Bab 12 🥀🖤

1.4K 51 0
                                    

MEREKA berdua masuk ke dalam mall yang riuh kerana dipenuhi orang. Nadine sekali sekala menjeling Emir yang hanya diam. Emir kelihatan tidak biasa dengan suasana di mall.

"Emir, are you okay?" soal Nadine lembut. Dia renung dalam mata Emir.

Emir yang menerima soalan itu terus menoleh ke arah Nadine yang berada di sebelahnya. Emir senyum tipis.

"I'm okay."

"You mesti tak biasa masuk mall kan? You seem awkward!" Teka Nadine. Emir sengih sambil mengusap belakang lehernya. Alah! Obvious sangat ke?

"Yeah... Emir tak biasa masuk mall. There's so many people here," ujar Emir selamba. Nadine mengangguk kepala kecil. Biasalah orang introvert.

"Nadine nak beli apa? Baju? Beg? Kasut?" soal Emir. Dia memandang Nadine yang sedang memandang kedai-kedai di dalam mall itu. Nadine muncungkan bibir. Memikir.

"Ermm... I rasa macam nak beli baju baru! Mostly my clothes are not suitable for my religion now. You know... I'm ex an model. I ada jumpa satu video dekat Instagram, ustazah itu kata kita sebagai perempuan perlu menjaga aurat dari pandangan ajnabi. Sama seperti maruah. Maruah perempuan ini Rasulullah dah angkat setinggi-tingginya. Jadi I sebagai perempuan tak akanlah nak jatuhkan maruah sendiri pula kan? Kita kena hargai perjuangan Rasulullah yang sudah mengangkat tinggi martabat wanita. How pure his heart is!"

"Jadi kesimpulannya?" soal Emir lembut. Saja ingin menguji isterinya yang baru mendalami Islam. Dia nampak kesungguhan Nadine ingin mempelajari Islam. Sejuk hati dia setiap kali melihat Nadine membaca buku-buku agama, menonton video yang berkaitan Islam.

"I kena jaga aurat I! Tutup yang mana perlu tutup," ujar Nadine yakin. Dia senyum kecil apabila Emir setia merenungnya dari dia mula bercerita.

"Dan untuk pengetahuan tambahan... Semua ini..." Rambut Nadine di sentuh dan Emir pandang Nadine dari atas sehingga ke bawah sebelum dia memandang Nadine semula.

"Hanya untuk suami. Yang halal. Bukan setakat tubuh badan saja tau! Rambut, kaki, wajah, tangan... Semua untuk pandangan suami. Orang lain tak boleh tengok," ujar Emir lembut. Dia cuba ingatkan Nadine kembali tentang rambut. Teringin dia mahu lihat Nadine bertudung lagi.

"Okay... Yang itu... I have to admit that I'm not ready."

"Malaikat Izrail nak cabut nyawa orang pun dia tak tanya dah ready atau tak." Emir tiada niat ingin menyindir. Sekadar cakap. Tak mengapakan?

"I'm sorry..."

"No need to sorry to me. Nadine ambillah masa berapa banyak yang Nadine nak. Hidayah itu akan datang." Sedang sibuk berbicara mata Emir menangkap sesuatu di tingkat atas. Matanya tajam merenung seseorang lelaki yang agak pelik.

"Emir jom masuk kedai ni!" Suara Nadine menyentakkan Emir. Emir senyum dan angguk kecil. Mereka berdua masuk ke dalam Azania collection iaitu salah satu kedai baju.

Nadine terus berhentikan langkah apabila memandang satu baju yang berada di hadapan kedai. Baju yang menarik minatnya. Baju itu dibelek-belek. Emir mematung disebelah Nadine. Matanya kembali mencari sosok lelaki yang pelik tadi.

Sekejap sahaja Emir dapat menangkap sosok itu. Kelihatan lelaki itu sedang mengekori seorang wanita agak berusia namun kelihatan masih muda. Lama Emir merenung lelaki itu. Sampailah wanita itu berhentikan langkah. Lelaki itu mendekati wanita itu dan tangannya menyeluk dalam beg tangan wanita itu tanpa disedari wanita itu.

Wanita itu masih tidak sedar beg dompetnya sudah hilang. Dia masih tenang membelek-belek hasil belanjanya. Emir melihat lelaki itu sudah beredar menjauhi wanita itu. Emir terus memandang Nadine yang masih mencari baju yang dia berkenan.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now