eliani senyum kemudian menapak ke arah Farel.

"Harini ada staff baru."

"Siapa?" Farel terus pergi meninggalkan mereka.

"Tu." Eliani menarik pergelangan tangan Haura mendekati Farel.

"Haura, ni adalah Tuan Farel. Tuan, ni Haura." Haura memandang tuan badannya, tak salah lagi memang dia si mata hazel.

"Okay." Farel berbalik melangkah masuk ke dalam biliknya.


Setelah Farel berlalu, Eliani menunjukkan Haura meja kerjanya. Dan membawa Haura pusing di bangunan tersebut.

Haura hanya tersenyum tak tahu nak Cakap apa. Nak tak nak kena redho je yang mamat sombong tu apa-apa pun dah jadi boss dia.

Eliani membawa Haura ke meja kerjanya dan menyerahkan satu fail untuk Haura siapkan. Sebelum Eliani pergi meninggalkanya, Eliani sempat berpesan, kalau tak faham tanya je staff-staff dekat sini.

Tanpa membuang masa Haura memulakan kerjanya. Setelah 1 jam Haura sudah siapkan 2 Fail yang diarahkan Oleh Eliani.

"Welcome to Malaysia Mr Ranz."

"Thank you."

Masing-masing berjabat tangan mesra. Senyuman tidak lekang di bibir.

Berbincang tentang bussiness memang memakan masa yang agak lama. Setelah 30 minit mereka berdua berbincang, Akhirnya mesyuarat tersebut habis juga. Ranz bersalaman dengan Farel, Lalu beredar dari situ.

Ain datang menghampiri Haura yang kusyuk membuat kerja bersama dengan alis yang berkerut.

"Jom, kita makan."

"Betul, jomlah Haura." Ajak sarah.

"Jom Haura bolehlah kita kenal-kenal." Faliq pula mengajak.

"Gatal." Beritahu sarah dengan muka yang menyampah. Padahal nak mengurat Haura.

"Eleh, padahal kau jealous kan sebab aku tak suka kau."

"Tak ada masa aku nak jealous." Sarah menjuling matanya ke atas. Perasan.

"Dah dah kalau tunggu korang gaduh, sampai bila-bila tak habis." Eliani mencelah.

Mereka semua mengganguk perlahan sebelum masing-masing berjalan untuk pergi ke cafe yang sudah sedia ada di Bangunan yang besar itu.

Di saat mereka berjalan menuju ke Cafe, mereka semua terserempak dengan Farel dan Nazryl. Nazryl pula dengan ramahnya mengajak mereka untuk makan di luar bersama-sama denganya.

Setelah sampai di Restoran tersebut, mereka semua memesan makanan. Manakala Haura hanya diam memerhati.

"Haura, you okay?"

Tanya Ain risau pula dia dengan kawan baiknya yang sorang ni. Dari tadi hanya mendiamkan diri.

"I okay je." Balas Haura ringkas. Entah kenapa dirinya tiba-tiba hilang selera.

"You ada nak order apa-apa tak?" Soal Ain risau.

Haura menggelengkan kepalanya yang dia tidak mahu memesan apa-apa.

"I tak nak." Haura menggeleng.

Selesai sahaja haura pergi ke tandas haura menghampiri meja rakan-rakanya.

Sedang dia berjalan tiba-tiba kakinya kehilangan keseimbangan, membuatkan badan Haura hampir jatuh kebelakang.

Kenapa hampir? Kerana ada sepasang tangan kekar yang selamat mendarat di pinggangnya. Jika tangan kekar itu tidak menyambutnya, dia yakin kepalanya mesti akan terkena bucu meja tersebut.

 Jika tangan kekar itu tidak menyambutnya, dia yakin kepalanya mesti akan terkena bucu meja tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now