Bab 41 🥀🖤

1K 60 4
                                    

NADINE merenung wajah tidur Emir sepuas-puasnya. Kadang kala jarinya nakal bermain di seluruh wajah Emir. Hidung Emir dicuit, rahang Emir diusap, pipi Emir diusap. Semuanya untuk melepaskan rindu.

Bibir tipis Nadine melorek senyum bila dahi Emir sedikit berkerut bila dia menyentuh Emir. Lihat dari wajah itu, Nadine tahu Emir penat. Mula saja masuk kerja semalam, Emir sudah pulang lambat. Entah apa kes yang Emir sedang selesaikan sekarang dia tidak tahu.

"Your time is over."

Seketika senyuman Nadine mati apabila suara itu terlintas di fikirannya. Dia merenung dalam wajah Emir yang masih tenang di alam mimpi.

"Kenapa... Takdir aku dan kau begini?" soal Nadine sendiri di sudut hatinya. Wajahnya sayu melihat Emir. 

Emir sememangnya tidak terganggu dengan semua itu. Dia masih nyenyak tidur sambil memeluk pinggang Nadine. Mungkin penat sangat dengan kerja yang tidak pernah selesai.

"Aku nak tengok... Perempuan ini boleh ke bersama dengan kau sehingga akhir hayat kau,"

Suara Qayish pula terlintas di fikirannya. Tanpa dia sedar air matanya sudah bertakung. Ah! Lemah kau Nadine! Bentak Nadine pada diri sendiri.

"Sorry... I'm sorry. I'm sorry, Emir..." Bisik Nadine dan tunduk memandang katil. Dia biarkan sahaja air matanya tumpah ke katil.

"Nadine?" Suara serak basah itu menyentakkan Nadine. Nadine pantas menyeka air matanya. Bila dia angkat kepala, mata Emir tersedia memandangnya.

"E-Emir... Good morning!"

"Do you know what I hate the most in this world?" Suara Emir agak dingin. Dia tidak balas ucapan Nadine dan hanya menarik pinggang Nadine supaya merapatinya.

"W-what?"

"Your tears. I can't handle my feeling when I see the diamond tears drop," bisik Emir sedikit keras di tepi telinga Nadine. Setelah itu air mata Nadine di pipi diciumnya.

"Stop Humaira... Please don't waste your precious tears." Suara Emir berubah lembut pula. Nadine ditarik masuk ke dalam pelukannya. Wajah Nadine dibiar tersembam di dada bidangnya dan dagunya elok menongkat di atas kepala Nadine.

"Kalau tangisan ini adalah tangisan bahagia?"

"You want to know something about me? I can smell when someone lie to me. And... I can see through your eyes. That tears... Are not for something called happiness." Walaupun awal ayat Emir kedengaran sombong tapi Emir benar-benar tidak bohong tentang air matanya. Air matanya... Asbabnya bukan perkara yang bahagia.

Emir diam setelah itu dan menutup matanya. Sampai bila Nadine nak rahsiakan perkara itu dari Emir? Adakah Emir perlu cari jawapan untuk semua itu?

"Emir kerja hari ini?" soal Nadine mahu lari dari topik perbualan.

"Tak," jawab Emir mendatar. Haruman rambut Nadine dihidu dan dia usap rambut itu.

"Great! Nadine ada surprise untuk Emir malam ni!" Nadine pandang Emir dengan mata yang bersinar. Dia ukir senyum lebar.

"Surprise?" Dahi Emir sedikit berkerut. Rambut Nadine dia masih tidak berhenti mengusapnya.

"What surprise hm?"

"Secret... Hehe! Janji ya malam ini tak pergi mana-mana?" Nadine tunjuk jari kelingkingnya dan Emir ukir senyum. Tangan dia berhenti dari mengusap rambut cantij Nadine.

"Janji Humaira..." Dan jari kelingking mereka menyatu. Emir terus melabuhkan bibir di dahi Nadine.










NADINE menyudu aiskrim di dalam tub itu sehingga penuh satu sudu. Setelah itu dia bawa masuk ke dalam mulut. Habis licin satu sudu itu sehingga kembung kedua-dua belah pipinya. Mata Nadine masih fokus menonton cdrama di skrin tv itu.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now