Bab 74 🥀🖤

1.3K 93 10
                                    

EMIR mencampak jauh telefonnya ke luar setelah siap merakamkan suara di dalam telefonnya. Dia pejam rapat matanya membiarkan air matanya menitis. Abang minta maaf Nadine...

Emir buka mata kembali dan perkara yang menyaji dihadapannya amat mengejutkan Emir. Mata Emir memandang sayu kanak-kanak lelaki itu. Emir renung saja wajah ceria kanak-kanak lelaki itu sebelum menoleh ke belakang kanak-kanak kecil itu. Emir terkaku.

"N-Nadine..."

"Daddy!" Emir tidak dapat menahan air matanya untuk mengalir lagi apabila mendengar kanak-kanak kecil itu memanggilnya daddy. Adakah itu anaknya?

Emir memandang sayu Nadine dan kanak-kanak kecil yang berada di luar keretanya. Bayangan Nadine merenung hangat ke arahnya.

"Daddy... Daddy kuatkan? Kami tahu daddy kuat! Daddy kan polish!" ujar kanak-kanak lelaki itu dan menayang senyuman lebar. Dia melutut di tepi kereta Emir dan langsung tidak terkesan dengan serpihan kaca milik kereta Emir yang sudah pecah di luar kereta.

Emir tersenyum perit apabila kanak-kanak lelaki itu menyentuh pula pipinya. "A-anak daddy..."

"Abang... Tolong kuat untuk kami berdua. Kami tunggu abang di rumah. Kami akan tetap berada di sisi abang walau di mana jua abang berada. Tolong bertahan sayang Nadine..."

Emir pejam rapat matanya membiarkan kanak-kanak kecil itu mengusap pipinya yang sudah penuh darah ini. Allahuakhbar! Kuatkanlah aku Ya Allah!

Emir menjerit sekuat hatinya dan mengeluarkan seluruh tenaga yang ada untuk lepaskan diri.

Buk!

Apabila kakinya sudah tidak tersekat lagi dan dia sudah berjaya melepaskan tali pinggang, dia jatuh ke jalan tar. Emir terbatuk kecil dan menahan perit. Dia menunduk memandang perutnya di belah kiri. Banyak darah yang keluar di situ akibat serpihan kaca yang sederhana besar menyucuk isi kulitnya.

Emir dengan susah payah keluarkan dirinya dari kereta dan terus berlari menjauhi keretanya yang bakal meletup. Tak lama setelah itu, kereta Emir meletup habis dijilat api dan Emir tercampak sedikit jauh akibat letupan itu.

"MY HUMAIRA..." panggil Emir lembut dengan air mata yang sudah bertakung memandang isterinya sayu. Setelah berbulan dia tidak bersemuka dengan isterinya, hari ini baru dia dapat mengumpul keberaniannya untuk bertentangan mata dengan Nadine.

"A-abang..."

"Ya sayang."

"I-Ini... B-betul-betul suami Nadine?" soal Nadine sayu. Tangannya di angkat menyentuh pipi Emir. Mahu memastikan Emir bukanlah bayangannya. Emir senyum dahulu sebelum membasahkan tekaknya.

"The wheels on the bus go round and round. Round and round. Round and round."

"The wheels on the bus go round and round. Round and round. Round and round, all through the town..."

"Rasa tak?" soal Emir setelah habiskan nyanyian dia dan dia menyentuh tangan Nadine yang berada di pipinya. Nadine diam dan hanya menitiskan air matanya. Hangat.

Bibir Emir berlabuh pula di pipi Nadine. Di dahi Nadine pula seterusnya. Setelah itu Emir jauhkan jarak wajah mereka dan merenung hangat isterinya yang sudah lama dia tinggalkan.

"M-Mana... Mana abang pergi selama ini? Nadine dengan baby tunggu... Lama," ujar Nadine bersama air mata. Emir turut menitiskan air matanya sebelum menarik isterinya masuk ke dalam pelukan.

"Abang minta maaf," bisik Emir lembut dan mengucup lama tepi kepala Nadine.

"Abang minta maaf sayang."

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now