Bab 67 🥀🖤

1K 70 13
                                    

AIR MATA Nadine mengalir tanpa henti sejak semalam. Berita yang dia terima dari Hayder mengenai Emir, dia tidak dapat terima sampai sekarang! Macam mana... Kereta Emir boleh meletup? Macam mana kereta suaminya itu boleh terbalik di tengah jalan raya? Betulkah Emir kemalangan?

Nadine tidak boleh percaya tentang itu. Setahu dia, Emir adalah orang yang paling berhemah ketika memandu. Lagipun kata pihak polis tiada sebarang geseran tayar di jalan tar. Nadine sendiri juga sudah pergi ke tempat kejadian dan dia hanya lihat bangkai kereta Emir yang hanya tinggal rangka.

Mayat Emir pula tak dapat dijumpai kerana jangkaan pihak polis selepas sahaja kejadian letupan itu, hujan turun dengan begitu lebat dan mereka menyangka mayat ataupun abu Emir telah hanyut di bawa arus hujan. Walau bagaimana pun pihak polis tetap berusaha untuk mencari mayat Emir di kawasan yang terdekat.

"M-mustahil... Mustahil abang pergi tinggalkan Nadine macam tu je. Abang sengaja je kan? Abang sebenarnya masih merajuk dengan Nadine sebab itu abang pergi tinggalkan Nadine. Abang nak balas dendam pada Nadine kan?" soal Nadine perlahan. Frame gambar Emir sudah basah dengan air matanya.

"Abang nak balas dendam pada Nadine dengan buat perkara yang sama macam Nadine buat pada abang sebelum ini. Tapi abang lebih kejam... Abang tinggalkan Nadine dengan baby kita."

"Abang mungkir janji. Abang kata abang nak balik... Nadine tunggu abang. Baby kita tunggu abang," lirih Nadine dengan lemah. Dia dongak sedikit kepalanya membiarkan air matanya menitis tanpa henti.

"Ya Allah... Kenapa kau uji aku sebegini rupa? Apa dosa aku sampaikan Engkau uji aku seperti ini, ya Allah? Aku hanya mahu hidup bahagia bersama suami aku. Kami terlalu tersiksa selama ini Ya Allah... Kembalikanlah suami aku. Aku mahukan dia." Uniform polis Emir dipeluk erat. Membayangkan dia sedang memeluk suaminya.

"Aku mahukan dia. Hanya dia."

"Nadine!"

Nadine angkat kepala memandang pintu biliknya sejurus mendengar suara yang lantang dari tingkat bawah itu. Suara itu... Dia seperti kenal dengan suara itu.

"Nadine keluar! Aku nak jumpa kau!" Suara garau itu kembali memetir membuatkan dahi Nadine sedikit berkerut. Dia menyeka air matanya dan uniform polis milik Emir diletakkan di birai katil sebelum dia berjalan keluar dari bilik.

"Nadine! Mana kau hah?!" Nadine menahan sabar saja mendengar suara lantang itu dan dia berjalan lemah ke tingkat bawah. Sampai saja di tingkat bawah, dia menuju ke ruang tamu kerana melihat sosok Adam sedang menahan Qayish dari naik ke tingkat atas. Nadine jeling pula belakang Qayish. Ada sosok Qaylisha di belakang jejaka itu.

Bila Qayish sudah lihat keberadaan Nadine di ruang tamu itu, matanya tajam memandang Nadine yang wajahnya lesu. Argh! Dia tidak peduli dengan keadaan Nadine sekarang ini!

"Kenapa Qay?" soal Nadine lemah selepas berdiri di sebelah Adam, tepat di hadapan Qayish.

"Kau tanya aku kenapa? Emir mati... Sebab kau! Kau punca Emir mati, Nadine!" tuduh Qayish dengan wajah yang sudah merah menahan amarah. Mana dia tidak mengamuk? Tadi baru saja dia dapat berita daripada Puan Latifah yang Emir sudah tiada.

"Jangan tuduh I sesuka hati you!"

"Memang betul kau punca selama ini! Ini semua mesti angkara bapak kau kan? Dia yang rancang kematian Emir! Baik kau mengaku jelah!" Qayish tuduh melulu. Dia fikir punca kematian Emir adalah angkara Tuan Nickhel kerana dia pun sudah menjadi mangsa sebelum ini. Cuma bezanya dia sempat mengelak dari lori balak itu.

"Jangan tuduh arwah daddy I! I tahu selama ini daddy I salah sebab dia pernah rancang kematian you, tapi tak bermakna dia akan buat perkara yang sama pada Emir! Daddy I pun dah tiada, Qay! You tak rasa berdosa tuduh orang yang dah meninggal hah?!"

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now