37

18.3K 841 4
                                    

Play the song🎶

Kereta hitam itu Farel bawa laju. Selaju yang mungkin. Berhenti di tepi jalan, stereng kereta itu ditumbuk kuat.

Mata hazelnya dia pejam erat. Dan air matanya jatuh menurun ke pipi. Kenapa ini terjadi padanya.

Datin Zehra menghianatinya.

Haura meninggalkannya.

"Sayang, kau memang tak nak tunggu aku ke?"

"Kalaulah aku boleh putar balik waktu ni. Sumpah aku takkan tinggalkan kau sayang."

"Aku akan bawa kau jauh-jauh dari manusia-manusia munafik tu. Aku takkan bagi dia sentuh sikit pun kulit kau."

"Tengok sekarang, baran aku datang balik bila kau pergi. Aku tak sempat sayang, jumpa anak kita waktu dia dalam perut. Aku tak sempat. Aku gagal kan jadi suami yang baik untuk kau. Aku gagal Haura."

"Aku bahkan tak lindungi kau waktu kau diseksa. Maafkan aku sayang. Kenapalah aku bodoh sangat percayakan mereka."

Farel melepaskan tangisannya. Bahunya terhinjut-hinjut kesal dengan diri sendiri yang begitu tak guna tidak melindungi isteri yang diseksa.

Haura lari kerana dia

Semua itu salah dia

Jika dia tak tinggalkan Haura, semua itu takkan terjadi.

Tuhan, jadikan ini sebagai mimpi.

Jika ini benar mimpi, tolong bagi dia bangun.

Tapi sayang sekali, kerana ini bukan mimpi.

Tapi realiti yang pahit untuk dia telan seorang diri.

Allah, kau angkatlah sedikit beban di dadaku ini. Ia terlalu berat untuk dia hadam.

"Allahuakbar, Allahuakbar!

"Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh

Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh

Farel panggung kepala. Tangisannya berhenti. Air mata yang tadinya tidak henti keluar, akhirnya berhenti.

Dia, memanggilmu untuk bersujud padanya.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

(QS : Al Baqarah [2] : 286 )

Farel keluar dari kereta, dia mula melangkah masuk ke dalam rumah Allah itu. Mahu mengadu segala masalahnya pada Pencipta.

Farel menunaikan solat Fardhu zhuhur itu di masjid Al- Ehsan. Solat Fardhu itu dari awal hingga ke akhir dipenuhi tangisan lemahnya.

Imam masjid itu yang baru sahaja mahu pergi dari masjid, terhenti langkah kakinya saat melihat ada seorang pemuda yang sedang mengadu pada Yang Maha Esa.

Dia dengar, dari awal hingga akhir aduan Farel. Imam masjid itu mendekati Farel lalu

"فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَار"

(Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi. (QS. Al-Mukmin : 55)

Bahu Farel dia usap setelah menghabiskan ayat Al Quran itu.

Farel memandang ke arah orang yang bersuara. Wajahnya comot dengan air mata. Matanya sembap.

"Saudara, ujianmu sungguh berat ya?"

Imam itu duduk di bersebelahan Farel. Tulisan nama Allah itu dia pandang lama.

"Terlalu perit untuk diterima."

"Maka bersabarlah kamu. Dia tidak akan membebanimu sesuai dengan kesanggupannya. Dia sangat sayangkan kamu. Kerana itu, dia mengujimu sebegini."

"Dia mahu beri kamu pahala."

Makin lebat pula air mata Farel saat mendengar ucapan itu.

"T-tapi saya tak boleh. Saya tak boleh nak terima."

"Maafkan saya, saudara. Saya tidak tahu apa yang menimpamu sampai kamu begitu sedih. Tapi ingatlah bahawa dia, sangat sayangkan kamu. Dan dia tidak akan membebanimu sesuai dengan kesanggupannya."

Selepas menghabiskan ayat itu, Imam itu bangun dari duduk. Lalu pergi meninggalkan Farel.

 Lalu pergi meninggalkan Farel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now