Bab 2 🥀🖤

2.8K 78 2
                                    

NADINE pandang wajah Emir yang cemas. Kenapa ni?

"I want to go to hospital. Do you want to follow me?"

"Siapa sakit?"

"Qay." Mendengar sebaris nama itu tubuh Nadine mengeras. Dia bangkit dari katil. Jantungnya bagai direntap setelah mengetahui Qayish berada di hospital.

"Seriously? I... I nak ikut!" Mereka berdua bersiap-siap ingin ke hospital. Tuhan saja tahu betapa risaunya Nadine sekarang ini.

Dalam perjalanan ke hospital, Emir dapat lihat riak wajah Nadine yang bergitu risau. Tipulah kalau Emir kata dia tidak terasa hati. Isteri dia sendiri yang baru dia kahwini mencintai lelaki lain iaitu sahabatnya sendiri, mampu ke Emir nak tanggung perasaan ini. Boleh ke Nadine balas perasaannya? Perlu tunggu sampai bila? Setahun? Lima tahun? Atau sepuluh tahun? Entah sampai bila-bila pun Nadine tak akan ada perasaan cinta padanya.

"Nadine relax, his condition is stable. Don't worry." Emir bersuara setelah lama mendiam. Nadine menoleh dengan riak wajah yang sudah berubah.

"Relax? Hey Qay accident lah! You expect I nak kena gelak ke sekarang ni? He's your friend! Tak akan you tak risau pasal dia!" Marah Nadine. Dia jeling tajam Emir sebelum memandang jalan raya semula.

Emir mengeluh kecil. Semuanya dah jelas bukan? Nadine masih mencintai Qayish dan akan tetap mencintai Qayish. Dia ini hanya suami atas kertas sahaja. Kalaulah dia terima nasib yang sama seperti Qayish, Emir tak jamin Nadine akan beri reaksi yang sama seperti sekarang ini. Sebelum ini Nadine yang menganggap dia kawan biasa, tak lebih dari itu.



EMIR pandang wajah bengis Qayish. Lelaki itu baru saja sedar. Bangun-bangun sahaja dia terima berita bahawa Emir dan Nadine sudah pun berkahwin, tak ke mengamuk besar Qayish?

"Kau orang dah kahwin?" Soal Qayish setelah Emir memberitahunya bahawa dia telah menikahi Nadine. Mungkin ingin kepastian?

"Dah. Nadine dah convert."

"Why? Why so sudden?" Soalan Qayish dibiar tidak berjawab. Emir genggam erat tangan Nadine.

Nadine cuba untuk tenang apabila mata Qayish tajam menikamnya.

"What have you done to my friend, Nadine? Apa? Bila tak dapat kahwin dengan I, dengan Emir pun boleh?" Soal Qayish sinis. Nadine menahan rasa. Sakit. Sakit sangat. Qayish asyik pandang buruk terhadapnya.

"Jangan salahkan dia. Aku yang ajak dia kahwin. Aku... Sayang dia." Ujar Emir menyebelahi Nadine. Emir jeling isterinya yang setia menunduk dan pandang semula Qayish.

"Tct! Sayang? Kau sayang perempuan macam ni? Eh! Apa dah pupus ke perempuan dalam Malaysia ni sampai kau kahwin dengan dia?" Qayish jeling tajam Nadine.

Nadine diam tidak mahu pertahankan diri. Dia tahu Qayish masih kecewa dengannya setelah apa yang dia buat pada Qayish beberapa tahun yang lalu. Tapi semua itu dia terpaksa! Dia terpaksa tinggalkan Qayish kerana tidak mahu ayahnya apa-apakan Qayish.

"Qay... Aku cakap ni semua pada kau bukan untuk kau halang hubungan kami. Kita orang sudah berkahwin dah pun!"

"Emir... Aku tak nak kau lalui apa yang aku lalui," ujar Qayish perlahan. Emir pejam erat matanya sebelum di buka semula. Dia pandang Qayish dengan wajah yang mula mengendur.

"Jangan risau Qay. Aku akan jaga diri aku," ujar Emir lembut. Tahu Qayish risau tentang dirinya.

"Nadine did your father know this?" Qayish soal pada Nadine. Nadine angkat kepala apabila rasa dirinya disebut.

"Yes."

Ya. Dia telahpun beritahu ayahnya semalam. Sampai bila dia mahu merahsiakan perkara ini kan? Lambat laun berita ini pasti akan sampai kepada ayahnya.

