Bab 61 🥀🖤

1K 78 28
                                    

"EMIR!"

Tubuh Nadine spontan terbangun dari baring. Dia tersentak bila ada tangan yang menyentuh bahunya dengan lembut. Nadine toleh ke sisinya dan dia terkedu melihat sosok itu.

"M-mama..."

Puan Latifah senyum mendengar menantunya memanggilnya. Air mata Nadine yang menitis itu diseka lembut. "Menantu mama."

"M-mama... N-Nadine minta maaf!" Nadine sigap memeluk tubuh Puan Latifah. Rindu akan mak mertua yang sudah dia anggap seperti ibu kandungnya.

"Shhh..." Puan Latifah menggosok lembut belakang tubuh Nadine mahu menenangkan menantunya. Wanita mengandung ini tak elok sangat kalau terbawa emosi selalu.

"Mama... Nadine minta maaf sudah tinggalkan Emir. Nadine isteri yang derhaka! Mama mesti benci Nadine kan? Atas apa yang Nadine buat pada anak lelaki mama..." ujar Nadine selepas mereka leraikan pelukan. Nadine memandang Puan Latifah dengan perasaan takut.

"Tak apalah Nadine, perkara sudah lepas. Kalau Emir boleh terima semua itu tak akan mama tak boleh kan? Mama tak pernah benci menantu mama. Mama tak sanggup nak benci orang yang anak mama sayang separuh mati. Mama bersyukur Nadine dah pulang ke sini. Mama harap sangat lepas Nadine balik ke sini, Nadine dapat ubah Emir."

"H-hah?" Nadine tidak dapat proses apa yang dikatakan oleh Puan Latifah. Ubah Emir? Mengapa?

"Emir... Dia dah berubah sejak Nadine tiada. Dia jadi pendiam, dingin, tak bercampur dengan orang. B-bila Nadine tak ada, Emir hanya buat hal sendiri, makan pun tak nak, bercakap dengan orang pun sepatah-sepatah saja. Mama harap sangat... Nadine boleh kembalikan Emir yang dulu. Ya sayang?" pinta Puan Latifah lembut dan mengusap belakang tapak tangan Nadine.

Nadine menunduk dan menitiskan air mata. Patutlah yang dia nampak pada Emir semalam hanyalah sepasang mata dingin. Wajahnya juga kosong. Emir sudah tidak tersenyum padanya.

"I-Ini mesti sebab Nadine kan? Semua salah Nadine. Nadine punca Emir berubah..."

"Sayang..."

"Mama... Nadine minta maaf sebab dah buat Emir berubah," ujar Nadine perlahan. Tangan Puan Latifah dikucup lembut.

Puan Latifah senyum perit dan mengusap kepala Nadine. "Tak apa. Mama terima. Mama yakin... Bila Nadine dah balik sini semula, Emir akan jadi macam dulu. Lagi-lagi bila dia dah tahu pasal kandungan ini." Tangan dibawa pula pada perut Nadine yang sudah berbentuk sedikit. Cuma saja baju hospital itu terlalu besar dan tidak melihat bentuk tubuh Nadine. Namun kalau sentuh pasti terasa perut itu sedikit membuncit.

Nadine senyum tipis. Ya... Baby akan tolong mummy untuk dapatkan hati daddy semula.














EMIR merenung kosong dinding hospital dihadapannya. Sejak Nadine dihantarkan ke hospital, dia memang tidak jenguk langsung isterinya. Sekarang sudah seharian isterinya ditahan wad dan dia pasti isterinya sudah sedar. Dia tidak kuat untuk masuk ke dalam jadi dia biarkan saja mamanya yang menjaga Nadine.

"Emir."

Emir tidak menoleh ke arah sumber suara itu dan hanya kekal diam di kerusi besi itu. Dia menunggu saja gerangan yang menegurnya itu duduk di sebelahnya.

"Emir... Kau okay?" soal Qayish prihatin. Wajah Emir dari tepi direnung tidak lepas. Dia sebagai sahabat juga terkesan dengan perubahan Emir dua bulan ini. Nadine sudah pun kembali, tetapi kenapa Emir masih kekal sama?

Emir hanya diam beberapa minit membiarkan soalan Qayish tergantung.

"Emir... Aku."

"Kahwinlah dengan dia." Emir memotong kata-kata Qayish. Suara Emir kedengaran dingin dan mendatar.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now