Bab 17 🥀🖤

1.2K 58 1
                                    

MAMA memerhati anak dan menantunya yang hanya diam memakan sarapan yang dimasaknya dan dibantu oleh Nadine. Emir dan Nadine kelihatan canggung. Tidak bercakap, tidak bermesra.

"Emir kerja hari ini?" soal mama saja mahu memecahkan keheningan. Emir angkat kepala apabila namanya keluar dari mulut mama.

"Kerja mama."

"Ha! Pasal majlis resepsi kau orang berdua, mama dah bincang dengan wedding planner pasal pelamin kau orang. And nanti kau orang jangan lupa ya fitting baju. Emir... Cuba-cubalah ambil masa, jangan asyik fikirkan kerja saja. Ingat isteri Emir ni. Dia pun perlukan perhatian juga." Mama selitkan sedikit teguran. Emir hanya angguk.

"Baik mama."

Nadine sekadar diam. Tidak mahu masuk campur. Majlis resepsi? Tak lama lagi. Pasti Emir menjemput Qayish. Takut pula nak bersemuka dengan jejaka itu.

"Nadine okay?"

"Okay. Kenapa mama?"

"Nothing. Jangan lupa ya fitting baju tu." Mama senyum tipis dan tolak kerusi ke belakang. Dia berlalu pergi meninggalkan sepasang suami isteri itu bagai mahu memberi ruang kepada mereka berdua.

"I'm done." Tidak mahu berdua-duaan lama dengan Emir. Nadine tolak kerusi ke belakang. Baru sahaja dia mahu pergi tetapi tangan Emir pantas menyambar pergelangan tangan Nadine.

"Nadine..."

"Emir... Please leave me alone for a moment," ujar Nadine perlahan mahu meleraikan tangan Emir tetapi Emir menggenggam erat pergelangan tangan Nadine.

"Tunggu Emir balik nanti?" Emir pandang Nadine penuh berharap. Matanya jelas berharap pada Nadine. Nadine jadi kalah dengan renungan mata itu.

"Yes. I will."

BERKERUT dahi Nadine apabila mama tiba-tiba memberinya satu gelas air. Mama senyum.

"Minumlah," ujar mama lembut. Seperti biasa. Nadine langsung tidak curiga dengan tindakan mama sekarang. Dia ambil gelas yang berada di tangan mama lembut.

Bibirnya dirapatkan dihujung gelas dan meneguk air oren itu tenang. Haih... Habislah perut kau Nadine minum air oren malam-malam ni. Nak tolak takut mama terasa. Lagipun dia memang tengah haus ni.

Mama senyum tipis melihat Nadine meneguk habis air oren yang dibancuhnya. Tangan Nadine diusap.

"Kenapa mama tak tidur lagi?" soal Nadine. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh. Dia ingatkan mama sudah tidur rupanya tidak. Dia saja duduk di ruang tamu ini mahu menunggu Emir pulang.

"Mama tak dapat tidur,"

"Iyalah... Sebab papa tak ada kan..." Nadine mengusik. Papa outstation seminggu ini, dia akan balik lusa. Selama itulah mama dan Nadine banyak luangkan masa bersama. Dua-dua laki sibuk ngan kerja. Workaholic.

"Ish! Nadine ini! Pandai mengusik ya? By the way... Your malay is better."

"Thanks to your son." Terima kasih kepada Emir kerana kadang-kadang menjadi cikgu bahasa melayu Nadine. Jadi kuranglah pelat itu.

Mama hanya gelak dan memandang Nadine lembut. "Nadine dan Emir baik-baik saja kan?"

Seketika tubuh Nadine mengeras mendengar soalan itu. Dia sengih janggal. "We are fine, mama. Nothings to worry about."

"Are you sure, my dear?"

"Y-yes mama."

"Baguslah kalau macam tu. Mama nak masuk tidur dulu lah. Nadine jangan tidur lambat ya..." Mama tepuk lembut peha Nadine.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now