Special Chapter I

23.1K 790 58
                                    

          Langkah Kaki diayun menghampiri seorang Jejaka yang sedang sibuk berperang dengan dapur.

Tangannya sedang memotong bahan masakan yang dipilih olehnya sebentar tadi. Dipotong kecil-kecil. Kemudian, dimasukkan ke dalam kuali panas yang berisi sedikit minyak masak.

Haura perlahan-lahan memeluk tubuh tegap suaminya dari belakang. Mengeras tubuh sasa Farel yang merasa ada sepasang tangan yang melingkar di perutnya. Mahu menepis tapi apabila menghidu bau yang dimiliki oleh seseorang yang sangat dia cintai terbantut niatnya.

Lantas Farel memusingkan Badannya kelihatan Seorang Gadis cantik sedang berdiri di belakangnya. Sambil bibir tidak lekang memberikan senyuman manis pada Suaminya.

Farel membalas senyuman itu lalu menyambung berperang dengan dapur.

Mengambil masa selama 20 minit untuk selesai memasak.

"Abi!"
Seorang gadis kecil dengan langkah yang laju menghampiri Farel yang mahu menghidangkan nasi.

Farel terus meninggalkan kerjanya lalu mendepakan tangan mahu menyambut anak sulungnya itu.

Adalyn Hasya selamat masuk ke dalam pelukan Abinya.

"Wow Abi masak untuk kitalah sayang."
Haura bersuara setelah beberapa minit menjadi pemerhati.

Hasya menoleh ke arah meja makan. Alah tak nampak. Disebabkan meja makan tu tinggi sangat Hasya tidak dapat melihat masakan yang dimasak oleh Abinya.

Farel terus mengangkat tubuh kecil Hasya. Diletakkan Hasya di atas kerusi khas untuknya.

"Wow, sedapnya bau. Betul ke ni Abi masak Umi?"
Soal Hasya tidak percaya. Selama ini dia hanya makan masakan Haura. Ibunya.

"Iya sayang. Ni Abi yang masak. Bukan Umi. Jom kita rasa sayang. Sedap ke tak Abi masak ni kan?"

Hasya lantas mengiyakan. Haura menyedokkan nasi goreng diletak di dalam pinggan kaca untuk Hasya,Farel dan dirinya.

Nasi Goreng Cina dirasa, Sempat dia membaca Bissmillah sebelum merasai.

Haura mengangguk-ngangguk.
"Pandai eh abang masak."
Komen Haura.

Hasya dengan pantas mengangguk. Setuju dengan pernyataan Haura.

Mereka bertiga meneruskan menjamu selera. Sesekali Hasya membuka cerita tentang kawan-kawan di tadikanya.

Suasana di rumah besar itu meriah dengan tawa Hasya.

Hadirnya seorang bidadari kecil di dunia ini, menyinarikan lagi Hidup Farel dan Haura.


       "Abang!" Haura menghampiri Farel yang sibuk mengetik papan kekuci itu. Nampak macam sibuk je. Menyesal pula aku panggil.

"Ya precious."
Mata Hazel miliknya tepat menembusi mata coklat Haura.

"Tak ada apa-apa pun. Saja panggil. Bosan. Ingat nak borak dengan Abang. Tapi, Abang macam busy je. Tak apalah tak jadi. Haura pergi buat air dekat abang lah kalau macam tu."

Haura bangun dari Sofa yang ia duduki sebentar tadi. Mahu melangkah pergi ke dapur tetapi, pergerakannya terhenti apabila Ada tangan kekar yang menggenggam kemas tangannya.

Haura lantas menoleh ke belakang. Tepat mata hazel itu menusuk di mata coklatnya. Gerun tiba-tiba melihat pandangan Farel ke arahnya.

Air liur yang ditelan terasa pahit tiba-tiba. Jantungnya bergerak laju. Berdebar dengan pandangan dingin Farel.

Cepat-cepat dia mengawal reaksi muka. Beriak biasa.

"Ya Abang, abang nak Haura buat apa-apa ke?"

"Sit here."
Cukup dengan dua patah perkataan yang dilontarkan oleh Farel membuatkan dengan automatik Haura melabuhkan punggung di bersebelahan Farel.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now