Bab 49 🥀🖤

967 59 7
                                    

NADINE senyum melihat anak-anak Yayasan Qaseh sedang bergurau senda dihadapannya. Gelak tawa mereka bagai melodi yang indah yang pernah dia dengar setakat ini. Anak-anak Yayasan Qaseh semuanya baik-baik belaka. Mereka tiada pula buli satu sama lain. Kalau mengusik itu banyaklah. Seperti Ariff dan Nini.

Tawa kecil meniti di bibir Nadine sejurus melihat Nini diusik oleh Ariff. Ariff menggesel bunga raya yang dia dapat entah dari mana ke wajah Nini. Nini seperti biasalah, dia tidak akan pernah duduk diam kalau ada yang mengusiknya.

Setelah itu, Nadine senyum saja melihat Nini mengejar Ariff dengan sebatang penyapu.

"Ayippp!!" Ariff hanya gelak dan berlari pantas menjauhi Nini. Dia sedaya upaya mengelak apabila Nini ingin memukulnya dengan batang penyapu itu.

"Ariff! Nini! Dah kenapa main penyapu itu? Bawa sini! Mak nak sapu dekat tingkat atas!" Suara Mak Cik Hasmah memetir. Nini terus memulangkannya dan meminta maaf pada Mak Cik Hasmah sebelum dia berlari semula mengejar Ariff.

"Sini Ayip!" Suara comel Nini memetir dan budak-budak lain sudah memerhati mereka berdua yang berkejaran.

"You okay?" soal satu suara garau membuatkan Nadine menoleh ke sisinya. Nadine hanya pandang Qayish yang melabuhkan punggung di sebelahnya dengan tenang.

"Kenapa you tiba-tiba tanya soalan itu?" soal Nadine pula dengan kerutan di wajah. Dan saat itu mata mereka bersambung.

"Kan rumah you dan Emir kena ceroboh dua hari lepas. So I just tanya as a friend untuk tahu keadaan you. Did she hurt you?" terang Qayish dan berakhir dengan soalan. Setelah itu dia berpaling memandang anak-anak Yayasan Qaseh yang sedang main di halaman rumah.

"I'm okay. Cuma perut I sakit sikit. Maybe sebab dia tersepak I kuat sangat hari itu." Dan sejurus itu Nadine menyentuh perutnya. Memang dia tahan saja sakit ini dari hari lepas sehinggalah sekarang. Dia malas mahu ke klinik kerana dia jangka sakit itu bakal hilang tak lama lagi.

"Sakit sampai sekarang?"

"Yes..."

"You tak beritahu Emir? Kalau tak dia boleh bawa you ke klinik," ujar Qayish tenang. Wajah Nadine direnung, mahukan jawapan. Bila dia lihat reaksi Nadine, dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Nadine mesti sedang ada masalah dengan Emir. Biasalah kan adat perkahwinan.

"I tak nak menyusahkan dia." Mudah balasan Nadine. Dia memandang kosong anak-anak Yayasan Qaseh yang sedang bermain sorok-sorok. Nini sedang mengira sambil menutup mata sedangkan kanak-kanak lain sibuk berlari mahu mencari tempat sembunyi.

"Tiada istilah menyusahkan di dalam perkahwinan Nadine. Kalau tidak, apa sebabnya you kahwin? Bila kita dah buat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, kita sepatutnya sudah bersedia untuk harungi apa jua keadaan bersama pasangan kita. Susah senang kita bersama. Tak adanya bila senang kita bersama tapi bila susah kita buat haluan masing-masing." Panjang lebar Qayish bercakap dan semuanya masuk ke dalam otak Nadine.

Susah senang kita bersama.

'Humaira sudi kan... Pimpin tangan bersama lelaki dihadapan Humaira sampai ke syurga?'

'Wanita dihadapan Emir ini... Sudi untuk pimpin tangan bersama Emir... Hingga ke syurga.'

'Nadine berjanji atas nama Allah, Nadine akan hargai Emir. Kasih sayang dan cinta Emir, Nadine akan terima dengan hati yang terbuka.'

Nadine gigit bibir dan cuba untuk menahan air matanya dari gugur. Di kepalanya terngiang-ngiang suara Emir. Momen dia dan Emir berjanji untuk bersama... Hingga ke syurga.

"Tapi I tak nak orang yang I sayang, susah. I nak harungi segala pahit dan perit sendiri sebab I tak nak orang yang I sayang tersiksa. Cukup... Hanya I saja yang tersiksa. Bukan dia," ujar Nadine tiba-tiba dan sebaik sahaja dia menghabiskan kata, air matanya gugur.

Qayish hanya merenung Nadine dari tepi. Tanpa sedar dia mengepal kuat tangannya. Dia sangat setuju dengan kata-kata Nadine. Biarlah dia yang hidup tersiksa, bukan Qaseh Arnuha. Bukan isterinya. Sebab itu dia reda dengan pemergian isterinya. Sekurang-kurangnya Qaseh tinggalkan tanda cinta mereka bersamanya. Arshan adalah tanda cinta dia dan Qaseh.

"Qay... Did you think Emir will sad if I leave him?"

"Of course. Suami mana yang tidak sedih bila isteri tinggalkan dia. Even I..." Qayish pejam mata. Dia tak sanggup habiskan ayatnya kerana terlalu perit. Biarlah ayat itu terkubur sendiri di dalam hatinya.

"I'm sorry. I tak bermaksud untuk..."

"Nah it's okay. I'm good. But Nadine please... Don't you ever leave him. He loves you deadly. You sepatutnya bersyukur. Hanya you yang berjaya tambat hati Emir." Qayish senyum apabila teringat akan perkara yang lalu.

Qayish masih ingat saat Emir begitu teruja bercerita tentang Nadine waktu pertama kali perjumpaan mereka di universiti lima tahun yang lalu. Tapi apakan daya? Qayish pun jatuh cinta pada Nadine saat itu dan Emir dengan mudahnya beralah demi Qayish. Malah Emir menyokong Qayish untuk memikat Nadine.

Namun Allah berkata lain, bukan? Jodoh Nadine dan Emir memang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Nadine tidak akan pernah lagi jadi milik Qayish dan akan seutuhnya menjadi milik Emir.

"Yes I patut bersyukur dan I beruntung dapat Emir cuma... Emir yang tak beruntung dapat I sebagai isteri dia. Betul kata you dulu, I... Memang tak akan dapat bersama dengan Emir sehingga akhir hayat Emir. I dah berpatah balik daripada terus maju bersama Emir." Nadine senyum perit.

"You... Ada apa-apa nak share dengan I?" soalan Qayish membuatkan Nadine angkat kepala dan saat itu jugalah mata mereka bertembung lama. Nadine hanya diam bersama linangan air mata. Dia tidak tahan untuk memendam semua ini sendiri. Emir tersiksa. Dia pun tersiksa.






















Siap sedia hati & perasaan untuk next chap okeyy huhu 😚😚

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now