Bab 44 🥀🖤

1K 60 2
                                    

NADINE tidak beri sebarang reaksi bila wajah Emir langsung tidak kelihatan di dalam rumah ini. Dalam pemikiran Nadine menganggap bahawa Emir masih belum pulang kerja. Mungkin ada kepentingan yang membuatkan Emir perlu pulang lambat. Jadi Nadine tidak mahu ambil pusing semua itu. Alah! Dia dah biasa! Emir memang selalu pulang lewat malam pun akhir-akhir ini.

Barang-barang yang dia beli tadi dia letakkan di atas katil dan tudungnya dilepaskan. Selepas kepalanya bebas tidak memakai apa-apa pun, bibirnya mengukir senyuman tipis.

"You nampak lebih manis bila pakai tudung,"

Suara Qayish terngiang-ngiang di akal fikirannya. Qayish puji dia!

Senyumannya hilang bila pintu bilik terkuak dari luar. Wajah Nadine berubah kosong dan dia terus memboloskan diri masuk ke dalam bilik.

Emir mengeluh kecil. Dia tahu Nadine ingin mengelak darinya. Emir berjalan ke katil dan melabuhkan punggung di tempat Nadine tadi. Beg kertas-beg kertas dan plastik-plastik yang ada di atas katil itu direnung. Nampaknya... Nadine dan Qayish bukan sekadar makan bersama hari ini.

Jam sudahpun menunjukkan pukul lapan setengah. Lihat dari penampilan Nadine tadi, kelihatan isterinya itu baru saja pulang ke rumah. Macam-macam yang melintas di fikiran Emir sekarang. Kenapa Nadine pulang begitu lewat? Masa mereka keluar pun tidaklah selewat ini mereka pulang.

Dan soalan yang paling Emir mahukan jawapan sekarang ialah... Mengapa mereka keluar berdua? Tak akan Qayish tidak faham status Nadine sekarang ialah isterinya. Keluar sehingga lewat begini boleh datangkan fitnah.

Emir mahu utarakan banyak lagi soalan pada Nadine tapi dia takut Nadine penat. Dia tidak mahu Nadine stress jadi dia fikir lebih baik dia soalkan hal ini kepada Nadine pada hari esok.

Hampir setengah jam dia di situ menunggu Nadine keluar dari bilik air. Setiap saat dia akan memandang pintu bilik air itu mahu melihat sama ada Nadine sudah keluar atau belum namun keadaan masih sama. Pintu itu masih belum dibuka membuatkan Emir sedikit risau.

Empat puluh minit berlalu. Emir sudah tidak dapat menahan sabar lagi dan dia terus bangkit dari katil. Dan dalam pada masa yang sama pintu bilik air itu terbuka membuatkan kaki Emir terpaku di situ. Buat seketika mata mereka berlanggar dan cepat-cepat Nadine larikan matanya.

Baru saja Emir buka mulut ingin menegur isterinya tetapi wanita itu bergegas masuk ke dalam walk in closet. Emir mengeluh kecil. Nadine betul-betul nak mengelak darinya. Semuanya sangat jelas.

"Allahu akhbar..." Emir terduduk di birai katil semula. Tangan naik meraup wajahnya kasar. Apa lagi yang dia boleh buat sekarang ini? Mahu pujuk, tidak dilayan mahu berbincang pula, ada saja alasan Nadine untuk mengelak. Kenapa Nadine berubah begitu drastik sekali? Tak akanlah sebab malam itu saja Nadine boleh dingin kembali dengannya.

Tolonglah dia benar-benar buntu sekarang ini!

"Humaira..."

Emir merenung lama lantai dan fikirannya sudahpun terawang-awang ke tempat lain. Banyak hal yang perlu dia fikir sekarang, Nadine, Sabrina dan... Dragon. Dragon sudah menghilang bak ditelan bumi setelah operasi terakhirnya tempoh hari. Emir yakin, Dragon akan muncul kembali. Dan waktu itu, Emir tak akan biarkan Dragon menghilang lagi.

Tentang Nadine pula, Emir juga harus korek tentang isterinya itu. Dia mahu tahu sebab sebenar Nadine sentiasa mengelak darinya. Emir sudah terfikir tentang Qayish jadinya. Allah! Dia dah bersangka buruk ke kalau buat fakta sendiri yang Qayish dan Nadine ada hubungan di belakangnya?

Tak mungkin kan? Cinta Qayish sentiasa pada arwah isterinya iaitu Qaseh Arnuha. Mustahil cinta Qayish akan mudah berpaling. Cuma... Nadine. Sampai sekarang dia tidak tahu siapa yang berada di hati Nadine. Adakah nama dia yang terpahat di hati Nadine? Ataupun... Qayish Ilyaz?

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now