29

14.8K 763 23
                                    

"Hai Aunty, Mel datang ni." Melissa masuk ke dalam rumah agam itu dan memeluk Datin Zehra mesra.

"Mel, marilah duduk dulu." Dia mengiringi Melissa duduk di sofa ruang tamunya.

"Ada apa Mel tiba-tiba datang ni?"  Datin Zehra menyoal gadis muda itu pelik. Selama ni tak ada pula datang kalau Farel tak ada.

"Saja. Nak jenguk Aunty. Alang-alang Mel nak bagitahu sesuatu dekat Aunty."

Melissa senyum seusai berkata. Tidak sabar dia mahu melihat reaksi Datin Zehra saat mengetahui sikap sebenar perempuan murah itu.

Pasti Datin Zehra akan benci pada Haura.

Dia sangat yakin.

"Sesuatu? Apa benda?" Soal Datin Zehra. Bertambah pelik dia dengan perangai Melissa sejak sampai ke rumahnya.

"Sebelum tu, uncle  ada ke?" Kalau Dato Nazri ada lagi bagus.

"Uncle tak ada. Kenapa Mel tanya?" Melissa menahan mulutnya dari membidas kata-kata datin Zehra.

Orang tua ni, memekak betul lah. Aku tampar kang

Dadanya turun naik mengambil nafas. Dia perlu bersabar jika mahu menjadi isteri Farel.

"Kalau Mel bagitahu aunty, Aunty jangan terkejut tau." Pesan Melissa polos.

"Ya, bagilah tahu cepat." Suruh Datin Zehra tidak sabar. Melissa ni pun memang saja nak buat dia tertanya-tanya.

"Mel nak bagitahu pasal....
Ayatnya sengaja digantungkan. Supaya Datin Zehra nampak yang dia takut-takut mahu memberitahu tentang ni.

Mahu memantapkan lagi lakonannya.

"Pasal apa?"

"Pasal isteri Farel." Perkataan isteri dia tekan. Sejujurnya dia sendiri tidak mahu menyebutkan perkataan isteri Farel itu.

Tapi terpaksa.

"Kenapa dengan Haura?"

Melissa kemudiannya mengelurkan sesuatu dari handbag mahalnya.

Dia menghidupkan telefon bimbit tersebut dan masuk ke galeri. Mencari sesuatu. Saat sudah jumpa apa yang di mahu, Telefon mewah itu dia beri pada Datin Zehra untuk melihatnya.

Datin Zehra menyambut huluran Melissa dan

Perasaan yang awalnya, sayang bertukar benci. Disaat itu, tiada lagi sayangnya pada manusia itu.





Haura sedang bermain telefon bimbit sambil kaki digoyang-goyangkan banyak kali. Hatinya terasa lapang harini.

Tapi jauh di sudut hati, rasa sunyi. Haih! Baru 3 hari Haura oi dia sudah rindu macam dah tak jumpa 30 tahun.

Haish, rindu Farel!

Nak peluk suami kita.

Nak telefon pun tak boleh. Farel oustation luar negara kut. Sekarang Farel mesti sedang tidur. Kerana waktu di Milan sekarang sedang malam.

Nasib kau lah Haura

Tak senang duduk bila tak ada Farel di sisi. Rasa macam separuh dirinya, hilang pergi entah ke mana.

Bunyi telefon bimbit sedarkan dia yang sedang mengelamun seorang diri. Telefon itu dia ambil kemudian gesel ikon hijau.

"Assalamualaikum Mama. Kenapa call Haura?" Haura menyoal mesra.

"Waalaikumussalam. Haura, datang rumah saya."

"Kejap lag-
Belum sempat Haura menghabiskan ayatnya, Datin Zehra sudah menutup panggilan.

Sekelip mata panggilan terputus. Telefon yang sudah gelap skrinnya itu dia pandang. Berkerut alis Haura melihat perilaku ibu mertuanya.

Ada sesuatu yang berlakukah?

Dengan perasaan yang tertanya-tanya Haura naik ke tingkat atas untuk bersiap.

Jubah dan tudung selamat disarungkan di badannya.

Dia memerhati badannya dari pantulan cermin besar itu. Tangannya naik mengelus perutnya yang masih lagi tidak menampakkan bentuk.

Ya, Haura mengandung

Tapi Farel masih lagi tidak tahu tentang berita gembira ini. Niat Haura, apabila Farel balik dari oustation nanti, baru dia mahu beritahu. Nak buat kejutan.

"Baby sabar ya. Nanti Abi balik, Umi akan perkenalkan baby pada Abi."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now