Bab 28 🥀🖤

1.2K 61 2
                                    

KELUAR sahaja dari tandas, Nadine melihat Adam yang berada di sebelah Emir sedang membaca sesuatu, blazer jejaka itu sudah tersangkut di kerusi dan meninggalkan kemeja putih bersama tali lehernya sahaja ditubuh. Suara Adam sangat merdu dan syahdu. Bila didengar dengan teliti, Nadine rasa Adam sedang membaca Al-Quran namun dia tidak pasti Adam membaca surah apa.

Tapi benda yang berada di tangan Adam bukan Al-Quran melainkan buku kecil. Apa itu? Nadine penasaran tapi dia tidak mahu mengganggu Adam, dia ambil tempat di sofa dan menunggu sehingga Adam selesai membaca.

Dengan semua itu, Nadine dapat rasa Adam juga sayangkan Emir. Mungkin Adam sudah anggap Emir seperti abangnya. Emir pun sama. Cuma mereka tidak tunjuk sayang itu dan memilih untuk bertekak setiap kali berjumpa. Sama naik saja mereka berdua itu. Dua-dua tak nak mengalah bila dah perang mulut.

Nadine senyum tipis memikir hal itu. Dia pandang Adam yang masih fokus membaca. Mata jejaka itu sudah tidak beralih ke mana lagi, hanya fokus memandang Yasin di tangan.

Mata Nadine beralih ke makanan yang dibawa Adam. Ada satu yang menarik perhatiannya. Kuih yang berwarna putih dan hijau itu. Nadine ingat lagi nama kuih itu. Seri muka. Dia masih ingat kuih itu adalah kuih kegemaran Emir. Mama pernah cakap sewaktu di kampung dulu. Kalau Emir nampak kuih itu mesti dia akan melahapnya sampai habis kan?

Wajah Nadine terus berubah sayu, dia pandang Emir yang masih diam tidak berkutik. Melihat lelaki itu diam tidak bergerak dia jadi sedih.

"Sadaqallahul Azim..." Nadine tersentak apabila suara merdu itu berhenti. Dia toleh ke arah Adam dan mata mereka bertembung. Adam senyum tipis pada Nadine. Yasin di tangan diletakkan di sebelahnya yang terdapat satu laci. Adam menadah tangan berdoa panjang. Dia mohon kepada Allah SWT untuk terus sihatkan Emir dan melindungi Emir. Semoga Emir dapat lalui perit dan sakit. Dia juga pohon kebahagiaan untuk sepasang suami isteri itu.

Selesai berdoa, Adam mengaminkan bacaan doanya. Tangan diraup ke seluruh wajahnya. Dia angkat punggung dan berjalan mendekati Nadine yang setia di sofa itu.

"Kak Aisyah okay?" soal Adam perihatin. Dia dapat lihat air muka wanita itu. Sayu.

"Okay," balas Nadine perlahan. Dia senyum tipis bagi meyakinkan Adam.

"Adam baca apa tadi?" soal Nadine ingin tahu. Adam yang sedang memandang Emir terus menoleh memandang wanita di sebelahnya.

"Surah Yasin untuk Abang Emir," balas Adam tenang. Nadine angguk kecil. Surah Yasin. Dia pernah dengar nama surah itu. Emir selalu baca setiap hari khamis, malam jumaat. Patutlah rasa macam pernah dengar saja surah yang dibaca Adam. Tapi... Hari ini bukan hari khamis.

"Kenapa Adam baca surah itu?" soal Nadine ingin tahu lebih dalam. Padahal Adam boleh saja membaca surah lain. Pasti surah Yasin ini ada makna tersendiri. Itu yang Nadine ingin tahu.

"Sebab dalam Islam, Al-Quran adalah penawar dari segala penyakit dan Surah Yasin adalah jantung bagi Al-Quran. Kita yang masih berdaya ini perlu beri semangat pada Abang Emir dengan berdoa untuk dia, baca Al-Quran untuk dia. Abang Emir dapat mendengar kita. Dan mendengar bacaan Al-Quran pun sudah dapat pahala tau. Mungkin dengan itu kita dapat beri semangat pada Abang Emir untuk bangun. Kak Aisyah pun... Kalau ada masa terluang tolonglah baca Al-Quran untuk Abang Emir. Mesti dia akan suka."

"Kak Aisyah..." Nadine menunduk. Dia tidak berapa mahir lagi dalam membaca Al-Quran.

"Adam boleh tolong. Tapi macam tak manis pula kan? Mungkin mummy boleh tolong Kak Aisyah." Adam senyum tipis. Rasa macam tak manis kalau dia yang mengajar Nadine membaca Al-Quran.

"Kak Aisyah malu Adam..."

"Kak Aisyah... Kalau Kak Aisyah malu, apa pun Kak Aisyah tak akan dapat. Islam itu mudah. Kak Aisyah jangan risau lah, Abang Emir mesti nak tengok isteri dia menjadi lebih baik dari sebelumnya. Macam Adam dan mummy cakap sebelum ini, ini adalah kesempatan untuk Kak Aisyah dekatkan lagi diri dengan Allah SWT. Cari Allah SWT, dan dia akan sentiasa ada dengan kita. Letak harapan pada Allah SWT tidak akan buat Kak Aisyah kecewa. Percayalah," ujar Adam panjang lebar. Jejaka itu senyum ikhlas.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now