Bab 54 🥀🖤

983 65 4
                                    

NADINE membeku di dinding kaca itu sambil merenung sayu air titisan hujan yang tidak sabar-sabar mahu jatuh ke bumi. Bila matanya turun melihat taman di luar, dia jadi teringat saat dia menari bersama Emir di halaman rumah beberapa minggu yang lalu.

Tanpa sedar bibir Nadine mengukir senyum. Kepalanya disandarkan di dinding kaca itu dan matanya kembali naik melihat langit yang gelap gelita. "Abang..."

Saat dia berada di dunia sendiri, air matanya perlahan-lahan gugur membasahi pipi. Mata layu Nadine menjelaskan segalanya. Dia sunyi berada di sini. Dia rindukan Emir sangat-sangat. Adakah Emir rasa perkara yang sama dengannya? Sakit menanggung rindu.

"Signora."

Nadine hanya diam dan menghiraukan panggilan itu. Dia masih merenung sayu langitnya yang sedang menurunkan hujan. Wajah Emir yang sedang tersenyum tiba-tiba muncul.

"Joshua..." Panggil Nadine tiba-tiba setelah suasana di antara mereka itu hening.

"Yes Signora?"

"Awak rasa apa yang suami saya sedang buat di Malaysia?" Nadine lontarkan soalan dalam bahasa Itali. Wajah Joshua terus berubah dan dia jongketkan sebelah bahunya.

"Mungkin sedang berasmara dana dengan wanita lain? Lelaki Signora... Mereka pantang dapat peluang. Bila isteri sudah tiada mesti dia akan cari lain untuk puaskan nafsu dia,"

"Man? That mean you're like that too? Are you trying to tell me that you guys are same? Joshua... I remind you again for not having a negative though of my husband. You just don't know him, so don't you ever said like that to him!"

"Why are you always back up him?"

"Because he's my husband!"

"He's the worst husband I ever know! Such a useless husband! Dia tidak pernah pedulikan awak! Dua minggu awak pergi dari hidup dia ada dia cuba untuk cari awak yang kononnya isteri dia ini? Tidak! Dia memilih untuk tidak cari awak dan diamkan diri! Dia tak layak jadi suami awak seperti yang Tuan Nickel katakan," ujar Joshua dengan mata yang sudah berubah tajam. Malah semakin tajam.

"Saya rasa dia tahu awak ada di Itali, tapi kenapa dia tak cari awak? Sebab dia tak ikhlas sayangkan awak! Dia hanya sayang awak sebab nafsu semata-mata! Bagi saya dia adalah seorang lelaki yang pengecut! Dia ambil awak dari Tuan Nickel tanpa beritahu Tuan Nickel! Sepanjang kau orang berdua menjadi suami isteri tiada sekali pun kau orang berdua jenguk Tuan Nickel sampaikan Tuan Nickel ingatkan suami awak dah racun fikiran awak supaya tidak jumpa dia!"

"Can't you see? Oh lupa! Awak cuma nampak kesalahan Tuan Nickel saja selama ini kan? Dia cuma paranoid, Nadine. Setelah bekas isteri dia, dia tidak mahu anak perempuan dia pula yang tinggalkan dia semata-mata sebab lelaki yang beragama Islam!" Tambah Joshua lagi membuatkan mulut Nadine bagai dikunci.

"Tentang suami awak. Kalau dia betul-betul mahu awak sebagai isteri dia. Dia akan datang Itali dan minta restu Tuan Nickel bukannya diam begitu saja!"

"Saya yang tidak izinkan dia datang ke sini! Saya tidak mahu daddy apa-apa kan suami saya."

"We're same Nadine. Kalau saya ada tanggapan buruk terhadap suami awak, awak pula ada tanggapan buruk terhadap ayah awak sendiri! Awak lebih teruk berbanding saya!" bentak Joshua. Dia jadi naik angin kerana Nadine tidak habis-habis mahu berfikir buruk tentang Tuan Nickel.

Nadine terdiam. Air matanya semakin lebat membasahi pipi. Dia mengundur beberapa tapak menjauhi Joshua.

"Joshua."

Joshua terkaku di tempatnya, saat mendengar suara garau itu mencelah. Lambat-lambat Joshua memusing tubuh ke belakang dan dia tergamam melihat Tuan Nickel berdiri tidak jauh dari mereka dengan wajah yang tegang.

"Signor Anderson." Joshua terus menunduk hormat dengan wajah yang pucat. Ah! Salah dia tidak dapat mengawal perasaan tadi! Dia tidak sengaja meninggikan suara kepada Nadine. Anak kepada majikannya.

"Nadine, go to sleep," arah Tuan Nickel dingin. Nadine menyeka air matanya dan berlalu pergi meninggalkan dua lelaki itu.

"You shouldn't raise your voice to my daughter." Wajah Tuan Nikchel kekal tegang dengan suara yang mendatar.

"I'm sorry, Signor."

"I want you to apologize to her tomorrow and comfort her. And please. Don't mention her husband in this house," ujar Tuan Nickel, tegas seperti selalu. Joshua hanya angguk kecil.
















NADINE merenung sayu di sisinya kosong, tidak dihuni sesiapa. Baju Emir yang dia sempat curi sebelum keluar itu dibawa rapat ke bibir dan dicium. Bau Emir yang masih melekat di baju itu dihidu lama. Memang hilang segala pening apabila bau baju itu. Baju Emir bagaikan terapi untuknya.

"Abang. Kenapa? Kenapa kebahagiaan tidak pernah berpihak kepada kita? Kenapa kita selalu menderita. Allah memang tak mahu kita bersama ke?" bisik Nadine perlahan dan matanya terus berair. Dia pandang saja katil di sisinya yang kosong. Dia hanya mampu membayangkan Emir berada di sebelahnya dan memujuknya.

"Nadine mahu abang. Nadine tak kuat untuk lalui semua ini sendiri. Nadine mahu penguat Nadine berada di sisi Nadine. Hingga akhir hayat Nadine."

Nadine pejam mata membiarkan air matanya menitis lebat. Baju Emir pun sudah dibasahi oleh air matanya. Nadine menangis teresak-esak sendiri di dalam itu. Sudahnya dia terlelap kerana terlalu penat menangis.








AIR mata jantannya menitis tanpa amaran. Emir merenung sayu katil di sisinya yang selalu dihuni oleh Nadine. Apabila Nadine tiada di sisi, dia jadi tiada semangat untuk hidup. Semuanya tidak jalan.

Puas juga dia ulang alik ke tandas kerana mual yang berpanjangan. Bila dipaksa pergi ke klinik oleh mama, doktor katakan dia tidak apa-apa. Tiada yang serius dan dia pening dan muntah-muntah selama ini hanya kerana tidak makan.

Macam mana dia nak makan, kalau pembangkit seleranya tiada di sini. Kalau dia makan pun semuanya akan keluar balik. Penat dia lalui semua itu selama dua minggu Nadine tiada di sini.

Emir rasa semua ini berlaku dengan begitu pantas. Perkahwinan mereka tidak sampai setahun lagi mereka sudah lalui ujian seberat ini. Bagaimana dengan hari akan datang? Adakah kebahagiaan akan berpihak pada mereka suatu hari nanti? Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Emir hanya mampu doa supaya Allah SWT lindungi perkahwinan mereka. Dia juga berharap Nadine tidak apa-apa di luar sana tanpanya. Kalaulah Nadine bahagia tanpa dia sekarang. Apa yang dia boleh buat?

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now