Bab 37 🥀🖤

1.3K 64 1
                                    

NADINE memunculkan diri di sebalik dinding. Dia memerhati Emir yang tidak berbaju itu sedang membasuh kereta BMW M5 milik suaminya itu sendiri. Nadine rasa tersaingi dengan kereta hitam itu. Selain dia, Emir juga mati-matian sayang pada kereta hitam longkang itu. Cisss!

Bibir Nadine memuncung sedikit melihat Emir mengelap kereta BMW M5 itu dengan kain basah yang bersabun. Di mata Nadine, Emir kelihatan sedang mengusap kereta itu penuh kasih sayang. Melampau ke dia kalau cemburu dengan kereta itu?

Tidak cukup dengan itu, Nadine juga tidak puas hati melihat Emir hanya bersantai tidak memakai baju di luar itu. Nasib baik rumah dia jauh dengan rumah-rumah lain! Tak adalah anak dara lalu lalang!

Nadine tegakkan tubuh dan berjalan keluar dari rumah sambil menyatukan tangannya di belakang tubuh. Nadine mengambil keputusan untuk mendekati Emir yang masih tidak menyedari kehadirannya dan masih sibuk membelai keretanya.

"Emir!"

Emir tersentak dan menoleh ke belakang. Aktivitinya terhenti buat seketika. Kain basah di campak masuk ke dalam baldi yang berisi air sabun. "Nadine! Kenapa keluar ini? Ada nak apa-apa ke?" soal Emir dan merapatkan jarak mereka. Nadine diam dan menjeling kereta Emir.

"Saja. Emm... Emir dah buka bandage tu?" soal Nadine menjeling perut Emir yang berketul-ketul itu. Argh! Tergugat iman dia!

Emir pandang perut sendiri dan mengusap sekejap bekas tembakannya. Dia mengangguk kecil dan tersenyum nipis. "Hmm. Lagi pun Emir dah okay. Rasanya minggu depan bolehlah masuk kerja balik."

"Okay... Err... Ada apa-apa yang Nadine boleh tolong?" soal Nadine menjeling kereta Emir.

Emir toleh ke arah keretanya sebentar dan memandang Nadine semula. Dia garu belakang kepalanya. "Rasanya tak ada kut. Dah nak siap dah ini." Emir senyum manis. Dia mengambil semula kain di dalam baldi itu dan menyambung aktivitinya yang tergendala tadi.

Nadine hanya memandang Emir tidak lepas. Badan Emir sangat menggugat imannya. Cis! Emir saja nak goda dia! Terus Nadine juling mata ke atas sebelum terpandang buih sabun di dalam baldi itu. Serta merta senyuman nakal terbentuk dibibirnya. Buih sabun itu kelihatan menarik di matanya sekarang!

Nadine menjeling Emir senyap-senyap yang masih fokus dengan kereta. Dia mencangkung di tepi baldi itu dan mengambil sedikit buih sabun di dalam baldi itu. Gerak gerinya masih tidak disedari Emir kerana jejaka itu benar-benar khusyuk dengan keretanya. Ceh!

Nadine berdiri dari cangkung dan berjalan terjingkit-jingkit mendekati Emir yang sedang membelakanginya.

"Abang!" Emir terkejut disergah begitu dan dia terus balik tubuh.

Nadine mengambil kesempatan itu mencalit buih sabun itu di hujung hidung Emir. Nadine terus gelak besar melihat wajah terkebil-kebil Emir.

Mata Emir turun memandang hujung hidungnya dengan wajah berkerut. Terus dia memandang Nadine kembali dengan wajah pasrah. Tiba-tiba dia teringat panggilan Nadine terhadapnya tadi. Abang.

Emir mendekati Nadine dengan senyuman joker nya. Senyuman itu membuatkan gelak Nadine terhenti. Selangkah Emir ambil untuk mendekatinya, selangkah jugalah Nadine ambil untuk menjauhi Emir.

"Sayang...."

"E-Emir..."

"Hmmm? Panggil Emir apa tadi? Emir nak dengar lagi." Kakinya tidak berhenti untuk melangkah mendekati Nadine. Hatinya sudah gelak besar melihat wajah terkedu Nadine.

"Err... E-Emir?"

"Not that one Humaira... You know what I mean." Emir terus membeku di situ. Berdiri tegak di sebelah baldi air sabun. Automatik Nadine turut memberhentikan langkahnya.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now