Bab 4 🥀🖤

2.1K 68 4
                                    

PAGI hari lagi Emir sudah mengajak Nadine untuk keluar rumah menikmati udara pagi. Mereka bersantai di pondok yang ada di tepi pokok kelapa.

Nadine menahan ngantuknya. Hurgh! Si Emir ni mengacau tidur dia betullah! Ada ke pagi-pagi ajak lepak dekat pondok ini?

"Hish Emir! Daripada I duduk sini lebih baik I masuk dalam tidur! You ni! Mengacau tidur I betullah!" ujar Nadine tidak puas hati. Dia jeling tajam Emir yang sedang menghayati pemandangan.

"Nadine... Tak elok tidur waktu macam ni. Daripada tidur baik kita buat benda yang berfaedah. Bermanja-manja dengan suami ke... Dapat pahala tau! Nadine tak nak?" Emir senyum nakal, mencuit hidung mancung Nadine.

Nadine gosok hidungnya. Tajam matanya menjeling Emir.

"Banyak lagi cara untuk dapat pahala," bidas Nadine. Emir senyum sahaja.

"Betul! Macam solat ke... Tapi kenapa tak bangun subuh tadi?" Emir soal lembut. Tiada niat mahu menyindir pun tetapi lebih kepada ingin tahu. Dia tidak mahu marah kerana tahu Nadine masih kekok dengan peraturan Islam.

Nadine terdiam, dia gigit bibir bawahnya.

"Errr I..."

"Nur aisyah, isteriku... Solat ini wajib tau. Tak boleh lengah-lengahkan dan beri alasan. Kalau dah masuk waktu tu solat sajalah. Solat subuh dua rakaat je sayang. Bukan berejam pun kena berteleku atas sejadah." Nasihat Emir lembut. Sebagai suami dia rasa itu tanggungjawabnya. Menasihati mana yang boleh nasihat.

"Sorry..."

"Nadine tahu tak? Orang yang baru masuk Islam ini, ibarat bayi yang baru lahir ke dunia. Tiada dosa. Tiada cela. Semuanya suci ibarat kain putih. Ini adalah kesempatan Nadine untuk dapatkan pahala. Perlahan-lahan ya? Jangan risau, Emir ada. Allah telah utuskan Emir untuk bimbing Nur aisyah ni dan Emir akan ambil tugas itu atas tanggungjawab Emir sebagai suami sah Nur aisyah." Sambung Emir penuh kelembutan. Emir faham. Nadine masih kekok dalam agama Islam. Dia sebagai suami perlu bimbing Nadine.

Nadine senyum apabila Emir mengusap kepalanya. Inilah yang membuatkan Nadine lemah tentang Emir luthfi. Emir selalu berlembut dengannya dari zaman belajar lagi.

"Abang Emir!"

Mereka berdua tersentak mendengar suara itu. Terus mereka pandang ke punca suara. Wajah Nadine sudah berkerut melihat gadis itu dari jauh manakala Emir sudah tersenyum lebar.

"Who is she?"

"Athirah!" Mata Nadine mengikut Emir yang sudah pergi ke arah gadis itu. Nadine menjulingkan matanya ke atas sebelum mengikut langkah Emir.

"Ya Allah! Lamanya tak jumpa adik abang ni!" Nadine yang baru tiba disebelah Emir terkejut melihat Emir dan gadis itu berpelukan. The heck!

Emir pantas lepaskan pelukan apabila perasan dengan kewujudan Nadine.

"Lupa nak kenalkan! Ni isteri abang." Emir memandang Nadine lembut. Nadine yang melihat gadis yang bernama Athirah itu tersenyum padanya dia turut membalas senyuman itu.

"Wahh! Cantik! Taste Abang Emir kemain eh! Orang putih!" seloroh Athirah. Emir senyum sahaja.

"Nadine, ni adik sepupu saya. Athirah," ujar Emir kepada Nadine. Nadine angguk sahaja sebelum masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka berdua di luar rumah.

"Err... Kenapa dia macam bad mood je abang. Athirah ada buat salah apa-apa ke?" tanya Athirah keliru. Kenapa isteri Abang Emir tiba-tiba masuk dalam rumah?

"Hmm jomlah masuk Athirah. Pandai-pandailah abang buat apa dekat kesayangan abang tu." Athirah senyum nakal.

"Wahhh... Kesayangan!"














Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now