Bab 43 🥀🖤

982 55 1
                                    

NADINE merengek kecil apabila ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Dia sambung tidurnya semula tanpa peduli tentang benda yang menyentuh pinggangnya. Ngantuk!

Emir senyum nipis. Dia curi-curi cium dahi Nadine dan menyelak rambut Nadine yang menutup wajah. "Emir minta maaf. Emir tak patut tinggalkan Nadine malam itu."

Tangan yang berada di pinggang Nadine semakin dieratkan. Sekali lagi bibirnya tersenyum tipis teringat akan Nadine yang gigih untuk belajar masak daripada mama buatkan dia rasa bahagia.

Ting!

Mata Emir terus bergerak memandang telefon Nadine yang berada di tepi katil. Ada orang WhatsApp ke pada waktu begini? Sekarang sudah pukul dua belas malam.

Perasaan ingin tahu menebal. Tangan Emir mencapai telefon Nadine dan dia bersandar di kepala katil. Nadine di jeling sebelum dia memandang skrin telefon isterinya itu.

'Esok I free. Why?'

Tubuh Emir sedikit mengeras. Terkejut benar dia membaca WhatsApp dari Qayish kepada Nadine. Tidak perasaan yang dia sudah genggam erat telefon itu dan dia menoleh ke arah Nadine.

Ayat Qayish itu seperti... Nadine yang terlebih dahulu bertanya adakah Qayish ada masa terluang untuk hari esok. Kenapa? Kenapa mereka masih berhubung?

Emir raup kasar wajahnya dan cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan. Telefon diletakkan semula di tempat asalnya dan Emir kembali baring menghadap Nadine.

"Nadine... Nadine masih mengharapkan Qay?" soal Emir perlahan walaupun dia tahu Nadine tidak dapat membalasnya kerana sedang lena diulit mimpi.

"Susah sangat ke untuk Nadine lupakan dia? Emir sayang Nadine. Emir tak nak Nadine ada perasaan lagi pada lelaki lain sebab Nadine hak Emir," bisik Emir sambil merenung sayu wajah isterinya.

Lambat-lambat bibirnya bergerak melabuh di dahi Nadine agak lama. Dia lepaskan ciuman itu dan terus memejam mata. Mahu lupakan apa yang dia baca tadi.

Dia berharap... Semuanya hanyalah mimpi. Semuanya adalah ilusi. Dia percaya Qayish tidak akan ambil Nadine semula daripada dia. Dia percaya sahabatnya. Dan dia juga percaya pada isterinya.









RENUNGAN Nadine kosong melihat sebelahnya sudah tiada penghuni. Pasti Emir sudah keluar pergi kerja. Tak sangka... Sudah sehari berlalu hubungan mereka menjadi agak dingin. Tiada kemesraan berlaku di antara mereka sejak semalam.

Tapi Emir... Langsung tidak nampak terkesan bila Nadine melayannya dengan dingin. Atau Emir memang betul-betul ada hubungan dengan perempuan yang dia lihat dalam gambar itu? Emir... Memang tak sayang dia ke sampai Emir langsung tidak pujuk dia?

Malas mahu ambil pusing tentang itu dia meregangkan sedikit otot lehernya yang terasa tegang benar. Tidur dekat atas bantal tak best...

Nadine ubah posisi memandang siling sebelum fikirannya terlintas akan sesuatu. Terus dia toleh ke sebelahnya. Telefonnya dicapai dan dibuka.

'Esok I free. Why?'

Bibir Nadine mengukir senyum tipis melihat WhatsApp dari Qayish. Dia bangkit dari baring dan duduk melunjur. Belakang badannya disandar ke kepala katil.

Jarinya bergerak menaip di atas papan kekunci. Usai membalas, Nadine menutup kembali telefonnya dan selak duvet satin mendedahkan tubuhnya. Kaki dijatuhkan ke atas lantai sebelum dia berjalan masuk ke dalam bilik air. Mahu bersiap-siap untuk keluar! Ah! Tak sabarnya!

Selesai membersihkan diri, Nadine melangkah ke walk in closet dan membelek-belek baju yang sesuai untuk dia pakai hari ini. Dia terasa ingin pakai baju berwarna putih hari ini. Warna putih... Warna kegemaran mummy.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now