Bab 65 🥀🖤

1.1K 74 24
                                    

"GOOD morning, Nugget, Rey!" Wajah Nugget dan Rey digomol geram. Dia tergelak kecil bila Nugget dan Rey mengiau.

"Rindunyaa... Mummy dengan Nugget dan Rey!" Nugget dan Rey dipeluk kemas mahu melepaskan rindu. Sekejap saja dua ekor anak kucing itu membesar. Dulu kecil je! Sekarang sudah membesar sedikit. Bulu mereka pun kemain lembut!

Nadine turunkan Nugget dan Rey ke lantai. Bila asyik dia memandang Nugget dan Rey yang sedang main bersama, tiba-tiba ada lolipop muncul dihadapannya. Nadine toleh ke belakang dan tersenyum lebar. Baru saja dia mahu ambil lolipop itu tetapi cepat saja Emir jauhkan semula.

Emir labuhkan punggung di sebelah Nadine. "Hari ini je ya, lolipop. Lepas ini dah tak boleh!" ujar Emir sedikit tegas dan membuka balutan plastik di lolipop itu lalu diberikan pada Nadine.

"Baiklah Tuan Inspektor!" Nadine menyambut huluran itu dan menjilat lolipop berperisa strawberi itu. Emm! Sedap!

"Meow!" Emir menunduk melihat Nugget yang sudah bermanja di atas peha Emir. Wahh! Akur pula dua ekor ini ya? Selalunya bergaduh je! Jarang-jarang Nugget nak bermanja dengan Emir!

"Yess... Nugget tempura..." Emir usap kepala Nugget lembut.

"Emir nak?" Nadine suakan lolipop pada Emir. Bukan apa... Dia rasa dia ini macam halimunan pula bila Emir tak layan dia... Dia nak kan perhatian Emir! Sekarang baru dia rasa perasaan Emir sebelum ini!

Emir geleng kecil dan sambung mengusap kepala Nugget. Bibirnya mengucup lembut kepala Nugget dan dia tersenyum kecil bila Nugget mengiau manja. Nadine memuncungkan bibirnya. Ish! Main kiss kiss pulak! Dahlah Nugget tu betina!

"Rey... Jomlah kita main dekat luar nak? Kita biar jelah Nugget dengan daddy okay? Kita ini kan tak wujud dekat sini!" perli Nadine halus dan memasukkan lolipop ke dalam mulut. Rey didukung dan di bawa keluar dari bilik itu.

Bila Nadine dan Rey sudah pergi, Emir melepaskan gelak kecil. "Mummy jealous lah Nugget... Jom kita jealous kan mummy lagi!" Emir senyum jahat sebelum membawa Nugget keluar ke halaman rumah. Yakin yang Nadine membawa Rey bermain di situ.

Bila keluar ke halaman rumah, Emir lihat Nadine sedang mengusap-usap kepala Rey. Sekali sekala kepala Rey dan cium. Nadine cium lama pulak tu!

Emir dan Nugget perhati saja Nadine sedang bermanja dengan satu sama lain. Bila Nadine angkat kepala dan mata mereka bertembung, mereka saling membalas jelingan. Ciss! Semalam kemain main hujan sama-sama macam pasangan yang bahagia, hari ini main jeling-jeling pulak!

Emir menahan dari menyampah melihat Rey begitu manja dengan isterinya. Ciss! Dasar anak kucing jantan gatal! Dok menyondol bini aku pulak kau eh?!

Okay! Sekarang ini dia pula rasa panas! Jomlah kita masuk balik Nugget! Emir menjeling tajam Nadine apabila isterinya itu sengaja menjelir lidah kepadanya.





NADINE telan air liur melihat spaghetti dari Secret Recipe yang tertera di skrin telefonnya. Argh! Ini semua salah jari! Yang memandai tekan gambar pasta ini dah kenapa? Kan dah mengidam!

Nadine tunduk seketika dan mengusap perutnya. Wajahnya sayu. "Baby... Kalau kita minta daddy belikan, agak-agak daddy nak belikan untuk kita atau tak ya?"

Bibir Nadine memuncung sedikit. Dia pandang kembali telefonnya. Argh! Sedapnya!

"Hmm... Teringinnya mummy nak makan pasta ini sayang... Tapi sekarang dah malam. Mesti daddy tak bagi makan kan?" ujar Nadine sendiri. Perutnya diusap lagi.

Nadine mengeluh kecil. Beli esok jelah ek? Sekarang dah nak pukul sebelas. Mesti kedai Secret Recipe dah tutup. Kalau ada yang buka pun... Nak ke Emir belikan untuk dia? Nanti takut menyusahkan Emir pula!

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now