Bab 32 🥀🖤

1.2K 72 3
                                    

KELOPAK matanya terbuka perlahan-lahan apabila sayup-sayup kedengaran satu suara sedang membaca Al-Quran.

Tidak tahu berapa lama dia terlelap. Bila dia selubung saja dalam selimut sebab protes tadi dia terasa ngantuk. Itu yang tertidur itu. Dia tak pasti pukul berapa sekarang.

Emir perlahan-lahan buka selimut yang menutup kepalanya. Dia paling ke belakang mengikut punca suara merdu itu. Dia tersentak melihat satu sosok memakai telekung putih sedang membelakanginya.

Hati Emir tenang mendengar suara itu. Mungkin kerana surah yang dibacanya. Surah Ar-Rahman.

Emir angkat badan secara perlahan-lahan dan duduk berlunjur. Dia bersandar di kepala katil sambil matanya itu tidak lepas merenung sang isteri. Bibirnya tidak berhenti tersenyum melihat sosok sang isteri.

Banyak betul kejutan yang dia dapat selepas sedar ini. Alhamdulillah, ya Allah. Kau telah bawa isteri aku pulang ke pangkuanMu. Aku tumpang bahagia melihat dia sudah temu jalan yang benar.

Beberapa belas minit berlalu, Nadine akhirnya selesai membaca Al-Quran. Dia menadah tangan sebentar mahu berdoa. Suaranya hanya perlahan dan tidak dapat didengari Emir.

Emir setia menunggu sehinggalah isterinya itu selesai berdoa dan bangkit dari sejadah. Sejadah dilipat dan dia balik tubuh ke belakang.

Nadine tersentak melihat Emir sedang merenungnya dari katil. Sejadah dilipat habis dan dia buka telekungnya.

"Dah lama ke Emir bangun? Sorry, tak perasan. Emir nak makan apa-apa?" soal Nadine sambil mendekati Emir. Emir geleng kepala kecil, dia ukir senyum tipis.

"How's today? You feel better?" soal Nadine lagi. Saja mahu berbual walau pun sebenarnya suasana agak canggung. Sudah lama mereka tak berbual begini. Hubungan mereka terlalu retak sampai Emir sangkakan mereka tidak dapat berakhir dengan baik. Tapi syukur mereka masih berpeluang. Emir tak akan lepaskan saat-saat ini begitu saja. Dia nikahi Nadine untuk membina sesuatu hubungan yang lebih indah. Dan inilah masanya.

"Yes. Terima kasih sudi jaga Emir sepanjang Emir tidak sedarkan diri. I appreciate those things. Mama cakap... Nadine selalu bermalam di sini untuk jaga Emir. Kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Why did you do that?"

"Sebab Emir Luthfi adalah suami kepada seorang Nur Aisyah. Bukan ke memang itu tugas isteri?" Nadine capai tangan Emir dan menggenggamnya erat. Tubuh Emir serta merta mengeras sebelum dia tarik tangannya. Tidak kasar namun cukup untuk melepaskan genggaman Nadine.

"Nadine..." Emir tak terkata melihat Nadine.

Nadine tidak peduli dengan itu, dia menarik kembali tangan Emir. Tangan itu digenggam lebih erat. Membulat mata Emir.

"Kita suami isteri... Yang sah. Jadi kita boleh bersentuhan bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Kenapa perlu tolak kalau Nadine sememangnya halal untuk Emir Luthfi?" soal Nadine agak serius. Saja mahu menguji Emir.

"E-Emir..."

"I know! That was my stupid mistake! Seorang isteri tidak sepatutnya marah jikalau suami menginginkan haknya. Seorang isteri juga tiada hak untuk meninggikan suara terhadap suami melainkan suami sendiri yang berkasar. Seorang isteri seharusnya menghormati suami..." Nadine mengungkit kisah lama. Dia tahu apa yang Emir mahu katakan.

"Dan begitu juga dengan suami. Suami juga perlu menghormati isterinya. Itu yang Emir tak buat. Malam itu... Emir dah hancurkan kepercayaan Nadine. And it's kill me. Emir cuma tak nak ulang silap Emir yang dulu. Emir rela tak sentuh isteri Emir sendiri untuk mendapatkan semula kepercayaan Nadine." Emir menyambung. Suasana menjadi hening sebelum Emir menyambung lagi.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now