Prolog 🥀🖤

7.6K 136 2
                                    

WANITA itu merenung lama bandar kota Itali dihadapannya. Langit yang gelap tetapi bandar dihadapannya dipenuhi dengan lampu-lampu. Lama wanita itu membatu disitu menikmati angin malam.

Fikirannya sudah melencong jauh ke bumi Malaysia. Hanya satu jejaka sahaja yang berada di fikirannya sekarang ini. Emir luthfi. Sang suami yang amat dia cintai. Perasaan cinta itu malah semakin mekar walau pun mereka sudah tidak lagi bersama.

Satu tangannya menarik rantai di lehernya, dia tundukkan sedikit kepala memandang rantai itu. Rantai pemberian suaminya sewaktu pernikahan mereka. Rantai yang sangat bermakna baginya.

Teringat akan jejaka itu, air matanya terus tumpah. Rindu pada suaminya itu tak terucap. Dia yang mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki itu, dia juga yang menanggung rindu yang berat ini. Setiap hari tertanya apakah suaminya itu buat? Sudah makan ke suaminya? Adakah suaminya sihat? Setiap hari soalan itu bermain di benak fikirannya.

Tapi menyesal sahaja tidak guna. Perkara pun sudah berlalu. Di mana ada satu malam mereka bertengkar hebat. Pertengkaran yang saja dibuat-buat oleh wanita itu hanya untuk memberi alasan meninggalkan suaminya. Tapi pada asalnya? Ada satu rahsia yang menyebabkan dia perlu meninggalkan Emir luthfi.

Dan kalau boleh diputar semula masa. Dia tidak patut mengambil keputusan terburu-buru menerima lamaran Emir. Keputusan itu telah membuat ayahnya marah besar.

Tidak serik betul dia ya? Sedangkan sewaktu bersama cinta pertama dia pun ayahnya bangkang habis-habisan, tidak merestu hubungan mereka kerana agama yang tidak sama, apatah lagi Emir. Pastilah ayahnya tidak restu hubungan halal nya dengan Emir.

Dialah Nadine Harley Anderson @ Nur Aisyah.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now