Bab 5 🥀🖤

2.1K 75 0
                                    

EMIR membawa Nadine berjalan pusing satu kampung pada petang hari. Nadine katanya mahu melihat sawah.

Sampai di sawah padi, Emir terhibur dengan reaksi isterinya ketika ini. Bagai rusa masuk kampung.

Nadine senyum lebar melihat padi yang kehijau-hijauan. Dia pandang Emir yang masih diam merenungnya.

"Cantiknya tempat ini Emir! I rasa macam nak duduk di sini selamanya!" ujar Nadine teruja. Dia hirup udara segar di situ. Ah tenang!

Tapi tak sampai berapa saat wajah Nadine berubah.

"Eh no! I don't want to live here because of those stupidos mosquito! Shiz!" Nadine geleng dengan wajah cemberut. Tak puas hati dia dengan nyamuk-nyamuk yang telah menggigitnya. Habis kulit dia yang cantik ini merah!

Emir gelak sahaja. Tampaknya Nadine berdendam dengan nyamuk-nyamuk yang tak bersalah itu. Haih... Sayang sayang...

"Emir can I go over there." Nadine menunjuk di hujung sawah padi sana. Terdapat satu pondok kayu di situ. Tanpa berfikir apa Emir angguk setuju.

"Yeah!" Emir memegang erat tangan Nadine melalui di tengah sawah itu untuk menuju ke pondok yang agak jauh dari mereka.

Nadine senyum lebar sambil menggoyangkan tangan mereka yang bertautan ke belakang dan ke depan sambil menikmati pandangan di sawah ini.

Emir pula hanya berlagak biasa. Dia sudah selalu melihat sawah, dari kecil hinggalah ke besar. Tiada apa yang perlu nak di terujakan. Biasa sahaja baginya.

"Hati-hati Nadine," nasihat Emir apabila melihat Nadine terlebih teruja untuk ke pondok di hujung sana. Nanti kang salah langkah boleh ke selut mereka.

"Alah! You ni! Paranoid sangatlah! I know how to take care of myself!" ujar Nadine sombong. Dia buat bodoh dengan nasihat Emir. Dia meneruskan langkah sambil melompat kecil.

Emir geleng kepala. Degil!

Tiba-tiba Nadine terjerit kecil, akibat tanah yang agak licin buat dia terasa ingin rebah ke tanah. Syukur ada sepasang tangan kekar menyambutnya.

Nadine dapat rasa pinggangnya di depang erat oleh Emir. Nadine telan air liur melihat pandangan membunuh Emir.

"Told you!" ujar Emir tidak terlalu kasar dan tidak terlalu lembut. Lebih kepada tegas. Nadine sengih tak bersalah sebelum berdiri tegak. Dia menyatukan tangannya di belakang. Kepala ditundukkan.

"Sorry..."

"After this, obey me okay?" Suara Emir berubah lembut. Dia senyum tipis. Melihat senyuman Emir, Nadine turut tarik senyum.

"Okay husband!" Tangan menabik hormat pada Emir. Selepas itu dia gelak sendiri.

"Dah jom ke sana. Panas ni." Emir menarik tangan Nadine menyambung langkah mereka yang terhenti akibat ulah Nadine tadi.

Sampai di pondok kayu itu, Nadine dan Emir labuhkan punggung di situ. Nadine ukir senyum sambil menikmati pandangan sawah padi. Masih terpegun dengan suasana di sini. Tenang sahaja.

"How daddy?" Soalan yang sangat tidak jangka akan keluar dari mulut Emir buat Nadine tersentak. Dia mendengus halus.

Hish! Hilang perasaan gembiranya!

"Can we don't talk about him for a while? Or maybe forever? I'm not interested to talk about this!" Wajah Nadine sudah masam mencuka.

Emir mengeluh kecil. Sampai bilalah isterinya ingin lari dari masalah? Lambat laun mereka pasti akan hadap ayah Nadine. Emir tidak mahu tangguh semua ini. Dia mahu selesaikannya secepat mungkin.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now