Bab 34 🥀🖤

1.1K 52 0
                                    

NADINE melilit kemas lengan Emir membantu suaminya itu untuk berjalan. Sebenarnya Emir sudah boleh berjalan dengan sendiri kerana lukanya mula membaik tetapi...

"Emir tak boleh jalan sendiri. Nanti kalau tiba-tiba rebah macam mana?"

Mereka berhentikan langkah bila bertemu dengan Puan Latifah dan Encik Erhan. Wajah Puan Latifah agak sayu. Berat hati ingin melepaskan anaknya pergi. "Kau orang nak pergi rumah kau orang terus ke? Tak nak singgah rumah mama dan papa dulu?"

"Ya mama... Kami singgah situ dulu. Barang-barang masih di sana. Kemungkinan esok baru pindah."

"Kut ya pun... Tunggu lah sampai sembuh baru pindah." Encik Erhan bersuara. Bukan hanya isterinya, dia sendiri juga berat hati ingin melepaskan anaknya pergi. Nak buat macam mana? Anaknya itu punya tanggungjawab lain sekarang.

"Tak apalah papa... Lagi pun Emir nak spend time berdua dengan isteri Emir ni." Emir letakkan tangannya di bahu Nadine merapatkan jarak mereka.

"Hmm... Masih dalam mood pengantin baru lah ni ya?" usik Encik Erhan mengundang tawa yang lain.

"Yalah... Kami tak paksa. Nanti dah pindah jangan lupa jenguk-jenguk kami dekat rumah ya?"

"Baik papa!" Ujar mereka serentak dan tersenyum kecil. Comel!

"Jomlah naik papa saja balik ini. Kau orang belum kemas-kemas barang lagi kan?"

"Belum papa... Anak papa ini ha! Beritahu nak pindah last minute! Kelam kabut jadinya!" Nadine menepuk kecil lengan Emir mengundang tawa dari suaminya itu.

"Surprise!"











SAMPAI di rumah. Mereka terus masuk ke dalam bilik mengemas barang-barang yang perlu untuk dibawa ke rumah baru. Nadine tidak mengambil masa yang lama terus melipat baju-bajunya dan diletakkan di dalam bagasi.

Emir hanya memerhati gerak geri isterinya sebelum bersuara. "Nak Emir tolong?"

Nadine menoleh sekilas dan geleng kepala kecil. Dia mengukir senyum tipis sebelum tangannya bergerak kembali menyimpan baju-baju dalam bagasi. "Tak apalah. Emir rehat je. Nadine boleh buat sendiri."

Sambil tangan Nadine bergerak mengemas baju-baju sambil itulah tangan Emir bergerak memain rambut Nadine. Sudah lama dia tak nampak rambut yang cantik itu. Sepanjang mereka berada di hospital, Nadine tidak pernah membuka tudungnya kecuali ketika mengambil wudhuk. Mungkin kerana doktor yang menjaga Emir ialah lelaki. Dia takut doktor yang menjaga Emir bakal masuk untuk memeriksa keadaan Emir.

Emir memintal rambut Nadine dan tersenyum sendiri. Ah! Angau dah kau ni Emir Luthfi!

"Baju-baju Emir, mana? Boleh Nadine tolong masukkan dalam luggage sekali." Soalan Nadine membuatkan jari Emir berhenti dari memintal rambut Nadine.

"I already put it in my luggage, Humaira." Balas Emir selamba. Dia sengih bila Nadine menjelingnya.

Cisss! Dah kemas dulu rupanya! Patutlah dia pelik tengok baju Emir kurang dalam wardrobe.

"Mianhaee..."

Pap!

Bagasi ditutup dan di zip habis. Bagasi itu diletakkan di atas lantai secara menegak. Nadine ingin bangun dari birai katil tetapi Emir lebih pantas menariknya, duduk kembali.

"Humaira... Emir sukalah bila kita macam ini." Luah Emir tiba-tiba. Dia senyum kecil dan menampakkan lesung pipitnya.

"Maksudnya...?"

"Kita lebih banyak berinteraksi, berbual, bergurau. Macam mula-mula kita kahwin dulu..." Emir senyum dan menggenggam erat kedua-dua belah tangan Nadine. Matanya menatap hangat sepasang mata Nadine.

