Bab 3 🥀🖤

2.3K 90 2
                                    

NADINE menikmati udara segar di kampung ini. Tidaklah teruk mana kawasan kampung Emir ini. Cantik sahaja. Tenang tempat ini berbanding bandar yang penuh dengan orang ramai. Nadine lebih suka kawasan kampung.

Sekali sekala Emir menjeling Nadine yang sedang menikmati udara kampung.

Sampai di rumah nenek dan atuk Emir. Nadine pandang Emir.

"Dah sampai?" Tanya Nadine bersahaja. Emir angguk kecil. Nadine telan air liur melihat rumah papan itu sebelum turut keluar bersama Emir.

Ohh! Nadine baru dapat rasa kepanasan di kampung berbeza dengan bandar. Nadine kibas-kibas tangannya.

"So hot!" Lirih Nadine. Tadi duduk dalam kereta sejuk saja kerana ada aircond bila keluar saja dari kereta, panasnya rasa seperti dibakar!

"Come!" Emir tarik tangan Nadine berlindung dibawah bumbung. Nadine tak berhenti dari mengibas dirinya.

"Assalamualaikum! Nek ma! Tok pa!" Nadine menarik tangannya dari genggaman Emir. Haish Emir ni! Suka betul memegang tangannya!

Emir buat tidak peduli dengan jelingan Nadine. Dia tarik semula tangan Nadine dan menggenggam erat tangan itu.

Tak lama kemudian, pintu kayu itu terbuka. Emir senyum lebar melihat wajah yang dia rindui muncul.

"Nek ma!"

"Waalaikummusalam! Ya Allah Emir! Marilah masuk!" Nek ma turut tersenyum lebar melihat cucu sulungnya.

Emir pandang wajah Nadine yang menahan kepanasan.

"Jom masuk! Beg-beg tu nanti Emir ambil." Nadine mengangguk malas. Redha saja dia apabila Emir menarik tangannya naik masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja dalam rumah mereka terus labuhkan punggung di sofa. Nadine memandang sekeliling rumah itu.

"Inilah isteri Emir ya? Cantik orangnya," puji Nek ma. Nadine senyum janggal.

"N-nek ma sihat?" Saja Nadine bertanya khabar tidak mahu dianggap sombong.

"Sihat alhamdullilah. Nur aisyah ya namanya?" Nadine angguk kecil sambil senyum.

"Ha masuklah ke dalam bilik, rehat-rehat mesti penatkan. Nanti Nek ma masak," ujar Nek ma lembut. Mereka berdua angguk kepala serentak.

"Jom sayang." Nadine berkerut dahi. Sejak bila pula Emir panggil dia sayang ni?

Emir memberi isyarat masuk ke dalam bilik sebelum menarik tangan Nadine masuk ke dalam bilik.

Nadine pandang sekeliling bilik itu.

"Make yourself comfortable. Kalau nak apa-apa cakap je dekat Emir," ujar Emir sebelum rebah ke katil. Uh! Sakit tubuhnya memandu kereta dari KL hingga ke sini.

"Kita tidur dekat sini?" tanya Nadine ingin kepastian. Emir jongketkan sebelah keningnya sebelum mengangguk kecil. Habistu nak tidur dekat mana lagi sayang kuu...

Malas mahu complain apa-apa Nadine labuhkan punggungnya di birai katil. Dia pandang Emir yang sudah menutup mata. Penat sangat mungkin.

Ting!

Nadine menyeluk beg tangannya mengambil telefon pintar miliknya. Nadine mengeluh kecil melihat mesej itu.

Ayahnya menyuruh dia untuk pulang ke Europe. Sudah banyak kali sebenarnya ayahnya suruh dia pulang tetapi dia degil, dia tidak mahu pulang ke Europe. Untuk apa dia perlu pulang ke sana sedangkan dia sudah sah bergelar isteri Emir.

"Uhh what should I do..."








KELOPAK mata Nadine perlahan-lahan terbuka. Matanya terus menangkap atap rumah sebelum dia toleh ke kanannya. Kosong.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now