Bab 15 🥀🖤

1.3K 53 2
                                    

NADINE menuruni tangga mahu menjenguk mama. Dia berjalan ke dapur apabila melihat sosok mama sedang duduk di island kitchen. Nadine melabuhkan punggung di sebelah mama.

"Mama."

"Nadine! Good morning! Emir mana?" soal mama. Dia pandang lembut wajah Nadine.

"Dia pergi kerja. Papa pun dah pergi kerja ke?"

"Hm baru je... Nadine lapar? Nasi lemak masih ada tu, makanlah," ujar mama lembut memandang tudung saji yang ada nasi lemak di dalamnya. Nadine geleng kecil sambil senyum.

"Nadine tak lapar mama. Mama..."

"Yes?"

"Mama kata... Ayam masak merah lauk kegemaran Emir kan?" soal Nadine ingin kepastian. Dia menunduk malu. Dah hampir sebulan kahwin pun tak tahu lauk kegemaran suami.

"Ha ah. Kenapa sayang?"

"B-boleh mama ajar Nadine masak lauk tu?" ujar Nadine malu-malu. Takut pula pandangan mama terhadapnya.

Mama senyum tipis. "Mestilah boleh... Nadine nak belajar bila?"

"Sekarang?"

"Sekarang? Hahaha... Semangat betul menantu mama ni ya. Yalah kita pergi beli bahan-bahan dulu ya? Barang basah dah nak habis tu. Nadine siap-siap lah dulu,"ujar mama. Nadine mengangguk laju, dia terus lari masuk ke dalam bilik.

Tergeleng-geleng kepala mama sambil gelak kecil. Dia nampak usaha Nadine cuba ikat perut suami. Dia turut bahagian melihatnya. Haih... Agak-agaknya bilalah dia boleh menimang cucu. Sahabat dia yang lain dah ada cucu seorang dua, dia? Entah bilalah anak menantu dia boleh bagi. Dia tidak sabar betul nak menimang cucu sekarang ini!

Nadine mengambil dress berwarna maroon yang baru dibeli bersama Emir di mall hari itu. Bibir tersenyum-senyum, tidak sabar mahu belajar memasak. Dia tidak sabar nak tengok Emir makan air tangannya. Itu pun kalau menjadilah masakannya.














NADINE tolak troli sambil matanya memandang buah-buah yang tersusun elok di sisinya. Dia ambil epal hijau dan oren dan dimasukkan ke dalam bakul, sejurus itu dia dihampiri mama.

"Nadine mama nak ambil cili kering dengan bawang sekejap ya... Kalau Nadine nak ambil apa-apa pergilah tapi jangan jauh-jauh tau!"

"Baik mama." Nadine menurut perintah. Nadine setia memandang mama yang sudah berlalu pergi. Mata melilau mencari sesuatu dan.... Found it! Nadine senyum. Yogurt!

Nadine menolak troli ke arah yogurt-yogurt yang disusun kemas di tempat sejuk. Sampai di hadapan pelbagai jenis yogurt itu, Nadine menilik satu persatu.

"Excuse me." Suara garau itu membuat Nadine menoleh. Dia tersentak memandang gerangan itu.

"Adam." Adam juga terkejut melihat sosok Nadine. Tak sangka pula dapat berjumpa Nadine di sini. Dia berdehem.

"Saya nak ambil yogurt tu. Boleh ke depan sedikit?" Nadine refleks menolak trolinya ke hadapan sedikit memberi ruang untuk Adam mengambil yogurt yang dia mahu. Nadine setia memandang Adam.

"Mana aunty?" soal Nadine tanpa sedar. Tangan Adam yang mahu mengambil sebekas yogurt terhenti. Dia menoleh ke Nadine sekilas sebelum tangannya perlahan-lahan mencapai bekas yogurt dan diletakkan dalam troli. Nadine setia memandang Adam, mahukan jawapan.

"Mummy ada..." Kata-kata Adam mati apabila satu sosok menghampiri mereka. Nadine memandang gerangan itu dan tersenyum tipis.

"Aunty."

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now