Bab 6 🥀🖤

1.9K 73 1
                                    

NADINE sarung selipar berwarna merah jambu ke kaki putihnya. Mata bersiar mencari sosok Emir. Di mana lelaki itu?

Nadine mengeluh. Hish! Kata nak bawa dia pergi jalan-jalan lagi. Ini hilang pula!

"Eh Aisyah?"

Nadine tersentak, dia toleh ke belakang mahu melihat empunya suara. Nek ma. Dia pandang piring  yang berada di tangan Nek ma. Nampak macam garam. Entah! Dia tidak tahu sehabuk pun tentang barang masak.

"Nek ma... Nampak Emir?"

"Emir ada dekat pondok tu ha... Tengah makan belimbing buluh. Eh jomlah makan sama!" Nek ma senyum sebelum melangkah ke pondok. Nadine pandang pondok kayu yang tidak berada jauh dari rumah.

Oh tidak perasan pula Emir berada di situ. Ceh! Patutlah senyap semacam... Sepupu dia ada sekali! Ikutkan hati tidak mahu menyertai sekali tetapi dia takut makin rancak pula sepupu Emir itu.

Nadine dengan langkah malas berjalan ke pondok. Mengikuti Nek ma. Sampai di pondok. Ada satu benda berwarna hijau menarik minat Nadine. Apa pula tu?

"Ni ha Aisyah, belimbing buluh! Cubalah rasa." Nek ma letak piring yang ada garam di tepi pinggan yang ada belimbing buluh.

Emir pandang Nadine yang masih berdiri. Ya Allah! Tidak perasan pula dia ada Nadine. Syok sangat berbual dengan Athirah.

"Eh! Nadine! Marilah rasa buah ni. Sedap!" Emir tepuk ruang di sebelahnya. Beri isyarat supaya Nadine duduk di situ. Nadine akur. Dia pandang belimbing buluh yang ada di dalam pinggan.

Emir ambil satu buah belimbing buluh dan di cicah dengan garam. Setelah itu belimbing buluh di suakan ke dalam mulut. Uish! Masam! Tapi sedap!

"Abang Emir ni memang suka makan belimbing buluh, Kak Aisyah! Athirah pun pelik macam mana dia boleh suka benda-benda yang masam ya amat ni! Sudahlah di cicah dengan garam pula tu!" Athirah bersuara sambil menjeling Emir yang menikmati belimbing buluh. Sudah tidak pandang sesiapa dah!

Nadine senyum paksa. Dia pandang Emir. Emir macam sudah tidak sedar dengan kewujudan dia ini! Syok sangat makan benda alah tu sampai lupa dia dekat sebelah!

"Be... Belim what?" soal Nadine polos. Entahlah. Dah berapa kali keluar dari mulut orang pun tak dapat nak tangkap nama buah tu.

"Be. Lim. Bing. Bu. Luh. Sayang..."

Oh. Ada suara lagi orang sebelah dia ni.

"Oh..."

"Rasalah kak!"

"Ha ah Aisyah... Rasalah. Boleh kamu tahu cita rasa Emir macam mana." Nek ma tolak pinggan yang berisi belimbing buluh pada Nadine. Nadine lambat-lambat ambil satu buah belimbing buluh. Dia pandang Emir. Emir angguk kepala bagai mahu memberi isyarat bahawa rasa belimbing buluh itu tidaklah teruk mana.

Nadine cicah belimbing buluh itu dengan garam dan disuakan ke dalam mulut. Baru sahaja satu gigitan, Nadine sudah menggeliat seperti cacing kepanasan. Masamnya!

"Oh my god! Why it's so sour!" Nadine terus campak belimbing buluh ke atas pinggan. Dia terus capai air yang entah milik siapa dan diminum sampai habis.

Kesemua orang di situ sudah bantai gelakkan Nadine. Reaksi Nadine sangat lucu. Kerutan wajah Nadine selepas menggigit belimbing buluh sangatlah comel.

"Hahahaha... Tengok tu Abang Emir! Kak Aisyah pun tak tahan dengan belimbing buluh ni!"

"Lain kali kalau tak tahan masam, jangan makan," bisik Emir. Rambut Nadine diselit ke belakang telinga. Kesian tengok Nadine yang tidak biasa dengan makanan masam.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now