09

21.5K 1.1K 64
                                    

"Dengar sini, nasi ada dekat bawa saji, jangan lupa makan. Faham?"

Haura mengangguk sambil tersenyum lucu. Ain menjadi lebih overprotective selepas dia hampir kemalangan semalam.

"Nak apa-apa call I. Jangan pergi seorang diri." Haura mengangguk lagi.

"Dan jangan lupa kunci rumah. Kalau ada orang tak kenal datang, buat tak tahu je." Lagi dan lagi. Dan jawapan Haura hanya mengangguk.

Pagi-pagi ni dia jadi burung belatuk.

Selepas membebel dan memesan terhadap Haura, Ain terus bertolak pergi ke kerja. Memandangkan Haura cuti, jadi lebih bagus dia pergi awal.

Sewaktu dia mahu masuk ke perut kereta pun, sempat lagi dia membebel dan memesan itu ini terhadap Haura.

Sampai sahaja di tempat kerjanya, Ain menyapa rakan-rakanya terlebih dahulu

"Ain, macam mana dengan Haura?" Faliq menyoal

Datang pula sarah juga menyoal soalan yang sama

"Ain, macam mana dengan Haura? Dia okay ke?"

"Haura okay. Jangan risau. Sekarang doctor suruh dia rehat untuk beberapa hari." Terang Ain.

"Eh tak apalah. I nak bagi surat cuti dekat Tuan sekejap." Ain meminta diri. Yang lain hanya mengangguk dan kembali ke meja masing-masing.

"Come in."

"Tuan, ni surat cuti yang doctor bagi untuk Haura cuti beberapa hari." Ain menyerahkan surat itu pada Farel.

Farel mengangguk.

"Dia selalu skip makan kan?"

"Y-ya." Walaupun dia sendiri juga terkejut macam mana Farel boleh tahu, tapi dia masih kekalkan reaksi tenangnya.

"You can go."


Haura membuka pintu rumah sewa itu, ada satu bungkusan asing di depan pagar rumahnya.

Tanpa membuang masa, Haura mengambil selendang miliknya untuk menutup aurat. Dia menghayun kaki ke arah pagar rumah, dan bungkusan itu diambil.

Di dalamnya ada sebuah kad. Haura tanpa ragu membuka kadnya, dan isi kad itu, ada tulisan berangkai yang dituju memang untuknya

Jangan skip makan

Hanya 3 patah perkataan sahaja. Persoalannya ialah

Siapa pemilik tulisan ini?

Macam mana lelaki ini tahu yang dia selalu skip makan?

Haura membelek-belek kad berwarna putih itu lagi manalah tahu ada clue siapa pemilik tulisan ini kan?

Nak kata Ain bukan kerana dia tahu tulisan Ain macam mana bentuknya. Lain.


Masuk sahaja Farel di dalam pejabatnya, Farel meminta Eliani menyerahkan fail peribadi Haura.

Setelah beberapa minit menunggu. Eliani datang bersama Fail tersebut. Setelah menyerahkan Fail Peribadi Haura, Eliani terus keluar dari office Farel.

Dia sangat tahu yang Farel tidak suka rapat-rapat dengan perempuan.

Fail tentang latar belakang Haura dibuka dan dibaca setiap maklumat tentang gadis itu.

Fail tentang latar belakang Haura dibuka dan dibaca setiap maklumat tentang gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now