Bab 62 🥀🖤

1.1K 85 10
                                    

"JADI malam ini, Nur Aisyah binti Abdullah, aku..."

"No! No! Abang please... Jangan ceraikan Nadine!" Nadine terus jatuhkan kaki ke atas lantai. Dia jatuh melutut di hadapan Emir dan tangannya utuh menggenggam erat tangan Emir.

"K-kalau abang dah tak cintakan Nadine dan tak peduli pasal Nadine tak apa! Tapi fikirlah pasal anak kita abang... Nadine tak nak baby kita tak dapat kasih sayang dari seorang daddy," rayu Nadine dan meletakkan tangan Emir yang digenggam olehnya pada dahinya. Tangisan Nadine memenuhi ruang wad itu. Syukur dalam itu hanya dihuni oleh mereka. Tidaklah menarik perhatian orang lain. Hanya mereka berdua sahaja.

Emir membuang pandangannya ke sisi dan menahan air matanya dari menitis kerana melihat isterinya sudah melutut dihadapannya.

"Tolong abang.... At least sampai baby kita lahir... Jangan lepaskan Nadine lagi. Bagi Nadine peluang!" tambah Nadine lagi.

Emir terus menepis tangan yang dipegang oleh Nadine dan dia pegang kedua-dua belah bahu Nadine. Dengan mudahnya tubuh itu diangkat supaya berdiri menghadapnya. Mereka saling membalas renungan.

Emir cuba menahan perasaannya melihat wajah Nadine sudah basah dengan air mata. Itupun wanita itu masih mengalirkan air mata dengan sangat lebat.

"Jangan sesekali melutut depan saya macam itu! Awak buat saya ini nampak macam kejam, tahu tak?!"

Nadine pejam mata dan menunduk apabila suara Emir sedikit meninggi. Cengkaman Emir dibahunya pun sedikit kuat membuatkan dia meringis sakit.

Tersedar akan itu Emir melepaskan cengkamannya dan memeluk tubuh Nadine. Belakang kepala Nadine diusap. "Maaf. S-saya tak sengaja."

Bisikan halus Emir membuat hati Nadine tersentuh. Dia sangkakan perasaan Emir sudah mati terhadapnya tapi lihat akan suaminya masih berlembut dengannya, dia yakin dia masih memiliki hati Emir! Dia tidak bakal pulangkan hati Emir yang sudah jejaka itu sendiri berikan padanya!

Emir leraikan pelukan selepas sedar dengan tindakannya. Mata mereka terus bertembung. Renungan tajam Emir sudah hilang berganti dengan renungan polos.

"S-saya nak peluk baby, bukannya nak peluk awak." Setelah itu Emir rasa telinganya sudah merah. Emir mengeluh kecil.

"Kalau itu yang awak nak. Baik. Kita tunggu sampai baby ini lahir," ujar Emir dan dia terus berlari keluar dari wad itu meninggalkan Nadine sendiri.

Tangisan Nadine pun berganti dengan senyuman kecil. Dia mengusap perutnya. "Terima kasih dah beri Nadine peluang. Nadine tak akan sia-siakan peluang yang abang dah beri."






















NADINE diam saja apabila dibebel oleh Adam. Takpe la.. bukan selalu Adam nak banyak mulut ini. Biarlah budak kecil ini membebel sampai ke malam!

Adam. Adiknya itu terus tempah tiket kapal terbang pulang ke Malaysia semata-mata kerana risaukannya. Adam kata Puan Natrah pun ingin pulang sama tetapi tidak boleh kerana dia perlu teman Encik Nazrie. Jadi Adam hanya pulang sendirian.

"Oh... Kak Aisyah ingatkan ada emas dalam mulut Adam selama ini." Itu saja yang dibalas Nadine saat Adam berhenti dari membebel. Adam menyepetkan matanya memandang kakaknya yang masih selamba.

"Kak Aisyah..."

"Ya ya... Kak Aisyah dengar apa yang Adam cakap tadi. Kak Aisyah akan lebih hati-hati lepas ini okay? Lepas ni... Kalau Kak Aisyah nak pergi mana-mana Kak Aisyah pergi dengan Adam ya?" Nadine senyum manis dan mencubit manja pipi Adam.

"Ishhh! Susah betul dapat adik lawyer ni!" ujar Nadine geram sambil mencubit pipi Adam. Adam tarik muka.

Nadine gelak kecil dan mengusap pipi Adam yang baru dicubit. "Sorry sorry... Kak Aisyah cubit kuat sangat ya?"

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now