"I bet he don't agree with all of this right? But why you still marry with Emir! You nak Emir jadi macam I!" bentak Qayish. Nadine mengundur selangkah.

"Qay dah... Bukan salah dia! Aku yang paksa dia kahwin dengan aku!" ujar Emir tak sanggup lagi melihat isterinya dibentak.

"Suka hati kau lah Emir. Kalau jadi apa-apa pada rumah tangga kau, kau hadaplah sendiri. Aku nak tengok.... Perempuan ini boleh ke bersama dengan kau sehingga akhir nafas kau," ujar Qayish penuh dingin buat Nadine telan air liur.

Betul juga apa yang Qayish cakap. Boleh ke dia bersama dengan Emir sehingga akhir nafas Emir? Bagaimana kalau Emir menjadi mangsa ayahnya yang seterusnya?

Nadine pandang Emir yang terdiam. Kelihatan lelaki itu pun ragu-ragu dengannya. Huh! Bukan Emir dan Qayish sahaja ragu-ragu dengannya, dia turut ragu-ragu dengan diri sendiri.






EMIR mengambil tangan Nadine dan diletakkan di atas pehanya. Tangan Nadine digenggam erat. Terus Nadine angkat kepala memandang Emir yang tersenyum. Dia boleh senyum lagi?

"Jangan kisahlah tentang Qay. Dia tu akhir-akhir ni memang sensitif sikit. Don't worry, I trust you." Ujar Emir lembut. Nadine hanya diam merenung wajah Emir. Mengapa lelaki ini terlalu percayakannya? Tidak takutkah Emir kalau satu hari nanti Nadine tinggalkannya.

"What Qay said is true. I can't promise I will stay with you until your last breath. I don't love you, Emir. Anytime I will left you alone. Do you still want to keep me as your wife?"  lirih Nadine. Emir senyum pahit cuba menelan setiap bait kata Nadine.

'I don't love you, Emir.'

Keep that on your mind Emir!

"Then I'll make you love me. I'll try to get your heart. I'll make you can't live without me. Your life won't be peace when you leave me. I'll keep running on your mind. I'll keep show up on your dream. That's my promise Nur aisyah," ujar Emir penuh kelembutan. Matanya redup memandang Nadine. Mata mereka lama merenung satu sama lain.

Dan kali ini, Nadine merasa lain. Tidak pernah lagi dia rasa seperti ini. Malah semasa dia bersama Qayish, dia tidak pernah rasa lagi perasaan ini. Perasaan apakah ini?

"Okay lah! Emir nak ke tandas sekejap lepas tu kita balik ya?" Nadine jatuhkan kepala. Matanya tidak lepas memandang Emir yang sudah berdiri.

Emir senyum tipis sebelum berlalu pergi. Hilang saja bayang Emir, Nadine memandang pintu bilik wad Qayish. Ingin saja dia masuk mahu menjaga Qayish tetapi isteri Qayish ada dalam itu. Dia juga sedar dia adalah isteri orang.

Semasa mula-mula dia masuk Islam, ada seorang ustazah mengatakan bahawa sebagai seorang wanita Muslim, dia perlu menjaga batas dengan lelaki supaya tak timbul fitnah, lagi-lagi dia sudah bergelar isteri.

Lama Nadine mengelamun di situ sebelum dia menguatkan dirinya bangun dari kerusi berjalan ke pintu bilik wad Qayish. Dia melihat Qayish dan isterinya iaitu Qaseh sedang bergelak tawa di dalam itu.

Nadine menahan air matanya melihat kemesraan itu. Qayish kelihatan sangat bahagia ketika ini.

Lama Nadine membatu disitu menjadi saksi kemesraan Qayish dan Qaseh. Sakit. Terlalu sakit untuk dia telan semua ini.

Tersentak Nadine apabila tangannya digenggam lembut oleh seseorang. Terus dia toleh ke sosok itu. Emir.

Emir senyum.

Senyuman Emir membuatkan hati Nadine jadi terubat.

"Jom," ajak Emir menarik lembut tangan Nadine pergi dari kawasan itu. Emir lihat segala-galanya dan memilih untuk diam. Dia tidak boleh paksa Nadine untuk buang nama Qayish di hati Nadine. Yang boleh dia buat sekarang ini hanya menunggu. Menunggu sehingga hati Nadine boleh menerimanya.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now