Epilog 🥀🖤

1.9K 100 33
                                    

NADINE sedikit tersentak apabila pinggangnya tiba-tiba dirangkul dari belakang dan bahunya juga terasa berat. Nadine reda saja dan sambung mengacau nasi goreng tom yam di dalam kuali.

"Good morning.... My Humaira," sapa suara serak basah itu. Nampak sangat baru lepas bangun. Emir pejam mata dan mencuri haruman di leher isterinya.

"Good morning, abang."

"And good morning too, baby girl..." Nadine senyum apabila tangan kasar Emir mengusap lembut perut buncitnya. Alhamdulillah, genap umur Eiyad Luhaidan empat tahun, mereka dikurniakan anak lagi. Anak yang dinanti-nantikan Emir!

"Abang pergilah mandi dulu, Nadine nak hidang makanan ini."

"Abang tolong eh?"

"Tak apa... Abang pergilah mandi dulu. Nanti ada tetamu special nak datang!" ujar Nadine sedikit teruja dan berpaling sedikit mahu memandang Emir yang masih di bahunya. Nadine senyum manis dan menjongketkan kedua-dua belah keningnya beberapa kali.

Dahi Emir sedikit berkerut. "Who?"

"Alahhh... Abang ini macam tak tahu je!" ujar Nadine dengan wajah yang sudah berubah masam. Dia tutup dapur gas elektrik itu dan memusing tubuh menghadap Emir. Automatik Emir jauhkan tangan dari pinggang Nadine.

Emir diam dan memerah otaknya mahu memikir siapkan tetamu yang istimewa sangat itu. Mummy? Mama?

"Oh! Si Duda tu?" soal Emir semula setelah dia agak siapakah yang dimaksudkan oleh Nadine. Dia menjongketkan sebelah keningnya.

"Abang ini! Tak baik panggil dia gitu!" Bahu Emir yang tidak berlapik apa-apa itu ditepuk kuat.

"Lah... Memang betul dia duda... Dah tiga tahun dah kan? Tiga tahun itu jugalah dia lari dari semua orang dan duduk di rumah arwah daddy di Itali sana. Ini apa cerita pula tiba-tiba datang sini?"

"Entah. Dia cuma cakap hari ini dia sampai Malaysia. Mungkin dia rindu dengan mummy?" soal Nadine dengan suara yang mula mengendur. Bila diamati semula kata-kata Emir, dia jadi sedih mengenangkan nasib adiknya yang sudah tiga tahun bercerai dengan Qaylisha.

Pada ulang tahun pertama pernikahan Adam dan Qaylisha, Adam telah pun melafadzkan talak pada Qaylisha. Berita itu sangat mengejutkan bagi kedua belah pihak keluarga. Entah mengapa secara tiba-tiba Adam menceraikan Qaylisha tanpa berbincang dengan kedua-dua belah pihak keluarga.

"Sudahlah sayang. Abang minta maaf sebab dah bangkitkan isu ini semula. Jangan sedih-sedih ya? Perkara dah berlalu," pujuk Emir dengan rasa serba salah. Tubuh Nadine ditarik masuk ke dalam pelukannya dan tangan mengusap lembut kepala isterinya.

Emir mengeluh di hati. Ingatnya pagi-pagi ini mahu bermanja-manja dan happy-happy je bersama sang isteri sekali lain pula jadinya bila sudah libatkan si budak kecil yang sudah bergelar duda itu. Dah jadi geng Qayish dah dia! Duo duda!




RAMBUTNYA yang masih basah dibiarkan saja berserabai tidak bersikat. Emir mengatur langkah keluar dari bilik mahu menuju ke dapur, mencari sang isteri yang masih tidak masuk ke dalam bilik.

"Nadine?" Nama Nadine dipanggil apabila bayang isterinya masih tidak dapat dijejak. Apabila melihat dapur kosong dan tiada sesiapa, Emir berjalan ke ruang tamu pula.

Langkah Emir mati apabila lagi berapa meter saja dia menghampiri sofa, matanya terlebih dahulu disajikan dengan satu sosok yang sedang membelakanginya. Mata Emir cekap mengenali sosok itu. Laju saja bibirnya mengukir senyum sinis.

"Look who's here! Si Duda!" usik Emir dan tergelak sendiri. Dia berjalan ke sofa dan melabuhkan punggung di sofa berangkai dua, di hadapan sosok 'Si Duda'.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now