20

20.7K 909 12
                                    

Sedar tak sedar sudah 2 bulan dia menjadi isteri Farel. Hidupnya berubah setelah Allah menegurnya. Dia yang awalnya kosong ilmu agama, makin lama, main bertambah ilmu pengetahuan.

Mempunyai seorang suami yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi itu rezeki.

Bukan itu sahaja semua yang ada dalam diri Farel sekarang semuanya rezeki dari Allah.

Ya, dia beruntung kerana dapat suami sebaik Farel. Mahligainya dengan Farel

Akan kekal kan?

Dia selama-lamanya akan jadi isteri Farel kan?

Atau itu hanya

Sementara?

Hanya mampu berdoa, moga-moga mahligai yang dibina ini akan kekal sampai ke jannah.

Dia lahir bukanlah dari keluarga yang kaya raya, dia lahir dari sebuah keluarga yang biasa-biasa sahaja.

Langit gelap itu dipandang. Cantik. Dengan adanya bulan dan bintang yang menyinari langit yang gelap. Indah sungguh Ciptaan yang Maha Esa.

Bersyukur kerana dirinya masih lagi dapat melihat langit gelap yang cantik. Entah kenapa pada malam ini langit terasa lain, sangat cantik, sangat indah.

Terasa ada sesuatu melingkar di pinggan rampingnya. Terbang segala yang dipikirnya sebentar tadi.

Wajah Farel menyapa mata coklatnya.
Wajahnya tenang. Terfikir apa yang akan jadi padanya jika Farel meninggalkannya?

Haura mendekatkan jarak diantaranya dengan Farel. Tubuh Farel yang terdedah itu dia peluk erat.

Almari baju dibuka, Jubah yang berwarna hitam diambil bersama dengan tudung sarung juga warna hitam.


Jubah Hitam dipakai, dikemaskan. Lalu, tudung sarung hitam disarung di atas kepala kemudian dikemaskan.


Selesai sahaja melilit memakai tudung, wajahnya dilihat dengan penuh teliti, sebelum dia menepek Bedak Johnson baby di wajahnya.

Sempat lagi Haura membetulkan tudung sarungnya sekali lagi, takut-takut jika ada rambut yang terkeluar.


Setelah puas menatap diri sendiri, Kelihatan seorang lelaki bertubuh tegap keluar dari Bilik Mandi. Siapa lagi kalau bukan Suaminya?


Farel duduk di birai katil mahu mengeringkan rambutnya yang basah. Haura pula mengambil hair dryer mahu menolong suaminya mengeringkan rambut.


"Meh Haura tolong keringkan."Bersama senyuman manis.

Tanpa membuang masa Haura dengan selamba duduk di atas riba Farel untuk memudahkan kerjanya mahu mengeringkan rambut sang suami.


Duduk atas riba lagi best dari duduk atas kerusi.

Kata nak kuis-kuis kasih sayang kan?


"Nanti abang kena pergi oustation."


"Oh, bila? Berapa hari?"

"Seminggu. Sayang ikutlah sekali."
Haura menggeleng tidak mahu. Bukan apa, dia rasa tak nak pergi mana-mana.

"Kenapa?"

"Tak rasa nak pergi mana-manalah abang. Nak duduk rumah je."

"Are you sure?" Haura angguk lagi. Dia tetap dengan pendiriannya.


"Cantik precious pakai jubah."

Beritahu Farel Jujur.

Bini Farel tak pernah tak cantik.


Haura tersenyum. Memang cantik pun jubah ni. Jubah ini Hadiah dari Puan Halimah. Puan Halimah membelinya sewaktu dia pergi di Mekkah.

Selesai mengeringkan rambut Farel,

Haura segera bangun Dari duduknya, mahu menyimpan hair dryer yang digunakan untuk mengeringkan rambut Farel sebentar tadi.


Manakala Farel mencari tali leher untuk dipakai.

Warna Biru gelap. Neck tie yang menjadi pilihannya hari ini.

Farel menyerahkan  net tie kepada Haura mahu meminta si isteri memakaikan untuknya. Tangan Haura lincah memakaikan  net tie untuk Farel.

Dia baru sahaja belajar cara pakaikan net tie semalam dekat youtube

"Bye husband." Tangan Farel Haura cium.

" Tangan Farel Haura cium

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now