Bab 56 🥀🖤

1K 63 12
                                    

SEDAR tidak sedar, dua bulan telahpun berlalu sejak tiadanya Nadine di sisinya. Hidup Emir berubah seratus peratus sejak Nadine tiada di sisinya. Emir menjadi seorang yang beku dan tidak murah senyum. Kalau bercakap itu seperti ada emas dalam mulut!

Emir memang payah untuk buka mulut selama dua bulan ini membuatkan orang sekeliling Emir risau. Mereka sedar perubahan Emir itu adalah faktor dari kehilangan Nadine. Wanita itu memang tidak muncul langsung di Malaysia.

Emir cuba untuk tidak ambil peduli lagi tentang Nadine kerana baginya Nadine sudah pergi dan tidak bakal kembali lagi. Dua bulan. Dua bulan dia menunggu isterinya untuk kembali ke pangkuannya tetapi Nadine... Tidak pernah muncul.

"Meow!"

Emir jeling tepinya. Nugget dan Rey sudah selamat panjat ke atas katil dengan kaki comel mereka dan naik ke atas dada bidangnya.

"Yes... Babies?"

Mereka terus baring ke atas Emir. Mahu bermanja dengan Emir. Dan mereka serentak memandang Emir dengan mata biru mereka. Emir turut membalas pandangan Nugget dan Rey.

Pandangan mereka seolah-olah mahu memujuk hati sayu Emir yang sudah ditinggalkan oleh Nadine. Bukan setakat Emir... Mereka pun sedih kerana sudah lama tidak melihat Nadine! Mereka rindu mahu bermanja dengan Nadine.









PRANGGG!

Serentak tingkap kaca itu terpecah dengan tendangan beberapa polis termasuklah Emir. Dengan bergayut dengan tali, mereka melompat masuk ke dalam bangunan itu dan melepaskan tali yang ada di tubuh mereka dan mulalah parti peluru di dalam bangunan itu.

Tempat ini ada tempat terakhir organisasi pemprosesan dadah Dragon. Selama dua bulan ini, mereka sudah berjaya menyerang empat kubu Dragon tanpa ada masalah. Semuanya berjalan dengan lancar dan banyak dadah milik Dragon telah dirampas cuma Dragon masih tidak munculkan diri.

Bang! Bang! Bang!

"Move! Move! Move!" Emir menembak semua musuh yang menghalang jalannya. Hayder, Aideel dan David pun setia berada di belakang Emir sementara ada yang mahu menyerang mereka.

Mereka berempat bergerak ke tingkat atas dan membiarkan anggota polis yang lain menyelesaikan tingkat bawah.

Mereka bergerak laju menaiki tangga, Aideel dan Hayder mengambil tugas menembak siapa saja yang mahu menyerang Emir kerana Emir berada di hadapan mereka. Sementara David menjaga bahagian belakang mereka takut ada musuh yang mengekori.

Sampai di tingkat atas, mereka menyorok dahulu di sebalik dinding dan Emir mencuri pandang kawasan di atas mahu lihat sebanyak mana musuh ada di tingkat ini.

"Move! Move! Move!"

Mereka berjalan ke lorong itu dan berpecah ke arah berlawanan. Emir dan Aideel menembak musuh di bahagian kiri sementara Hayder dan David menembak musuh yang berada di laluan kanan. Setelah habis semua ditembak mereka bersama-sama jalan ke arah kiri dan masuk ke dalam satu bilik.

Bilik itu kosong. Sama seperti bilik lain kerana semua konco-konco Dragon sudah keluar dari bilik dan mahu menyerang balas namun apakan daya? Pihak mereka lebih maju ke hadapan.

Emir sentiasa bersedia dengan pistolnya mencari sesuatu yang mencurigakan. Tiba-tiba telefon yang berada di atas meja berdering membuatkan Emir terus hala muncung pistol di situ. Mereka berempat memandang satu sama lain dan memandang telefon yang tidak berhenti menjerit itu.

Tangan Emir jatuhkan pistol ke sisi dan mengambil telefon itu, dia menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali itu. Hayder, Aideel dan David memandang Emir serius.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now