Bab 50 🥀🖤

1K 66 12
                                    

"BARU balik?" Emir terus ajukan soalan kepada Nadine saat wanita itu baru melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Emir pandang wajah Nadine yang sedikit pucat.

"Hm."

"Keluar dengan Qayish lagi?" soal Emir ingin tahu. Kebelakangan ini, Nadine kerap keluar bersama Qayish. Katanya mahu pergi ke Rumah Yayasan Qaseh, mahu melihat anak-anak di situ.

Nadine sekadar angguk sebagai jawapan. Tudungnya dilepaskan dan dia sangkut ke tempat penyidai. Dia melihat Emir melalui ekor mata. Kelihatan suaminya itu sedang menghampirinya.

Nadine sejujurnya disaluti perasaan takut. Dia tahu hari ini Emir cuti sebab itu dia sengaja balik lambat. Saja mahu mengapi-apikan Emir. Dia saja mahu nampak salah dimata Emir. Dia rasa... Sekarang adalah masa yang tepat. Untuk dia hentikan semuanya.

"Kenapa? Kenapa Nadine selalu keluar dengan dia sedangkan Nadine tahu status Nadine sekarang adalah isteri Emir. Dan Nadine langsung tak ada minta izin Emir untuk keluar dengan dia. Why?" soal Emir dengan nada yang lemah. Wajah Nadine direnung sayu.

Nadine membalik tubuh menghadap Emir dengan wajah kosong.

"Salah ke? Dia kawan saya dan dia kawan awak. Lagi pun awak memang dah tahu kan saya keluar dengan dia jadi apa masalahnya?" soal Nadine kembali dengan selambanya. Dia mahu berjalan melepasi Emir namun Emir terlebih dahulu menangkap lengannya.

"Emir tahu Nadine keluar dengan dia dari mulut orang lain! Bukan dari mulut isteri Emir sendiri! Nadine betul-betul tak mahu anggap kewujudan Emir kan? Kenapa? Nadine dah tangkap cinta dengan Qay balik ke? Sebab itu Nadine dingin dengan Emir selama ini kan?"

"Bila isteri Qay dah tak ada sekarang ini Nadine nak beralih arah pula? Nadine nak balik pada Qay semula kan? Betul tak! Answer me Nadine!" Tanpa sengaja lengan Nadine dicengkam kemas dan entah dari mana kekuatan Nadine dapat, dia menjauhkan lengannya dari tangan Emir dengan kasar.

"Yes!"

"Yes, I still love him damn much! After all this while I only want him and not you, Emir! My love for him never fades! It's still in my heart and never fade away. And I would like to tell you something, I, Nadine never ever love you! Saya terima awak selama ini hanya atas dasar kasihan dan semestinya bukan atas dasar perasaan cinta dan sayang!" bentak Nadine kasar. Dadanya turun naik dan Emir terkaku di tempatnya.

Emir tidak tahu dia salah dengar atau apa sekarang ini tapi suara Nadine jelas. Nadine... Tak pernah cintakan dia dan isterinya itu masih berharap pada Qayish.

"You're nothing to compare with Qayish, Emir. He's better than you. And yeah! Saya rasa awak patut tahu yang saya kahwin dengan awak selama ini hanya untuk saya beri alasan pada daddy saya untuk saya stay di Malaysia! Sebab utama saya stay di sini adalah Qayish! Saya mahukan Qayish, saya cintakan dia!" Tambah Nadine lagi dengan sengaja.

"Dan sekarang isteri dia dah tak ada, jadi mudahlah kerja saya kan? Saya tak perlu bersaing dengan Qaseh lagi demi dapatkan Qayish sebab Qaseh sudah tiada lagi di muka bumi ini. Finally I got him and I don't need you, anymore," ujar Nadine dingin. Bibir Emir bergetar dan dia cuba untuk bersuara setelah lama mendiam dan terima saja kata-kata kasar Nadine.

"T-tak akan Nadine langsung tiada perasaan cinta pada Emir? Habis itu selama ini..."

"Awak pekak? Saya cakap saya tak pernah cintakan awak! Selama ini saya hanya berpura-pura sahaja demi mendapatkan kepercayaan awak! Sekarang saya dah tak perlukan awak jadi saya rasa... Saya rasa kita dah boleh putuskan hubungan ini. Saya tak nak jadi isteri awak! Saya tak nak pegang gelaran isteri kepada Emir Luthfi! Lelaki yang saya tak pernah cinta bahkan tak pernah ada dalam hati saya!" Jari telunjuknya menolak dada Emir.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now