Bab 26 🥀🖤

1.1K 63 4
                                    

NADINE diam menunggu di luar bilik kecemasan. Emir masih belum keluar lagi dari bilik kecemasan. Air matanya sudah berjurai mengenangkan nasib si suami. Siapa yang berniat nak bunuh Emir?

"Emir... I'm sorry for everything. Please... Be safe, abang," gumam Nadine. Dia masih setia berada di situ sementara yang lain sedang menunaikan solat. Qayish dan Qaylisha dia tidak tahulah sudah pulang atau belum. Tetapi keluarga Encik Nazrie masih berada di sini. Nadine tersentuh apabila keluarga kecil itu mengambil berat tentang Emir.

"Kak Aisyah?"

Nadine angkat kepala mendengar suara itu. Lihat saja gerangan itu terus dia menyeka air matanya.

"Kak Aisyah dah solat? Pergilah solat dulu. Biar Adam yang tunggu Abang Emir," ujar Adam lembut. Nadine geleng kecil. Dia mahu tunggu Emir! Dia takut kalau Emir sudah sedar dan tiada di sini, Emir bakal menyangka dia tidak menunggu Emir.

"Kak Aisyah nak tunggu Abang Emir. Abang Emir perlukan Kak Aisyah."

"Kak Aisyah tahu kan hidup mati itu urusan Allah SWT. Semua yang berlaku di atas muka bumi ini atas takdir yang telah ditentukan olehNya. Dan kita sebagai manusia harus bergantung padaNya. Jadi ada baiknya Kak Aisyah solat dulu, tenangkan hati," nasihat Adam dan dalam pada masa yang sama Encik Nazrie dan Puan Natrah sedang mendekati mereka.

Puan Natrah menahan sebak di dada melihat dua orang di kerusi besi. Dia jadi sebak melihat Adam menasihati Nadine. Puan Natrah terasa bangga mempunyai anak lelaki seperti Adam. Terima kasih pada suaminya yang hebat mendidik Adam sejak kecil.

"Berdoalah pada Allah SWT supaya Abang Emir cepat sembuh. Abang Emir bukan setakat perlukan Kak Aisyah saja. Dia juga perlukan doa. Doa dari kita semua untuk dia terus kuat. Kak Aisyah sayang Abang Emir kan?" Adam senyum tipis bila Nadine memandangnya.

Nadine diam. Tidak menggeleng dam tidak juga mengangguk. Apa yang Adam cakap itu ada betulnya. Semua yang berlaku ini atas takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dia perlu doa. Doa adalah satu-satunya untuk mengubah takdir. Takdir adalah kehendak Allah sementara doa adalah kehendak kita sendiri.

"Aisyah sayang... Suami Aisyah yang sedang bertarung nyawa itu sedang menunggu doa Aisyah untuknya. Aisyah ambillah kesempatan ini untuk berdoa padaNya dan didekatkan diri lagi denganNya. Allah SWT sentiasa dengar doa hambaNya," ujar Puan Natrah setelah melabuhkan punggung di sebelah Nadine. Nadine dihimpit dua beranak itu.

Encik Nazrie hanya diam melihat tiga orang itu dan berada jauh sedikit memberi mereka ruang. Dia ukir senyum tipis melihat anak dan isterinya sedang menasihati Nadine.

Puan Natrah dan Nadine berpelukan dan disaksikan oleh Adam dan Encik Nazrie.

"Thank you, aunty. Saya... Akan pegang kata-kata aunty. Terima kasih juga kerana sudi... Jadi mummy saya walaupun sekejap. Saya dah anggap aunty macam mummy saya. B-boleh tak kalau... S-saya... Panggil Aunty Natrah, mummy? Aunty Natrah buat saya lepaskan rindu pada mummy." Nadine bersuara perlahan setelah melepaskan pelukan. Dia menunduk setelah menghamburkan kata-kata itu.

Puan Natrah hanya diam bersama air mata yang sudah berjurai. Dia lambat-lambat tersenyum dan mengangguk kecil.

"M-mummy saya dah tak ada... Dia dah tinggalkan saya waktu umur saya lima tahun lagi. Bertahun-tahun saya cara dia tapi... Hampa. Saya tak jumpa dia sampaikan saya dah putus asa. Mungkin mummy saya dah bahagia dengan keluarga baru dia." Nadine gelak kecil setelah itu mengundang air mata Puan Natrah.

Puan Natrah cuba untuk ukir senyum dan mengusap pipi Nadine. "Sekarang aunty adalah mummy Aisyah. Aisyah sudah ada aunty."

"Terima kasih. Saya pergi solat dulu ya?" Nadine senyum dan pamit pergi meninggalkan keluarga kecil itu.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now