Bab 59 🥀🖤

1K 66 9
                                    

"DADDY!"

Nadine bangkit dari baring secara mengejut dan membuatkan yang lain sedikit tersentak dan memandang Nadine secara serentak.

"Ya Allah! Nadine!" Puan Natrah sigap memeluk tubuh Nadine. Dia mengucup lama tepi kepala anak perempuannya. Seharian mereka bertiga tunggu untuk Nadine sedar, alhamdulillah akhirnya wanita itu buka juga kelopak matanya.

"M-mummy... D-daddy?" Nadine tidak mampu habiskan kata-katanya dan dia hanya teresak-esak di dalam pelukan Puan Natrah.

Adam memandang sayu kakaknya yang berada di dalam pelukan mummy nya. Dia masih lagi dilamun rasa sedih dan hiba. Kematian ayah kandungnya sangat menyayat hatinya. Dia baru saja berharap dapat merasa kasih sayang ayah kandungnya namun harapan itu musnah sejurus nadi ayah kandungnya berhenti berdenyut.

"Shhh... Honey. Kita ikhlaskan pemergian daddy okay? Biarlah dia tenang. Jangan seksa dia dengan meraung meratapi pemergian dia," pujuk Puan Natrah dan mengusap belakang tubuh Nadine tanpa henti.

"Nadine sayang daddy...," bisik hati Nadine. Betul kata mummy. Dia ada terbaca dalam media sosial yang orang Islam tidak boleh meraung meratapi pemergian arwah. Biarlah dia pergi dengan tenang.

"Honey..." Puan Natrah melepaskan pelukan secara tiba-tiba dan dia tersenyum pada Nadine. Tangannya memegang lembut kedua-dua bahu Nadine. Mata Nadine polos memandang Puan Natrah.

"Congrats... You're going to be a mother," ucap Puan Natrah dan tersenyum manis. Riak wajah Nadine sedikit berubah mendengar kata-kata mummy nya. D-dia mengandung?

"You're pregnant, honey. Anak mummy akan jadi seorang ibu," ujar Puan Natrah sekali lagi mahu meyakinkan Nadine. Mata Nadine terkelip-kelip sebelum dia menunduk memandang perut kempisnya dan dia angkat kepala semula memandang Puan Natrah.

"I'm... I'm pregnant?"

"Yes! There is Emir's child inside your belly. It's already sixteen weeks and doctor said that your baby is fine! Alhamdullilah!" Puan Natrah senyum lebar. Dia tahu sekarang bukan masa untuk dia bersorak gembira kerana mereka baru saja kehilangan Nickhel, tapi dia hanya mahu menutup sedih Nadine dengan beritahu berita gembira ini.

"A-abang... Nadine mengandung!" ujar Nadine sambil menyentuh perutnya. Bibirnya lambat-lambat mengukir senyuman manis. Ya Allah! Selama aku duduk di sini aku sudah mengandung? Patutlah... Aku kerap sakit kepala dan muntah-muntah. Tapi akhir-akhir ini sudah hilang.

"E-Emir mesti happy kan kalau dia tahu Nadine pregnant?"

"Of course!" Puan Natrah membalas senyuman Nadine. Encik Nazrie turut tersenyum kecuali Adam. Lelaki itu hanya kekal menunduk masih memikirkan daddy nya yang sudah tiada. Dia bukannya tidak gembira yang dia bakal ada anak saudara cuma perasaan sedih lebih menguasai dirinya.

"M-mesti Emir tak bencikan Nadine kalau dia tahu anak dalam kandungan ini!" ujar Nadine lagi dan tersenyum manis. Akibat asyik dengan berita gembira itu air matanya tiba-tiba menitis.

"D-daddy pun... Mesti akan happy kalau dia tahu dia bakal ada cucu. Tapi daddy... Tak sempat." Nadine senyum pahit memandang redup Puan Natrah.

"Insya Allah! Apabila sampai waktunya, kita semua akan jumpa daddy. Kita doa yang baik-baik saja ya?" Sela Encik Nazrie dan tersenyum pada Nadine. Nadine membalas senyuman itu walaupun payah.

Marahkah Nadine pada Encik Nazrie? Jawapannya tidak. Dia terima segala takdir yang telah Allah SWT tetapkan untuknya sekeluarga. Dia tidak boleh nak marah kepada Encik Nazrie kerana kalau bukan disebabkan Encik Nazrie, dia tidak rasa dia akan jumpa mummy yang sekarang ini.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now