Bab 57 🥀🖤

1K 74 9
                                    

JAM sudah menunjukkan pukul sembilan malam dan tekaknya terasa amat kering. Rasanya dari petang tadi dia tidak minum air sebab itulah malam ini haus semacam. Dia rasa mahu meminta Aunty Mary untuk bancuhkan susu untuknya. Rasanya Aunty Mary belum tidur lagi waktu ini.

Nadine melilitkan tudung shawl di kepalanya sebelum keluar dari biliknya. Saat dia berjalan melewati bilik daddy nya entah kenapa hati ini terdetik untuk melihat bilik daddy nya kerana pintu bilik itu terbuka sedikit.

Tanpa Nadine sedar, kepalanya sudah menoleh ke pintu mahu mengintai daddy nya. Agak-agak daddy sedang buat apa sekarang?

Nadine menyengetkan sedikit kepalanya mahu melihat sosok daddy nya dan pada masa itu juga dia terpandang lantai bilik daddy nya. Mata Nadine membulat melihat daddy nya terbaring lemah di atas lantai.

"Daddy!" Nadine terus merempuh masuk ke dalam bilik daddy nya dan mendekati daddy nya yang terbaring lemah di atas lantai. Tangan daddy nya itu sedang mencengkam kuat dada sendiri.

Nadine duduk di atas lantai dan mengangkat kepala Tuan Nikchel supaya kepala Tuan Nikchel berlabuh di pehanya. Air mata Nadine menitis laju melihat air muka Tuan Nikchel yang jelas menahan sakit.

"D-daddy... W-why you..."

"N-Nur Aisyah... That is your name right?" Tuan Nikchel menyoal payah.

"Y-yes, I am..." sahut Nadine dengan esakan kecil. Hatinya meronta-ronta melihat ayahnya tersenyum. Buat pertama kalinya setelah dua puluh tiga tahun, bibir itu tersenyum untuknya. Dia terharu.

"It's a pretty name. Like you. A-Aisyah... I'm sorry for what I've done for and your hus... husband. I didn't mean to separate you two. I... I just only want my love from my... my own daughter," ujar Tuan Nikchel lembut. Nadine hanya angguk mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh ayahnya.

"D-daddy let's go to the hospital okay? I know you will save. Just keep your energy okay, daddy? I- I will call..." Kata-kata Nadine terpotong oleh Tuan Nikchel. Tuan Nikchel menggeleng kecil dan tersenyum perit.

"I know it's time. After this you will free Aisyah. You... You can go back to y-your husband. S-say to him that I'm sorry... For keeping his wife for too long," Nadine menunduk menyorok wajahnya dari Tuan Nikchel. Esakannya semakin jadi-jadi bila Emir pula disebut.

"N-Nick?"

Nadine tidak ambil peduli dengan panggilan itu walaupun dia rasa dia amat mengenali suara itu. Sekarang ini dia hanya fokus kepada ayahnya yang sedang sakit itu.

"H-Hailey? Is that you?" Bila Nadine pandang Tuan Nikchel, mata Tuan Nikchel tersedia memandang belakang Nadine. Nadine tahu ada orang di belakangnya namun dia tidak pasti berapa orang.

"Nick? Adakah awak baik-baik saja? Mari kita pergi ke hospital! Suami saya boleh bantu," ujar satu suara itu dan melabuhkan punggung di sebelah Nadine. Nadine tidak berani mahu melihat sebelahnya kerana dia tahu... Wanita disebelahnya sekarang adalah ibu kandungnya. Hailey.

"T-Tidak mengapa... S-saya okay!" ujar Tuan Nickhel dengan susah payah. Mata Tuan Nickhel terpandang satu sosok lelaki yang berada di muka pintu biliknya. Wajah lelaki itu sangat terkedu. Mungkin lelaki itu terkejut dengannya. Tetapi bila diamati semula, wajah lelaki itu mirip...

"H-Hailey... Is that... Our Nathan?" soal Tuan Nickel dengan air mata yang sudah mengalir. Dia hidup selama ini tanpa mengetahui dia ada anak lelaki?

Wanita disebelah Nadine kelihatan terkedu dengan soalan cepumas Tuan Nickhel sebelum lambat-lambat dia menoleh ke arah gerangan yang dimaksudkan oleh Tuan Nickhel. Air matanya gugur sejurus matanya berlanggar dengan lelaki yang masih membeku di muka pintu. Wanita itu kembali memandang Tuan Nickhel dan mengangguk kecil.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now