"Emir janji yang lepas ni Emir tak akan sakitkan hati Nadine. Emir akan jaga hati Nadine ibarat permata yang berharga. I will put you first in everything. Kita cuba jaga hubungan kita ini ya? Emir tak nak kita tersasar lagi. Emir nak kita kekal macam ini. Boleh sayang?" pinta Emir separa merayu. Matanya jelas berharap.

Cukuplah sekali saja. Dia tidak mahu hubungan mereka retak lagi. Kalau hari itu pun dia tidak mampu menanggung rasa peritnya berjauh hati dengan isteri apatah lagi sekarang?

Emi tidak rasa kalau kali ini mereka bergaduh besar lagi, dia mampu menanggungnya. Dia terlalu lemah kalau berkaitan dengan rumah tangganya ini. Semua yang berkaitan Nadine... Dia akan lemah.

Nadine telan air liur melihat wajah Emir benar-benar berharap. Mereka beradu mata buat seketika.

Nadine, minta maaf...

"S-sure. Kita akan jaga hubungan ini sama-sama," ujar Nadine cuba menyorok riak wajahnya.

"Janji?"

"Janji." Putus Nadine separuh rela. Dadanya berdebar hebat dengan apa yang bakal datang nanti. Takdir Allah, siapa boleh jangka kan?

Emir senyum tipis dan mencium hangat dahi Nadine. Setelah itu dahi mereka dilaga lembut. Emir cuba buang rasa sangsi terhadap Nadine. Dia dapat baca raut wajah Nadine tadi. Wanita itu tidak yakin dengan kata-katanya tetapi Emir tidak mahu persoalkan itu.

"Semoga Allah SWT lindungi hubungan kita ini, sayang." Bisik hati Emir dan memejam rapat matanya.





















"HATI-HATI ya? Nanti dah sampai jangan lupa call mama!" Pesan Puan Latifah berkali-kali. Setiap langkah Emir dan Nadine Puan Latifah bakal berpesan perkara yang sama. Pasangan suami isteri itu hanya tersenyum dan mengiyakan sahaja.

"Ya mama! Emir janji! Sampai je pintu pagar rumah nanti, Emir terus call mama!" ujar Emir ingin menyedapkan hati mamanya.

Encik Erhan senyum dan geleng kecil."Awak ini Latifah! Pandai-pandailah dia orang nanti! Dia orang kan dah besar..."

"Abang, saya bukan apa! Saya risau pasal Emir ini. Belum sembuh lagi sibuk nak keluar hospital! Itu tak apa lagi, ini terus nak pindah ke rumah dia pula!" Puan Latifah membebel. Mereka bertiga hanya mampu senyum mendengar bebelan Puan Latifah.

"Mama..." Suara mereka bertiga meleret. Sampai-sampai Encik Erhan sekali memanggil isterinya mama.

Puan Latifah mengeluh. "Ya! Ya!"

"Jangan risau mama, Nadine janji, Nadine akan jaga anak mama ini betul-betul!" Nadine senyum manis dan memeluk tubuh Puan Latifah erat. Mak mertua yang sudah dia anggap seperti mak sendiri. Dia bersyukur sungguh dikurnia mertua sebaik itu.

*Terima kasih, sayang! Nanti kalau Emir ini tak dengar cakap, Nadine piat je telinga dia!" Puan Latifah senyum sinis. Dahi Nadine berkerut sementara Emir sudah protes.

"Mama!"

"Piat? Piat itu apa?" soal Nadine dan menjongketkan keningnya. Lah! Masih tak pro bahasa melayu! Perkataan lain itu bolehlah tapi perkataan orang jarang guna ini dia tidak tahu!

"Piat itu... Macam ini!" Puan Latifah tunjuk contoh kepada Nadine. Dia memiat telinga Emir membuatkan Emir meringis. Itu bukan tunjuk contoh itu!

"Aduh mama! Sakitlah!" Emir gosok telinganya selepas Puan Latifah jauhkan tangan dari telinganya. Wajah Emir cemberut. Laju betul mama bertindak! Dia baru nak tipu Nadine tadi! Nak cakap piat itu sama dengan cium tapi tangan mama lebih laju bertindak!

Kalau mama tak potong tadi mesti dia dah tipu Nadine dan akan buat perangai hari-hari biar Nadine cium dia!

Nak buat macam mana? Takde rezeki...

"Ohhh... Macam itu ya? Baiklah mama! Nadine menurut perintah!" Nadine senyum penuh makna dan menjeling Emir. Emir turut memandang Nadine dan mengecilkan matanya. Cis!

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now