Bab 24 🥀🖤

1.1K 56 9
                                    

EMIR masuk ke dalam biliknya susah payah. Kaki yang ditembak itu membuatkan dia agak sukar untuk berjalan. Emir pula berdegil tidak mahu keluarkan peluru itu. Dia mahu pulang ke rumah melihat keadaan Nadine.

Emir menghela nafas lega melihat isterinya sedang tidur di atas katil. Dia berjalan ke katil sambil mengheret kaki kirinya yang tertembak. Sakit oi!

Sampai sekarang Emir masih tertanya siapa yang menembaknya. Dragon sah-sah sedang tidak memegang pistol waktu itu. Dua orang sado itu? Dia orang tengah mimpi apa Emir pun tak tahu!

Ada orang lain dalam bilik itu? Tapi dalam bilik itu jelas hanya ada Emir, Dragon dan dua orang yang lelaki yang sudah pengsan. Tembakan dari luar? Tapi siapa? Konco Dragon? Argh! Serabut betul!

Emir berhenti di tepi katil, merenung wajah yang sedang tertidur itu. Dahinya sedikit berkerut melihat wajah Nadine seperti tidak tenang. Dah tidur ke belum ini? Mata Emir jatuh pada frame di tangan Nadine. Gambar dia.

Bibir Emir ukir senyum tipis. Marah-marah pun peluk gambar orang juga!

Emir merasa lega melihat Nadine di depan matanya. Mungkin Dragon saja mahu gertaknya. Dalam rasa lega itu terselit juga rasa risau, Emir betul-betul risau dengan Nadine sekarang. Tak mustahil kalau Dragon sudah kenal Nadine. Dia takut Dragon akan apa-apa kan Nadine!

Tangan Emir gatal ingin mengusap kepala Nadine tetapi dia masih pegang pada janji untuk tidak menyentuh Nadine. She's fragile. Sudahnya dia renung saja wajah itu ingin menghilang rindu. Seharian dia tiada di rumah kerana pagi-pagi tadi sudah dapat berita tentang lokasi Dragon. Malam ini baru dia dapat tatap wajah sang isteri.

Allah! Macam mana untuk hari esok? Tubuh dia tengah sakit-sakit ini tambahan lagi dengan tembakan di kakinya. Emir mengeluh kecil. Berat betul ujian ini!

"Emir... Emir..." Emir tersentak. Dia memandang Nadine risau. Tubuh dibongkokkan sedikit ingin melihat Nadine. Ruangan ini gelap, jadi agak susah untuk melihat. Emir tidak mahu membuka lampu takut mengganggu tidur Nadine. Tambahan pula keadaannya ini... Dia takut Nadine melihat keadaannya sekarang. Dia dah tak hensem!

"Humaira? Hey, Humaira." Panggil Emir lembut ingin menyedarkan Nadine yang tampaknya sedang meracau.

"Emir!"

"Humaira sayang... Hey wake up!" Kejut Emir lembut. Dia dengan penuh terseksa menjatuhkan sebelah lutut di atas lantai. Dia ingin menyentuh Nadine tapi dia betul-betul takut. Dia takut Nadine akan salah faham bila sedar nanti.

"E-Emir? Emir is that you?" Setelah dengan penuh kesabaran, Emir mengejut Nadine akhirnya wanita itu berhenti dari meracau dan terjaga. Mata Nadine separuh terbuka.

"Yes Humaira... This is me, your Emir," ujar Emir dan senyum manis. Walaupun dia tahu Nadine tak akan dapat lihat senyumannya dalam keadaan begini, dia tetap tersenyum.

"Oh god! Are you okay?" Nadine terus bangun dan memeluk leher Emir. Tubuh Emir mengeras sebelum dia menolak tubuh Nadine menjauhinya. Nadine tersentak bila Emir menolaknya.

Dalam gelap itu, Nadine lihat Emir agak terkejut dengan tindakannya. Nadine sendiri terkejut, tidak percaya yang dia memeluk Emir tak sampai beberapa saat pun tadi.

"S-sorry," ujar Nadine perlahan. Dia menunduk malu. Nasib baik gelap! Tak adalah kantoi pipi dia tengah merah padam sekarang!

"E-Emir nak bersihkan badan dulu," ujar Emir gugup. Dia bangun dari melutut dan melangkah ke bilik air. Emir berjalan seperti biasa, tidak mahu Nadine syak apa-apa. Terpaksalah dia menahan sakit di kakinya sampai ke bilik air.

Nadine pandang lantai bilik. Dia seperti melihat sesuatu di lantai itu. Perasaan ingin tahu menebal, membuatkan Nadine bangun dari katil dan membuka lampu bilik. Membulat mata Nadine melihat melihat titisan darah yang agak banyak di lantai. Nadine tekup mulut sendiri sebelum berlari ke bilik air dan membuka pintu secara kasar.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now