Bab 66 🥀🖤

1K 70 10
                                    

EMIR senyum sambil menjeling pasta dari Secret Recipe yang telah dibelinya. Huih! Tiga kedai dia cari pasta yang Nadine mahukan akhirnya jumpa jugak! Nasib baiklah ada kalau tak, mahu kecewa isterinya itu.

Rasanya hampir satu jam dia keluar dan jam sudah pun menunjukkan pukul dua belas malam. Harap-harap Nadine tak tertidur lah sebab menunggu dia ini. Lagi pun akhir-akhir ini isteri dia itu kerap betul tidur lewat. Setiap malam kena layan cocomelon dulu lah baru boleh tidur!

Sedar tak sedar sudah seminggu selepas mereka berpisah selama dua bulan. Banyak juga yang berubah isterinya itu. Mungkin faktor kandungan. Dulu, Nadine kemain tidak suka makanan masam tapi sekarang? Dialah terpaling hantu yang gemar makan makanan masam!

Emir pula yang tidak gemar makan makanan masam sekarang ini kerana setiap kali dia mahu makan jeruk kegemarannya dia pasti akan muntah. Tak pasal-pasal dia pula kena alahan! Bau jeruk tak boleh! Bau bawang putih pun tak boleh! Nasib baiklah dia dah tak muntah setiap pagi. Nadine pun sama dengannya, sudah tidak muntah-muntah pada waktu pagi. Kalau masa berpisah itu... Hmmm tak payah cakaplah! Setiap pagi muntah sampai perut itu dah kosong, tak tahu nak muntahkan apa dah!

Ringgg!

Emir tersentak dari mengimbau memori yang lepas sejurus bunyi ringtone telefonnya kedengaran. Emir seluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefonnya. Dia baca dahulu nama yang tertera di skrin telefon. Hayder.

Emir menggesek ikon hijau sebelum menekup telinganya dengan telefon. "Assalamualaikum, Hayder. Kenapa call aku malam-malam ini?" soal Emir dengan nada serius. Tak lain tak bukan mesti sebab kerja. Hayder tak akan telefon dia atas sebab-sebab yang tak penting. Lagi-lagi pada waktu begini.

"Emir! Dragon dah terlepas!" Suara cemas Hayder di ceruk telefon membuatkan mata Emir membulat. Emir menggenggam erat stereng keretanya.

"Macam mana boleh terlepas? Bila benda tu berlaku?" soal Emir lebih serius berbanding tadi. Emir mengetap kuat rahangnya mendengar berita mengejut dari Hayder. Haish Si Bedebah itu!

"Dalam empat puluh minit yang lepas? Mula-mula dia mengadu sakit sebab keracunan makanan dan pihak kita pun percaya dan bawa dia ke hospital untuk dapatkan rawatan. Lepas je sampai hospital, dia buat kecoh Emir! Ada seorang polis maut dan dua cedera angkara dia! Itu belum lagi termasuk jururawat dengan doktor dengan hospital itu!"

"Sekarang ini kau orang dah dapat jejak dia?"

"Belum! Aku tak sure-"

Pin! Pin! Pin!!!

Bunyi hon yang kuat dari satu truk besar membuatkan Emir menoleh. Matanya sedikit sakit akibat cahaya truk yang begitu cerah dan mata Emir membulat melihat truk itu mendekatinya dengan kelajuan yang amat pantas!

Emir rasa semuanya berlaku dalam sekelip mata apabila truk itu merempuh kuat kereta BMW M5 milik Emir sehingga kereta hitam itu berpusing-pusing di jalan raya sebanyak lima kali.

Emir baru rasa dia kembali ke alam nyata saat keretanya berhenti dari bergolek. Bila dia buka saja mata, dunia seakan-akan sudah terbalik, Emir meringis sakit menahan perih apabila terasa serpihan cermin tercucuk dibahunya.

Wajah Emir penuh darah dan matanya agak susah untuk buka sepenuhnya. Aturan nafas Emir jadi tidak teratur dan Emir menjeling ke luar kereta. Emir cuba kuatkan diri untuk lepas dari tali pinggang namun tidak boleh. Dia sudah tersangkut di situ dan pandangannya menjadi terbalik.

Adakah truk itu sengaja merempuh keretanya? Soalan itu bermain di fikiran Emir sebelum dia terhidu bau minyak kereta. Titisan minyak keretanya juga sudah menyapa di telinganya. Emir tahu bila-bila masa saja keretanya akan meletup jadi dia sedaya upaya untuk keluar dari situ namun tidak boleh. Dia terlalu lemah untuk lepaskan diri.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now