Bab 25 🥀🖤

1.3K 58 1
                                    

NADINE merenung lama dirinya di pantulan cermin. Dia sudah cantik dikenakan solek di wajah. Terima kasih atas bantuan MUA yang mama import dari Thailand! Haihlah... MUA pun nak cari jauh-jauh!

Tangannya yang sudah memakai inai berwarna putih pula direnung. Dadanya berdebar hebat. Hati rasa ada yang tidak kena. Nadine sentuh dada sendiri.

Huwa! Dia takut! Mesti ramai akan tengok dia berjalan naik ke pelamin nanti kan? Alah Nadine! Macam tidak biasa pula! Kau kan top model dahulu!

"My... My...! Am I dreaming? I'm looking at angel right now!" Ada satu siulan nakal sebelum suara itu menyapa di telinga Nadine. Nadine memandang cermin, melihat pantulannya. Ada Emir di belakangnya sedang bersandar bahu di tepi almari sambil merenungnya. Dengan lebam-lebam dekat muka tu...

Emir bersiul lagi, memanggil Nadine yang hanya diam. "Humaira! Am I handsome?" tanya Emir selamba dan berjalan mendekati Nadine yang masih diam tidak berkutik.

"Hm."

"Hmm tu untuk ya atau tak?"

"The wounds is hideous," ujar Nadine selamba sambil menilik wajahnya. Nadine jeling Emir melalui pantulan cermin, mahu melihat riaksi jejaka itu.

"Well... For me, the wounds made me sexier..." Emir senyum nakal dan memeluk tubuh. Dia perhati wajah sendiri di cermin. Nampak hodoh tu! Cakap seksi itu pun sebab nak sedapkan hati!

"Nadine, tak nak cakap apa-apa sebelum kita naik pelamin sama-sama. Any last word?" soal Emir secara tiba-tiba. Renungan nakalnya bertukar lembut dan hangat. Mereka saling membalas pandangan melalui cermin.

"Why? You dah nak mati ke?" soal Nadine selamba. Dia masih di tempatnya, memandang Emir melalui pantulan cermin dan pusing kepala mahu melihat Emir betul-betul.

Emir jongketkan sebelah bahu. "Perhaps. Rasa macam malaikat maut dah memanggil dah tu, so... Any last word?"

"It's not funny Emir!" ujar Nadine menahan geram. Dia ketap kuat giginya dan bangkit dari duduk, menghadap Emir. Emir masih dengan wajah selambanya.

"And I'm not said that I'm joking right now. So, my Humaira?" Emir masih menanti kata-kata dari Nadine. Even one word from you will heal me, Humaira!

"I'm not going to say anything."

"You just said anything Humaira." Emir berloyar buruk. Nadine mengecilkan matanya memandang Emir.

"Emir-"

"Okay kalau Nadine tak ada nak cakap apa-apa, Emir ada!" Emir sengih menayang giginya. Dia mendekatkan jarak mereka. Bibir didekatkan di telinga Nadine.

Nadine diam menanti kata-kata dari Emir. Deruan nafas Emir yang hangat di telinganya membuatkan Nadine tidak keruan.

"I love you Nur Aisyah, my Humaira... Till death do us a part," bisik Emir lembut. Dia menjauhkan wajahnya dari Nadine. Ukir senyum manis melihat wajah terkedu Nadine.

"Smile Humaira... We're going to be king and queen today!"

WAJAH Emir monyok. Dia tarik muka dan menjeling Nadine yang sedang menahan senyum.

"Smile Emir... We're going to be king and queen today!" Perli Nadine selamba. Hampir tergelak dia melihat wajah Emir.

Emir menjulingkan matanya ke atas. Dia tidak puas hati! Nadine paksa dia pakai make up! Habis satu lori foundation tepek dekat muka dia untuk hilangkan lebam-lebam dan luka-luka.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now